KUALA LUMPUR: Sejak tiga kes pertama COVID-19 di negara ini dilaporkan pada Januari tahun lepas, tidak dapat disangkal persoalan seperti "sampai bila" dan "apakah masih ada sinar untuk kita bebas daripada pandemik ini", pasti membelenggu setiap daripada kita.
Saban hari disajikan berita tidak enak tentang jangkitan baharu yang kebelakangan ini konsisten lima angka sejak 13 Julai lepas, sementara kes kematian harian pula tiga angka dengan yang tertinggi setakat ini 199 kes (21 Julai), pandemik COVID-19 sememangnya "melelahkan" masyarakat, apatah lagi petugas kesihatan yang berkorban kudrat dan masa dengan komitmen melebihi 100 peratus sejak awal tahun lepas.
Menjengah media sosial, pasti ada sahaja "suara-suara keletihan" golongan ini akibat lesu upaya (burnout) yang kebelakangan ini semakin kuat kedengaran.
Sementelah waktu senggang yang diharapkan ibarat menunggu buah yang tidak gugur apabila Kementerian Kesihatan menjangkakan jumlah kes harian terus meningkat dalam tempoh terdekat ini, berikutan peningkatan kes jangkitan varian Delta yang lebih agresif penyebarannya dalam komuniti.
Justeru, sokongan psikososial untuk petugas barisan hadapan negara ini dalam mengekalkan momentum mereka amat diperlukan agar mereka dapat terus memberikan rawatan terbaik kepada pesakit COVID-19.
Malangnya, ada segelintir masyarakat yang tidak peka dengan situasi semasa apabila mengharapkan kes harian meningkat hingga 20,000 sehari seperti yang dilakukan oleh sekumpulan netizen menerusi tanda pagar #Roadto20k yang sohor kini (trending) melalui Twitter.
Bukan isu baharu kerana kempen sedemikian pernah trending sebelum ini dengan tanda pagar #Roadto10k.
Mujurlah tidak semua menyahut kempen itu dan dalam masa sama, serangan balas turut dilancarkan oleh kelompok lain yang mahu tanda pagar tersebut dihentikan segera.
Bagi Pakar Perubatan Kesihatan Masyarakat di Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh, kempen tanda pagar itu hanya meruntunkan lagi hati petugas kesihatan yang pengorbanannya sudah tidak terkira.
"Ketika ini, tidak kiralah hospital kerajaan atau swasta, kakitangan di lapangan seperti di CAC (Pusat Penilaian COVID-19), semuanya berada dalam keadaan tertekan.
"Ramai petugas sedang bergelut dengan masalah kekurangan kakitangan, terpaksa menggantikan kakitangan yang kena kuarantin, beban pesakit tinggi, kekurangan kelengkapan perubatan dan sebagainya.
"Bagaimanapun, penambahan fasiliti perubatan dan petugas kesihatan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini sangat membantu.
"Namun dalam masa sama, kami juga mengharapkan sokongan moral masyarakat untuk terus bersatu, berjuang bersama kami dalam waktu yang sangat kritikal ini," katanya kepada Bernama.
Berdasarkan kajian Prevalen dan Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Lesu Upaya dalam Kalangan Petugas Barisan Hadapan di Malaysia Semasa Pandemik COVID-19 yang dijalankan ke atas 893 petugas kesihatan, didapati prevalen lesu upaya berkaitan peribadi ialah sebanyak 53.8 peratus dalam kalangan pegawai farmasi dan petugas kesihatan peringkat daerah.
Prevalen lesu upaya berkaitan pekerjaan sebanyak 39.1 peratus yang menyaksikan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dan petugas makmal mencatatkan peratusan kedua tertinggi serta 17.4 peratus membabitkan tekanan melampau berkaitan pesakit dalam kalangan paramedik dan petugas kesihatan di hospital swasta.
Justeru, Dr Sharifa berpandangan sekarang bukan masanya menuding jari mencari salah siapa kerana tindakan itu tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya paling penting ialah setiap ahli masyarakat, selaku "anggota tentera", perlu memainkan peranan memusnahkan musuh halimunan itu.
"Tolonglah, ini masanya kita berganding bahu, sebarkan yang positif kerana itu juga sedikit-sebanyak memberi sokongan moral kepada kami. Lagi banyak kita bergaduh di media sosial, lagi banyak akan membuatkan orang murung dan gelisah," katanya.
Mengapa dan apakah sebabnya begitu mudah netizen menggerakkan kempen sedemikian, seolah-olah tidak sensitif dengan pengorbanan petugas barisan hadapan? Sekiranya marah dengan apa yang berlaku, tidak adakah cara lain untuk meluahkannya?
