JEMPOL: Pasar Awam Bahau ditutup selama tiga hari bermula Ahad berikutan terdapat kes positif COVID-19 membabitkan seorang peniaga di pasar berkenaan.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jempol (MPJL), Raja Norazli Raja Nordin berkata, penutupan pasar itu dilakukan bagi membolehkan kerja sanitasi dan pembersihan dijalankan di pasar tersebut.
"Proses sanitasi dijangka dilaksanakan pada jam 10 pagi Ahad oleh anggota bomba sebaik pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selesai menampal notis arahan penutupan.
"Bagaimanapun, penutupan ini hanya melibatkan pasar awam dan pasar kayu bersebelahan yang terbabit dengan arahan penutupan ini manakala pasar ayam beroperasi seperti biasa," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Raja Norazli berkata, ketika ini belum ada arahan bagi peniaga dan pekerja di pasar berkenaan menjalani ujian saringan COVID-19.
"Pasar awam itu akan ditutup lebih tiga hari sekiranya ada peniaga lain turut positif COVID-19," katanya.
Pasar awam berkenaan pernah ditutup selama 14 hari pada April tahun lalu selepas seorang peniaga positif COVID-19 yang mendapat jangkitan dari kluster Pasar Borong Kuala Lumpur.
Sementara itu, dalam perkembangan sama, selain pasar awam, Sinar Harian difahamkan terdapat dua lagi premis perniagaan di Bahau turut diarahkan tutup susulan terdapat kes positif COVID-19.
Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Jempol, Nawal Mohamed Amin yang menjelaskan dua premis itu adalah pasar raya Zemart dan pasar raya besar Lotus.
"Zemart ditutup sementara bermula Jumaat dan Lotus pada Sabtu sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
"Penutupan kesemua premis ini adalah bertujuan membolehkan kerja sanitasi dan pembersihan dijalankan selain urusan saringan COVID-19," katanya.
Artikel asal dari Sinar Harian: Pasar Awam Bahau tutup tiga hari
Sinar Harian
Sat Jul 24 2021

Kerja-kerja penutupan pasar dilakukan oleh pihak bertanggungjawab pada malam Sabtu. -Foto Sinar Harian

New York saman pengedar vape jual e-rokok kepada kanak-kanak
New York pada Khamis menyaman beberapa pengedar rokok elektronik terbesar di negara itu, menuduh syarikat itu melanggar undang-undang negeri yang melarang penjualan vape kepada kanak-kanak.

X naikkan harga langganan X Premium+ sekali lagi, kini RM177 sebulan
X telah meningkatkan harga langganan untuk pelan X Premium kepada RM177 sebulan, selepas peningkatan sebelumnya pada Disember 2024.

Warga emas hilang ketika memancing ditemukan lemas
Mayat mangsa dijumpai oleh orang awam selepas timbul di Jeti Pink Rompin pagi ini pada jarak 2.5 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

Veteran DAP, Kulasegaran tarik diri pemilihan parti
M Kulasegaran mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

Man Tiger tidak mengaku cuba bunuh suami isteri
Suspek ditahan dalam tempoh 24 jam selepas kejadian dan mempunyai 27 rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.
3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Tiga buah bas meletup, di Tel Aviv pada Khamis dalam kejadian yang didakwa oleh polis Israel sebagai serangan pengganas.
Inflasi Januari 2025, apa pendorong situasi dan prestasi terkini?
Untuk mengulas lanjut angka terkini inflasi ini, kita bersama Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, Provost, Malaysia University of Science & Technology MUST.

Jabatan Kesihatan rampas gula-gula kenyal dijual dekat sekolah Mohamad Fahmi
JKN Pulau Pinang sedang siasat lebih lanjut keselamatan produk makanan itu, tindakan selanjutnya akan diselaras di peringkat ibu pejabat.

Bapa dakwa anak autistik didera di taska, ada kesan lebam
Seorang kanak-kanak autistik, didakwa menjadi mangsa dera di taska apabila bapanya menemukan kesan lebam yang besar pada belakang badan ketika ingin memandikan anak sulungnya itu.
'Nak beli baju raya, rancang kewangan terlebih dahulu' - Pakar
Masyarakat disaran untuk berbelanja secara berhemah dan tidak membiarkan perancangan kewangan mereka tersasar semata-mata kerana ingin memenuhi gaya hidup atau mengikut trend menjelang perayaan Aidilfitri.

COVID-19: Pasar Awam Bahau tutup tiga hari
Proses sanitasi dijangka dilaksanakan pada jam 10 pagi Ahad oleh anggota bomba sebaik pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selesai menampal notis arahan penutupan.