Polis menahan sepasang suami isteri disyaki terlibat dalam kes penipuan kutipan sumbangan COVID-19 yang kononnya untuk disalurkan kepada penduduk Bukit Malut di sini, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata pasangan berasal dari Selangor itu telah membuat hantaran di Facebook pada Selasa memohon sumbangan kononnya untuk 100 penduduk di Bukit Malut yang memerlukan bantuan.
Beliau berkata polis kemudiannya menerima laporan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Langkawi mengenai tindakan pasangan suami isteri berusia 33 dan 27 tahun itu yang dikesan membuat kutipan tanpa melalui jabatan itu.
"Hasil laporan oleh JKM Langkawi, polis telah menahan pasangan suami isteri tersebut pada 1.13 tengah hari di Bukit Malut. Mereka juga mengaku telah menerima sumbangan namun belum menyampaikan sumbangan tersebut kepada penduduk di Bukit Malut dan Taman Nilam.
"Selain disyaki terlibat kes penipuan, pasangan itu juga didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila berada di Bukit Malut tanpa kebenaran," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Iqbal berkata pasangan itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Langkawi bagi mendapatkan perintah tahanan reman pada Khamis.
Kes disiasat menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Perkara 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Apr 23 2020

Pasangan itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Langkawi bagi mendapatkan perintah tahanan reman pada Khamis. Gambar hiasan.
Pembuat seramik di Hebron perkenal produk baharu
Dalam usaha meningkatkan jualan sempena bulan suci Ramadan, seorang pembuat seramik di Hebron, Loai Ghaith menghidupkan semula perniagaan keluarganya dengan memperkenalkan produk dan reka bentuk baharu.
Kemelut kewangan buat GLC hati-hati melabur - Bront Palarae
Kemelut kewangan tahun lalu di negara ini membuatkan setiap syarikat berkaitan Kerajaan berhati-hati untuk melabur dalam bakat tempatan.
Farkhan kini di belakang tabir, lahirkan atlet tinju berkualiti
Pengerusi Persatuan Tinju Johor, Farkhan Haron kini fokus membangunkan bakat baharu dan memastikan Johor terus melahirkan atlet tinju berkualiti.
Teknologi bukan alasan untuk alpa dan lalai dalam ibadah
Pendakwah bebas dan pengacara, Izmir Fareez Norazlan berpendapatan masyarakat sudah tersalah guna teknologi, yang menyebabkan umat islam jadi semakin alpa ketika mahu beribadah
PM Anwar seru umat islam perkukuh ibadah dan takwa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di Malaysia untuk memperkukuh amal ibadah dan meningkatkan ketakwaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.
Peniaga dilarang guna akuarium ganti balang air - KKM
Peniaga termasuk di Bazar Ramadan, dilarang menggunakan peralatan yang pembuatannya bukan untuk tujuan penyimpanan atau penyediaan makanan, dalam mengendalikan bahan jualan mereka.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penyokong, penentang Presiden Korea Selatan berhimpun di Seoul
Lebih 60,000 penunjuk perasaan Korea Selatan termasuk penyokong dan penentang Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-Yeol mengadakan perhimpunan di Dataran Gwanghwamun pada Sabtu.

Nik Nazmi umum jawatan Naib Presiden PKR, Ketua Cabang Setiawangsa
Nik Nazmi Nik Ahmad malam ini mengumumkan akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR dan Ketua Cabang Setiawangsa dalam pemilihan parti itu yang dijadual pada 24 Mei.

Feri penumpang dalam pembaikan terbakar
Sebuah feri yang sedang dalam penyelenggaraan enjin di limbungan pembaikan kapal di Bukit Malut, terbakar pada petang Jumaat.

Semua penduduk Bukit Malut termasuk warga asing akan divaksin
Muhammad Sanusi Md Nor berkata, tiada diskriminasi membabitkan suntikan vaksin itu bagi mengelak mereka menjadi pembawa virus itu.

Penduduk risau wujud fenomena 'Bukit Malut 2' di Kuala Perlis
Penduduk setempat bimbang terhadap keselamatan mereka dan jika perkara itu tidak dibendung dari awal akan mengubah perkampungan nelayan Kuala Perlis sebagai pusat transit pendatang asing.

Kerajaan komited selesaikan isu penempatan di Bukit Malut
Dr Mahathir mahu kesemua penduduk Bukit Malut ditempatkan di kawasan perumahan yang lebih terancang dan sempurna.

Tragedi Langkawi: Polis sahkan mayat rentung milik tiga sekeluarga
Polis telah membuka kertas siasatan bagi mengenal pasti punca kematian tiga sekeluarga dalam kebakaran di sebuah rumah di Pangkalan Jeti Nelayan Sungai Tepi, dekat Bukit Malut di Langkawi pagi tadi.

Bukit Malut hampir ditenggelami lautan sampah
Bukit Malut hampir 'ditenggelami' sampah, apabila sisa buangan itu langsung tidak diuruskan dengan baik.

Bidaan Equanimity ditutup hari ini, dan pemenangnya...
Kapal layar penuh kontroversi itu dirampas pihak berkuasa Malaysia pada 7 Ogos dan mula dilelongkan sejak 29 Oktober dalam usaha kerajaan mengembalikan wang yang dilesapkan dalam skandal 1MDB.

Pilihan raya satu nikmat kepada pengundi - Tun M
Calon PKR Parlimen Langkawi itu melihat pilihan raya sebagai satu nikmat yang dibawa parti tertentu kepada penduduk di kawasan berkenaan.

Langkawi bakal muncul pengeluar utama udang putih Amerika Selatan
Projek berskala besar di Bukit Malut yang dijangka bermula sebelum akhir 2018, juga disasarkan menjana hasil kira-kira RM1.5 bilion setahun selepas tiga tahun pelaksanaannya.

150 buah rumah di perkampungan nelayan Langkawi musnah dijilat api
Kira-kira 150 rumah setinggan musnah dalam satu kebakaran dekat Bukit Malut, Langkawi hari ini. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.