KOTA KINABALU: Pelajar sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Sabah mencetuskan satu daripada dua kluster baharu yang direkodkan di Sabah hari ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun, yang merupakan jurucakap kerajaan Sabah berkaitan COVID-19, berkata kes indeks terbabit dikesan positif wabak itu pada 30 Mac melalui saringan bergejala, sekali gus menjadi punca Kluster Batu Lima, Jalan Sibuga, Sandakan.
"Kluster baharu berkenaan menokok satu kes pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak lapan kes. Jangkitan dipercayai menular dalam kalangan pelajar di kelas dan bilik asrama sama.
"Susulan kes itu, 91 pelajar dengan 39 kakitangan institusi berkenaan serta 13 petugas dewan makan telah disaring dan mendapati tujuh orang disahkan positif COVID-19," katanya dalam kenyataan, malam tadi.
Beliau berkata satu lagi kluster baharu direkodkan di Sandakan ialah Kluster Sim-Sim yang mempunyai jumlah kumulatif 15 kes setelah mencatat penambahan 14 kes.
BACA: PKPD di empat lokaliti di Sabah bermula esok hingga 23 April
Masidi berkata kes indeks dikesan positif COVID-19 hasil saringan bergejala di sebuah klinik pada 4 April selepas dipercayai mendapat jangkitan ketika menghadiri majlis sambutan hari jadi di Flat Sim Sim pada 3 April.
"Daripada 20 ahli keluarga terdekat yang disaring, 14 orang disahkan positif COVID-19," katanya.
Sementara itu, Masidi berkata Sabah merekodkan 139 kes positif baharu COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif wabak itu sebanyak 55,539 kes, manakala pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital seramai 52 orang, menjadikan jumlah kumulatif pesakit sembuh di Sabah 54,411.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 09 2021
![COVID-19: Pelajar IPTA cetus satu daripada kluster baharu di Sabah COVID-19: Pelajar IPTA cetus satu daripada kluster baharu di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71603201991_MasidiManjun.jpg)
Masidi berkata kes indeks dikesan positif COVID-19 hasil saringan bergejala di sebuah klinik pada 4 April selepas dipercayai mendapat jangkitan ketika menghadiri majlis sambutan hari jadi pada 3 April. - Gambar fail
Agenda AWANI: Gencatan Senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump
Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan. Jelasnya, memandangkan dunia Arab yang masyhur berpecah, penyatuan dalam satu suara dalam mempertahankan hak Palestin kini boleh dianggap sebagai suatu kemenangan. #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Apa peluang dan potensi kerjasama saling untung yang boleh dibawa oleh Turkiye untuk manfaat ASEAN khususnya perdagangan, teknologi dan kestabilan rantau ini? Diskusi 9 malam.
![Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739357245_HennyMohamedNajib.jpg)
Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain
Seorang wanita didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki kad pengenalan atau MyKad individu lain dalam satu operasi minggu lepas.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Pengaturcara Indonesia, Malaysia digesa bangunkan platform seumpama DeepSeek gaya Nusantara Pengaturcara Indonesia, Malaysia digesa bangunkan platform seumpama DeepSeek gaya Nusantara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739364907_ArifHavasOegroseno.jpg)
Pengaturcara Indonesia, Malaysia digesa bangunkan platform seumpama DeepSeek gaya Nusantara
"Jika China boleh melakukannya, kita juga seharusnya mampu kerana ia adalah sumber terbuka."
![Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030 Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722506966_TBEV.jpg)
Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030
Setiap kawasan komersial baharu perlu mempunyai peratusan tempat letak kereta yang dipasang dengan stesen pengecas EV.
![Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724400042_TBladangsawit.jpg)
Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun
Menurut data Persatuan Pengekstrak Pelarut India pada Rabu, import minyak sawit India berjumlah 275,000 tan pada bulan lepas.
#AWANIRingkas 12 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Februari 2025
1️⃣ Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
2️⃣ Sektor penerbangan
3️⃣ Indeks Persepsi Rasuah
#awaniringkas
1️⃣ Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
2️⃣ Sektor penerbangan
3️⃣ Indeks Persepsi Rasuah
#awaniringkas
Agenda AWANI: Gencatan senjata: Mampu bertahan tanpa sabotaj
Apa jadi jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel gagal dipatuhi dan apa pula nasib rakyat Palestin ketika harapan dunia mahu bantu Gaza dibina semula? Diskusi 8.30 malam.
