KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menggalakkan jemaah masjid dan surau memakai pelitup muka bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Yang Dipertua MAIK Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata pihaknya masih dalam perancangan untuk mengeluarkan surat pekeliling kepada masjid dan surau di negeri ini sebagai langkah awal mengekang penularan wabak tersebut.
"Kita (MAIK) akan mengeluarkan surat pekeliling memaklumkan supaya masjid dan surau di Kelantan menggalakkan jemaah memakai pelitup muka memandangkan ada berlaku peningkatan kes COVID-19 ketika ini.
"Kalau kita lihat dari segi statistik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan memang ada peningkatan tetapi masih lagi terkawal," katanya pada sidang media Majlis Pembayaran Zakat Korporat di Pejabat MAIK, di sini pada Selasa.
Pada majlis itu, tiga syarikat korporat iaitu Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) membayar zakat korporat berjumlah lebih RM1.1 juta, Lembaga Jurukur Tanah (RM1 juta), Angkatan Koperasi Kebangsaan (RM130,493) dan syarikat persendirian AnaZahra OEM sebanyak RM1 juta.
Beliau berkata dalam tempoh Januari hingga semalam, MAIK berjaya mengutip zakat korporat berjumlah RM36,344,683.05 menunjukkan peningkatan 5.4 peratus berbanding RM34,480,828.96 pada tahun lalu dalam tempoh yang sama.
"Bayaran zakat perniagaan daripada syarikat korporat di Kelantan adalah agak baik dari setahun ke setahun berdasarkan jumlah bayaran yang diterima MAIK," katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohamad Rizam berkata ramai asnaf di bawah MAIK sudah keluar daripada garis kemiskinan kerana jumlah penerima semakin berkurangan daripada 10,000 kepada 8,000 orang setakat ini.
"Setiap tiga tahun sekali MAIK akan melakukan pemutihan penerima zakat dan daripada situ kami dapat mengenal pasti berapa ramai asnaf yang keluar daripada garis kemiskinan.
"Selain itu, dengan bantuan tabung pendidikan yang diberikan kepada generasi kedua anak-anak asnaf juga dapat membantu mereka sekali gus berjaya mengubah nasib keluarga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 19 2023

Mohamad Rizam berkata pihaknya masih dalam perancangan untuk mengeluarkan surat pekeliling kepada masjid dan surau di negeri ini sebagai langkah awal mengekang penularan wabak tersebut. - Foto fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Singapura mahu kukuhkan perkongsian, majukan kepentingan negara, kata PM baharu
Wong berkata kerajaannya akan memperkukuhkan perkongsian "dekat dan jauh" sambil memajukan kepentingan negara di tengah-tengah persaingan dan ketegangan yang meningkat di arena antarabangsa.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Mei 2024.

Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA
Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.

Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April - Armizan
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 akan dikuatkuasakan pada 1 April ini selepas diwartakan pada 2 Feb, kecuali empat seksyen dalam akta berkenaan.

Kadar rizab tenaga di Semenanjung diunjur 28-36 peratus bagi tahun 2024-2030
Kadar rizab margin tenaga di Semenanjung bagi tahun 2024 hingga 2030 diunjurkan antara 28 hingga 36 peratus.

LADA sasar ketibaan tiga juta penumpang ke Langkawi tahun ini
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menyasarkan untuk meningkatkan ketibaan penumpang ke Langkawi kepada tiga juta tahun ini, selepas mencapai kira-kira 2.82 juta ketibaan penumpang pada 2023.

Jumlah pelancong Turki ke Malaysia meningkat 10.8 peratus
Jumlah pelancong Turkiye yang datang ke Malaysia dari Januari hingga November 2023 menunjukkan peningkatan sebanyak 10.8 peratus atau 15,623 orang berbanding 14,096 bagi tempoh sama pada 2019.

UMNO junjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah
UMNO menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menyempurnakan tempoh pemerintahan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, hari ini.

PM yakin rakyat rasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah
Anwar yakin bahawa seluruh rakyat merasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah dalam memastikan keamanan dapat dinikmati oleh semua sepanjang pemerintahan Seri Paduka.