KUALA LUMPUR: Purata kes COVID-19 di Malaysia perlu berada di bawah 4,000 kes sehari selama tujuh hari berturut-turut bagi membolehkan negara beralih ke fasa kedua mengikut Pelan Pemulihan Negara.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata selain itu kapasiti katil di unit rawatan rapi (ICU) juga perlu mencapai paras 75 peratus ke bawah di samping 10 peratus populasi yang telah divaksin.
"Hari ini, Alhamdulillah, vaksinasi sudah melebihi 10 peratus iaitu 11 peratus, dan dengan adanya pendekatan nilai ambang ini, kita boleh bergerak ke fasa dua, tiga dan empat," katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV, malam ini.
Pelan Pemulihan Negara yang merangkumi empat fasa adalah strategi peralihan keluar daripada kemelut pandemik COVID-19 bagi mengembalikan penghidupan harian biasa menjelang akhir tahun ini.
Ia bersandarkan tiga indikator iaitu keadaan penularan COVID-19 dalam komuniti berdasarkan bilangan kes jangkitan harian, keupayaan sistem kesihatan awam berdasarkan kadar penggunaan katil di ICU dan indikator ketiga adalah tahap populasi yang dilindungi berdasarkan peratusan lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.
Dr Adham berkata pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 merupakan kaedah intervensi untuk mencapai sasaran pelan berkenaan.
"Kita ada satu unjuran model SEIR (Susceptible-Exposed-Infectious-Removed), dan dalam Pelan Pemulihan Negara kita lihat kepada nilai RT (kadar kebolehjangkitan). Kalau sebelum ini nilai RT masih pada 1.2, mengikut unjuran SIER kita mungkin akan ada 13,000 kes (COVID-19)... tetapi disebabkan PKP 3.0, kita dapat intervensi sehingga unjuran SIER di bawah 1 iaitu 0.9.
"Ini memerlukan tekad kuat iaitu memerangi COVID-19 dengan tindakan kesihatan awam, vaksinasi dan solidariti rakyat kerana kita bukan sahaja berdepan dengan virus seperti dulu tetapi ada juga varian baharu," katanya.
Sementara itu, Dr Adham berkata kerajaan mempunyai pelan untuk membolehkan golongan berumur 12 tahun ke atas mengambil vaksin namun perlu memastikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan diselesaikan terlebih dahulu.
"Pihak pengeluar vaksin Pfizer telah kemukakan yang boleh beri vaksin kepada umur 12 tahun ke atas...kita kena ada data daripada Pfizer yang meyakinkan, dan keduanya, kita perlu dahulukan mereka yang mengambil peperiksaan iaitu tingkatan lima dan enam. Itu hanya berlaku selepas kita selesaikan program imunisasi kebangsaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 18 2021

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata selain itu kapasiti katil di unit rawatan rapi (ICU) juga perlu mencapai paras 75 peratus ke bawah di samping 10 peratus populasi yang telah divaksin. - Gambar fail/BERNAMA

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Baucar buku fasa kedua pelajar IPT bermula 30 Oktober
Penyaluran baucar akan dilaksana melalui platform digital kepada pelajar IPT yang berdaftar di bawah KPT dan berstatus aktif sehingga 31 Mac 2024.

RM9.4 juta bantuan musim tengkujuh disalur kepada peneroka tanaman getah Felda
Kerajaan menyalurkan peruntukan berjumlah RM9.4 juta bagi Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada 11,784 peneroka tanaman getah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang layak di seluruh negara.

Jepun mulakan fasa kedua pelepasan air tercemar Fukushima
Fasa kedua pelepasan bermula kira-kira 10.30 pagi dan dijadualkan berterusan hingga 23 Okt.

KLAS Renang B40 dapat sambutan, KBS sasar lebih 5,000 peserta fasa kedua
KBS menyasarkan seramai 5,760 kanak-kanak, berumur enam hingga 12 tahun, untuk menyertai program Kemahiran Latihan Asas Sukan: Renang (KLAS Renang) bagi fasa kedua mulai September hingga Disember ini.

Johor dijangka beralih ke fasa kedua PPN seawal minggu depan - MB
Johor dijangka beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) seawal minggu depan selepas memenuhi nilai ambang yang ditetapkan kerajaan bagi peralihan fasa tersebut.

PPN Fasa Kedua: Penduduk Perlis 'serbu' kedai gunting rambut
Pelanggan sanggup beratur panjang menunggu giliran di luar kedai berkenaan sebaik dibuka pada 10 pagi.

COVID-19: Pulau Pinang yakin masuki Fasa 2 PPN minggu depan
Chow Koon Yeow menyasarkan negeri Pulau Mutiara itu memasuki fasa dua pada Rabu atau Khamis depan.

COVID-19: Suntikan vaksin fasa ketiga bermula Isnin - Khairy
Suntikan vaksin bagi fasa ketiga yang melibatkan golongan dewasa melebihi usia 18 tahun di Lembah Klang akan bermula esok.

COVID-19: Negara ke fasa kedua jika purata kes bawah 4,000 tujuh hari berturut-turut
Purata kes COVID-19 di Malaysia perlu berada di bawah 4,000 kes sehari selama tujuh hari berturut-turut bagi membolehkan negara beralih ke fasa kedua mengikut Pelan Pemulihan Negara.

Ekonomi Malaysia dijangka pulih beransur-ansur dengan Pelan Pemulihan Negara
Ekonomi Malaysia dijangka pulih beransur-ansur ketika negara beralih ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada Julai dan Ogos dan fasa ketiga pada September dan Oktober.