Bantuan ke Gaza: Misi ketujuh ke Gaza dari Singapura berlepas hari ini
Sejak bermulanya konflik pada Oktober 2023, Singapura telah menghantar bantuan kemanusiaan untuk Gaza bernilai lebih S$19 juta (AS$14 juta).
![60 peratus wanita di Malaysia tidak pernah jalani saringan kanser serviks 60 peratus wanita di Malaysia tidak pernah jalani saringan kanser serviks](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51622465885_kanserserviks.jpg)
60 peratus wanita di Malaysia tidak pernah jalani saringan kanser serviks
Statistik itu mencerminkan tahap kesedaran yang masih rendah dalam kalangan wanita mengenai kepentingan pengesanan awal penyakit terbabit.
![Tiada kes baharu mpox dikesan di Malaysia - KKM Tiada kes baharu mpox dikesan di Malaysia - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729144795_TBMHD.jpg)
Tiada kes baharu mpox dikesan di Malaysia - KKM
Beliau berkata keputusan itu dicapai selepas Kementerian Kesihatan (KKM) menyaring 22.8 juta pelancong di pintu masuk negara.
![ASF: 27,344 babi dilupuskan di Pulau Pinang sejak awal tahun ASF: 27,344 babi dilupuskan di Pulau Pinang sejak awal tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41618326189_babi.jpg)
ASF: 27,344 babi dilupuskan di Pulau Pinang sejak awal tahun
Sebanyak 27,344 ekor babi di Pulau Pinang dilupuskan sejak penularan penyakit demam babi Afrika (ASF), iaitu dari awal tahun hingga semalam, dalam usaha membendung penularan penyakit itu.
![Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673338054_TBSAMPELCOVID.jpg)
Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas
Kes baharu naik 5.2% (1,367 kepada 1,438 kes), kes sembuh turun 8.8% (1,497 kepada 1,365), kes kematian naik 300% (dua kepada lapan).
![Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41676348760_DrNoorHishamAbdul.jpg)
Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus
Tiada perubahan dari segi peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 6/2023, berbanding ME 5/2023, bagi katil bukan kritikal.
![COVID-19: Kes masih terkawal, tidak perlu hingga tutup pintu sempadan - Dr Zaliha COVID-19: Kes masih terkawal, tidak perlu hingga tutup pintu sempadan - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71673583804_ShazuddinAriff.jpg)
COVID-19: Kes masih terkawal, tidak perlu hingga tutup pintu sempadan - Dr Zaliha
Kerajaan mengambil langkah berjaga-jaga dengan melaksanakan pendekatan tertentu di pintu masuk negara bagi mengekang penularan wabak itu.
![Keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia hampir lima juta Keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia hampir lima juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670400435_Covid.jpg)
Keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia hampir lima juta
Data KKM pada Sabtu turut menunjukkan kesemua kes baharu yang direkodkan itu melibatkan penularan tempatan.
![COVID-19: 1,138 kes baharu, 8 kematian dicatat COVID-19: 1,138 kes baharu, 8 kematian dicatat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662625098_LaurenNichols.jpg)
COVID-19: 1,138 kes baharu, 8 kematian dicatat
16,521 kes aktif direkodkan pada Jumaat dan daripada jumlah itu, 15,413 kes atau 93.3 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
![COVID-19: 809 kes baharu, enam kematian dicatat COVID-19: 809 kes baharu, enam kematian dicatat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668139873_Covid.jpg)
COVID-19: 809 kes baharu, enam kematian dicatat
17,972 kes aktif direkodkan pada Isnin dan daripada jumlah itu 16,772 kes atau 93.3 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
![COVID-19: 1,502 kes baharu, tiga kematian dicatat COVID-19: 1,502 kes baharu, tiga kematian dicatat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662625098_LaurenNichols.jpg)
COVID-19: 1,502 kes baharu, tiga kematian dicatat
22,505 kes aktif dicatatkan pada Ahad dan daripada jumlah itu 20,889 kes sedang menjalani kuarantin di rumah.