Mengulas mengenai perkara itu, pakar psikiatri dan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Rozanizam Zakaria berkata yang berlaku sekarang adalah antara tanda 'kelesuan pandemik'.
Namun katanya masyarakat perlu rasional dalam menangani senario itu.
"Masyarakat sebenarnya sedang beremosi, ada yang marah, letih, geram dan sedih.
"Jadi, bila beremosi mestilah hendak meluahkan melalui sesuatu dan mereka menggunakan media sosial sebagai platform meluahkan emosi.
"Bagaimanapun, masyarakat perlu rasional dan realistik dengan apa berlaku.
"Tidak salah marah, memang rakyat tengah marah tetapi dengan trending #Roadto20k, tidak menyelesaikan masalah tetapi akan menggores hati pihak lain khususnya petugas perubatan, mereka yang dijangkiti COVID-19 serta golongan susah di luar sana," katanya.
Menurut ahli jawatankuasa tetap teknikal program pencegahan bunuh diri KKM itu, dalam peperangan melawan pandemik tersebut, masyarakat tidak boleh mengharapkan solusi daripada satu pihak sahaja.
"Kita perlu optimistik dan ini termasuklah terlibat proses vaksinasi, berdisiplin dalam pematuhan SOP (prosedur operasi standard), tidak menyebarkan berita palsu yang boleh mencetuskan panik selain memberikan penghargaan seperti ucapan dan doa yang baik juga sebenarnya sangat membantu menguatkan psikologi petugas perubatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 25 2021
![COVID-19: Menghampiri dua tahun, mampukah petugas kesihatan terus bertahan? COVID-19: Menghampiri dua tahun, mampukah petugas kesihatan terus bertahan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81627124429_TBHtar.jpg)
Ketika ini, tidak kiralah hospital kerajaan atau swasta, kakitangan di lapangan seperti di CAC (Pusat Penilaian COVID-19), semuanya berada dalam keadaan tertekan. -Bernama
![Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728283819_BenjaminNetanyahu.jpg)
Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi
Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan menyifatkan cadangan Netanyahu sebagai "bersifat perkauman dan anti-perdamaian".
KPM perkasa pelaksanaan NACS 2024-2028 menerusi pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) berusaha memastikan agenda pencegahan rasuah terus diperkasakan menerusi pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028.
![Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza
Cadangan kontroversi itu mencetuskan kecaman global termasuk daripada rakyat Palestin, negara Arab, Kanada, Perancis, Jerman dan UK.
DBKL tutup pusat sembelih ayam kotor
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup sebuah pusat penyembelihan ayam dan pusat pemprosesan makanan ayam di Taman Perindustrian IKS dan Spring Crest Industrial Park.
Masih banyak jalan raya di Johor perlu dinaik taraf - Onn Hafiz
Masih banyak jalan raya di Johor perlu diperbaik dan dinaik taraf dengan segera kerana keadaan itu sangat membahayakan keselamatan pengguna.
Banjir: Mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat pagi ini.
[TERKINI] Setia City Mall beroperasi semula
Dalam kenyataan pada Ahad, pihak pengurusan pusat beli-belah itu memaklumkan mereka telah menerima kelulusan daripada pihak berkuasa untuk meneruskan operasi sementara siasatan masih dijalankan.
![CIMB peruntuk RM3.6 juta buat 9,000 penghuni empat PPR CIMB peruntuk RM3.6 juta buat 9,000 penghuni empat PPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739073324_tbCIMBSATUPEMIMPI.jpg)
CIMB peruntuk RM3.6 juta buat 9,000 penghuni empat PPR
CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) memperuntukkan RM3.6 juta menerusi program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) bagi membantu lebih 9,000 penghuni daripada empat Projek Perumahan Rakyat (PPR)
[TERKINI] Insiden tembak Setia Alam: Polis sudah kenal pasti penembak
Polis sudah mengenal pasti suspek terlibat dalam insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, malam tadi yang melibatkan warga tempatan.
![Trump minta semua maklumat daripada perkhidmatan rahsia AS berkenaan cubaan bunuhnya Trump minta semua maklumat daripada perkhidmatan rahsia AS berkenaan cubaan bunuhnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720922589_DonaldTrump.jpg)
Trump minta semua maklumat daripada perkhidmatan rahsia AS berkenaan cubaan bunuhnya
Percubaan membunuh Trump kali pertama berlaku semasa kempen di Pennsylvania pada 13 Julai 2024.
![Jemaah Menteri putus batalkan projek rintis WBB - Dzulkefly Jemaah Menteri putus batalkan projek rintis WBB - Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737111399_TBDOUBLETREE.jpg)
Jemaah Menteri putus batalkan projek rintis WBB - Dzulkefly
Jemaah Menteri hari ini memutuskan untuk membatalkan projek rintis Waktu Bekerja Berlainan (WBB) bagi memberi laluan kepada kajian lebih mendalam dan menyeluruh.
