Pandemik COVID-19 merupakan contoh jelas akan hubungan rapat antara kesihatan dan alam sekitar, kata Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood.
Beliau berkata cabaran kritkal yang lain termasuk kesan perubahan iklim terhadap kesihatan yang memerlukan rakyat untuk memikirkan semula sistem kesihatan pada abad ke-21 dan mengamalkan pendekatan semasa terhadap kesihatan planet.
Oleh itu, Dr Jemilah berkata kini merupakan masa yang tepat untuk Malaysia mengkaji aspek kesihatan secara lebih holistik, dan melangkaui kesihatan pesakit, untuk turut menangani aspek kesihatan planet.
"COVID-19 telah membuka mata kita semua, bahawa degradasi alam sekitar yang meningkat dan berlarutan akan terus meningkatkan kejadian zoonosis iaitu peningkatan penularan penyakit daripada haiwan kepada manusia.
"Ini memerlukan kita untuk mengamalkan gaya hidup lebih sihat yang sekali gus akan melindungi planet. Misalnya, di Paris ketika ini, terdapat pelaburan untuk menggalakkan aktiviti berbasikal di kawasan bandar raya itu, sekali gus mengurangkan penggunaan karbon dan menambah baik kualiti udara di bandar raya itu," katanya dalam ucap tama pada program 'Building Capacity and Partnership for Health Advocacy' di sini, pada Ahad.
Dr Jemilah juga berkata COVID-19 juga dilihat sebagai wadah untuk mengubah pendekatan keusahawanan terhadap perubahan iklim.
"Kita perlu mengkaji dengan serius untuk mengubah penggunaan bahan buangan perubatan kepada jenis biodegradasi (boleh terurai secara biologi) dan mungkin di masa depan akan ada pelitup muka biodegradasi yang amat diperlukan untuk mengurangkan kesan pelitup muka yang hanya diguna sekali sahaja terhadap alam sekitar.
"Ini merupakan masa untuk syarikat melabur dalam penyelidikan dan pembangunan barangan biodegradasi termasuk sarung tangan yang digunakan secara meluas. Inovasi dalam kalangan usahawan akan menghasilkan kesan positif di peringkat global," katanya.
Sementara itu, beliau menegaskan COVID-19 telah menjejaskan kemajuan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) global dan mungkin kini masanya untuk mengkaji bagaimana pendekatan kesihatan planet dapat mencorakkan semula SDG.
Ketika ditanya mengenai seminar itu, Dr Jemilah berkata adalah penting bagi profesional penjagaan kesihatan turut memberi sokongan kerana mereka merupakan individu yang dipercayai di mana-mana negara atau dalam konteks itu.
"Suara kami penting dan sebagai penyokong akan dapat memainkan peranan dalam menyampaikan keputusan dasar-dasar dan mengadakan dialog. Kami tidak patut mensia-siakan peluang untuk mempengaruhi perubahan positif untuk hasil kesihatan lebih baik," jelasnya.
Seminar anjuran bersama Fakulti Perubatan, Universiti Malaya dan Akademi Perubatan Malaysia (AMM) itu bertujuan merapatkan jurang antara bidang berbeza sistem kesihatan dalam kalangan doktor pakar, ahli akademik dan pengamal kesihatan global.
Pada seminar itu, AMM turut melancarkan AMM-COS Basis Surgical E-Training Management Platform, platform pengurusan dalam talian bagi penyelarasan dan dokumentasi latihan surgikal asas secara berpusat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 23 2020

Pandemik COVID-19 merupakan contoh jelas akan hubungan rapat antara kesihatan dan alam sekitar, kata Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood. - Bernama
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.