Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengalu-alukan penubuhan Pasukan Petugas Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) yang berperanan mewujudkan pangkalan data bersama bagi keperluan perubatan asas serta mengenal pasti keperluan sosial dan kemanusiaan negara-negara anggota.
Muhyiddin dalam satu kenyataan berpendapat ini adalah masa yang tepat untuk negara-negara anggota NAM bersatu dan membuktikan bahawa jika kita berpegang teguh pada prinsip dan nilai kebersamaan, kita dapat dapat mengatasi wabak dan muncul lebih kuat dalam susunan global baharu pasca COVID-19.
Dalam Sidang Kemuncak (NAM) Berhubung COVID-19 yang dilangsungkan menerusi persidangan video pada Isnin malam, Muhyiddin turut berkongsi mengenai enam langkah yang diambil kerajaan dalam mendepani impak COVId-19 terhadap negara, sekaligus memastikan Malaysia bangkit lebih kuat dalam menangani kesan wabak tersebut.
Muhyiddin pada masa sama turut memaklumkan Malaysia pada hari ini telah memulakan langkah ketiga pelan menangani kesan COVID-19 dengan memulakan semula (restart) sektor ekonomi secara menyeluruh dalam keadaan teratur dan terkawal.
"Saya tegaskan bahawa walaupun sebahagian besar sektor ekonomi dibuka semula hari ini, sebarang perhimpunan yang melibatkan ramai orang masih tidak dibenarkan.
"Ini adalah tindakan penyeimbangan yang cuba dicapai oleh Malaysia - antara memulakan ekonomi dan kepentingan untuk mematuhi SOP baharu bagi mencegah gelombang jangkitan dalam kalangan rakyat.
"Saya turut menarik perhatian anggota persidangan bahawa Malaysia masih menguatkuasakan fasa keempat Perintah Kawalan Pergerakan yang akan berlangsung sehingga 12 Mei ini.
"Saya juga menekankan yang strategi pemulihan ekonomi (recovery) Malaysia dalam menghadapi era 'norma baharu' pasca COVID-19 akan disusuli dengan revitalisasi (revitalize) ekonomi serta reformasi (reform) struktur ekonomi secara menyeluruh," ujarnya.
BACA: Muhyiddin sertai Sidang Kemuncak NAM secara dalam talian hari ini
Persidangan tersebut dipengerusikan oleh Presiden Republik Azerbaijan, Ilham Aliyev merangkap Pengerusi NAM bagi penggal 2019-2022.
Ia turut disertai Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ke-74 Tijjani Muhammad-Bande; Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus; dan Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Afrika Moussa Faki Mahamat.
Nursyazwani Saiful Sham
Mon May 04 2020

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyertai Sidang Kemuncak (NAM) Berhubung COVID-19 yang dilangsungkan menerusi persidangan video pada Isnin malam. Foto: Facebook/ @ts.muhyiddin

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.

Azerbaijan konsisten pertahan kepentingan negara Islam - Presiden Aliyev
Azerbaijan sentiasa menjadi anggota dunia Islam yang dihargai dan ia secara konsisten mempertahankan kepentingan negara Islam dalam semua pertubuhan antarabangsa.

Azerbaijan belanja US$12 bilion untuk kerja pembinaan semula wilayah yang dibebaskan
Kerja-kerja pembinaan semula termasuk membina semula bandar dan kampung, jalan raya, jambatan, serta memulihkan monumen yang musnah.

Azerbaijan tandatangani kontrak beli jet pejuang JF-17 Pakistan
Pembelian pesawat JF-17 itu "akan memperkukuh keupayaan kuasa udara Azerbaijan.

Speaker Dewan Negara terima rawatan susulan di KL
Mutang tiba di tanah air dari Azerbaijan pada 1 pagi tadi setelah berada di negara itu untuk lawatan kerja bermula 29 April lalu.

Azerbaijan pertahan komitmen terhadap minyak, gas sebagai tuan rumah COP29
Azerbajian menasihatkan wakil dari 110 negara anggota COP29 supaya mengelak menuding jari sebaliknya tumpu kepada tindakan kolaboratif.

Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Ia adalah salah satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh negara jiran selama berdekad-dekad konflik etnik sesama mereka.

Armenia, Azerbaijan setuju bebaskan tahanan
Armenia dan Azerbaijan pada Khamis bersetuju untuk saling membebaskan tahanan.

Armenia zahir kekecewaan kenyataan delegasi PBB selepas lawatan ke Nagorno-Karabakh
Dengan kebimbangan dan kekecewaan yang mendalam, Armenia memperoleh maklumat mengenai lawatan delegasi PBB ke Nagorno-Karabakh.

Hampir 100,000 penduduk Nagorno-Karabakh lari ke Armenia
Hampir 100,000 penduduk melarikan diri dari Nagorno-Karabakh ke Armenia selepas wilayah itu ditawan Azerbaijan dalam operasi ketenteraan.

Depoh bahan api meletup di Nagorno-Karabakh ragut 20 nyawa, ratusan lagi cedera
Sekurang-kurangnya 20 orang maut, manakala 290 lagi cedera dalam insiden letupan depoh bahan api di wilayah Nagorno-Karabakh pada Isnin.