![Platform 'Pertukaran Suka Sama Suka' direalisasikan tahun ini - Dzulkefly Platform 'Pertukaran Suka Sama Suka' direalisasikan tahun ini - Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736858739_tbDzulkeflyAhmad.jpg)
Platform 'Pertukaran Suka Sama Suka' direalisasikan tahun ini - Dzulkefly
Platform itu bertujuan membolehkan petugas kesihatan dalam skim yang sama bertukar tempat bertugas tanpa perlu campur tangan Bahagian Sumber Manusia.
![Amnesty International desak Israel bebaskan petugas kesihatan yang ditahan Amnesty International desak Israel bebaskan petugas kesihatan yang ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728268012_medicalinstrument.jpg)
Amnesty International desak Israel bebaskan petugas kesihatan yang ditahan
Organisasi itu menegaskan bahawa Israel mesti segera membebaskan semua rakyat Palestin yang ditahan secara sewenang-wenangnya, terutama petugas kesihatan.
![14 petugas bantuan, 4 kakitangan perubatan maut dalam serangan Israel pada Okt - OCHA 14 petugas bantuan, 4 kakitangan perubatan maut dalam serangan Israel pada Okt - OCHA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728268012_medicalinstrument.jpg)
14 petugas bantuan, 4 kakitangan perubatan maut dalam serangan Israel pada Okt - OCHA
Sejak perang dilancarkan tahun lepas, serangan Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 322 pekerja bantuan, termasuk 315 rakyat Palestin dan tujuh warga asing.
![Seluruh penduduk utara Gaza berisiko mati, kata Ketua Kemanusiaan PBB Seluruh penduduk utara Gaza berisiko mati, kata Ketua Kemanusiaan PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729122113_DeiralBalahGaza.jpg)
Seluruh penduduk utara Gaza berisiko mati, kata Ketua Kemanusiaan PBB
Pegawai tertinggi bantuan kemanusiaan PBB memberi amaran pada Sabtu bahawa "seluruh penduduk di utara Gaza berisiko mati".
![CUEPACS mohon KKM teliti isu pembekalan kain untuk pakaian seragam petugas kesihatan CUEPACS mohon KKM teliti isu pembekalan kain untuk pakaian seragam petugas kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729725832_DatukAdnanMat.jpg)
CUEPACS mohon KKM teliti isu pembekalan kain untuk pakaian seragam petugas kesihatan
CUEPACS memohon Kementerian Kesihatan agar segera meneliti isu pembekalan kain untuk pakaian seragam petugas kesihatan yang dikatakan berkualiti rendah.
![JKNK akan dapatkan bantuan negeri lain jika berlaku banjir luar jangka JKNK akan dapatkan bantuan negeri lain jika berlaku banjir luar jangka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705558720_TBZAINIHUSSINjp.jpg)
JKNK akan dapatkan bantuan negeri lain jika berlaku banjir luar jangka
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) akan mendapatkan bantuan khidmat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dari negeri lain sekiranya mengalami banjir luar jangka tahun ini.
![Pelajar lemas ketika cuba selamatkan rakan Pelajar lemas ketika cuba selamatkan rakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81727607880_WanMohdZahariWan.jpg)
Pelajar lemas ketika cuba selamatkan rakan
Kegembiraan sekumpulan pelajar kolej menghabiskan cuti hujung minggu di kawasan perkelahan Pasir Puteri, Sungai Lembing berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka ditemukan lemas.
![Menteri Kesihatan gesa siasatan terperinci kematian doktor pakar di Lahad Datu Menteri Kesihatan gesa siasatan terperinci kematian doktor pakar di Lahad Datu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725586799_DzulkeflyAhmad.jpg)
Menteri Kesihatan gesa siasatan terperinci kematian doktor pakar di Lahad Datu
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menggesa siasatan terperinci dijalankan berhubung kematian seorang doktor pakar dari Hospital Lahad Datu, Sabah, bulan lepas yang didakwa akibat dibuli.
![Mpox: Singapura beri vaksin JYNNEOS kepada petugas kesihatan, kontak rapat Mpox: Singapura beri vaksin JYNNEOS kepada petugas kesihatan, kontak rapat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725442581_Mpoxvirus.jpg)
Mpox: Singapura beri vaksin JYNNEOS kepada petugas kesihatan, kontak rapat
Singapura akan memberikan vaksin JYNNEOS kepada petugas kesihatan dan kontak rapat kes mpox, menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) dalam satu kenyataan pada Rabu.