PUTRAJAYA: Kadar kebolehjangkitan COVID-19 (R-Naught) di negara ini meningkat kepada angka 1.0 dan ini mungkin tanda awal kes positif wabak itu akan melonjak.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata nilai R-Naught (Rt)1.0 bermakna kes akan mendatar dan tidak menurun.
"Ini (Rt 1.0) adalah tanda awal kes (positif COVID-19) akan melonjak. Walaupun belum naik tetapi mungkin akan naik," katanya pada sidang media mengenai COVID-19 di sini hari ini.
Nilai R-Naught merujuk kepada tahap keberjangkitan kes COVID-19, iaitu berapa banyak kes yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam ciapan menerusi akaun Twitter rasminya semalam turut memaklumkan perkara sama dan menggesa individu yang telah diberi janji temu dos penggalak COVID-19, agar mengambil dos berkenaan.
Dr Noor Hisham berkata kebenaran rentas negeri bukan faktor pendorong kepada peningkatan nilai R-Naught, sebaliknya aktiviti perhimpunan sehingga menyukarkan penjarakan sosial dan bersembang dengan jarak dekat adalah penyebab kepada peningkatan itu.
"Ini adalah cara virus (COVID-19) tersebar. KKM (Kementerian Kesihatan) sentiasa sarankan agar rakyat patuh SOP (prosedur operasi standard) dan wajib pakai pelitup muka. Kalau boleh pakai face shield (pelindung muka). Kalau pakai dua lapis pelitup muka dan pelindung muka, ia dapat tapis antara 86 hingga 90 peratus virus," kata Dr Noor Hisham.
Beliau turut memberi penekanan terhadap amalan kebersihan seperti kerap mencuci tangan kerana ia termasuk dalam amalan kesihatan awam yang perlu diberikan perhatian serius bagi mengurangkan penularan pandemik COVID-19.
Katanya amalan kesihatan awam merupakan kaedah pencegahan penularan pandemik COVID-19 secara luaran manakala vaksinasi pula adalah kaedah pencegahan secara dalaman.
"Ini adalah kaedah serampang dua mata KKM yang mesti dipatuhi setiap lapisan masyarakat khususnya golongan warga emas dan mereka yang mempunyai sejarah penyakit komorbid," katanya.
Mengenai perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), beliau berkata sehingga kini 95.1 peratus populasi dewasa lengkap divaksin dan 1,031,946 atau 4.4 peratus masih tidak divaksin.
Beliau menggesa golongan yang belum menerima suntikan vaksin COVID-19 untuk segera mendapatkan suntikan imunisasi bagi mengelak risiko dijangkiti atau 'the pandemic of unvaccinated'.
"Kalau kita lihat data di Jerman dan Austria, rata-rata rakyat negara itu yang tidak terima suntikan vaksin COVID-19 adalah terdedah dijangkiti virus berkenaan. Jadi saya seru rakyat negara ini untuk terima suntikan vaksin termasuk dos penggalak untuk pastikan imuniti badan kuat melawan virus ini," katanya.
Dr Noor Hisham berkata walaupun kerajaan belum membuat keputusan untuk kaedah 'jumpa terus' bagi mendapatkan dos penggalak namun mana-mana individu yang mendapat janji temu perlu mengikuti tarikh, masa dan lokasi yang ditetapkan melalui aplikasi MySejahtera masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 12 2021

Dr Noor Hisham berkata nilai R-Naught (Rt)1.0 bermakna kes akan mendatar dan tidak menurun. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Kerjasama BLACKMORES dengan IJN beri kesedaran pentingnya kesihatan jantung
Kerjasama BLACKMORES dengan Institut Jantung Negara (IJN) terjalin pada waktu yang tepat melihat kepada peningkatan trend penghidap sakit jantung dalam kalangan usia muda di Malaysia.

Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.

Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ
IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.

Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.

Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba
Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.

Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.

Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.

Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Mesyuarat akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak COVID-19.

Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.

Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.