SANDAKAN: Petugas Jabatan Kesihatan akan bergerak sendiri ke pulau-pulau sekitar Sandakan untuk menjalankan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) tidak lama lagi.
Pegawai Kesihatan Kawasan Sandakan yang juga Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr Johari Awang Besar berkata pihaknya menjangka usaha itu akan mula digerakkan dalam masa dua hingga empat minggu lagi.
Menurut beliau, ketika ini pihaknya masih merangka pelan dengan lebih rapi dan efisien bagi memudahkan penduduk di pulau-pulau sekitar menerima vaksin COVID-19.
Menurutnya, Sandakan antara daerah yang luas di Sabah dengan lebih tujuh buah pulau yang dihuni penduduk.
“Saya sedang merancang dengan lebih rapi, pasukan bot yang bergerak ke beberapa belas kampung di sekitar kawasan Sandakan seperti di Pulau Berhala, Tanjung Aru, Pulau Lubukan, Pulau Tronglit, Pulau Shanghai dan sebagainya.
"Kita akan merancang ini dengan lebih rapi dan kita akan beritahu kepada pihak berkaitan, mungkin ketua kampung ataupun pihak pemimpin di sana, bila kita akan datang.
"Mereka perlu bersedia untuk menerima dan kita akan mulakan, insya-Allah dalam masa dua minggu atau empat minggu dari sekarang,” kata Dr Johari ketika ditemu bual Astro AWANI di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Sandakan.
Tambah Johari, pasukan kesihatan juga akan mengadakan program imunisasi di kawasan-kawasan luar bandar Sandakan dengan klinik kesihatan kampung dijadikan pusat pemberian vaksin.
“Bagi di kampung yang jauh, contohnya di Suan Lamba, Ulu Dusun dan juga Sungai Manila, kita ada perancangan untuk membuat di klinik kesihatan yang ada di tempat tersebut.
"Jadi tak payah mereka datang jauh ke bandar Sandakan ini di dewan libaran atau dewan masyarakat.
"Ini akan memudahkan mereka. Kita akan lihat ini dengan lebih serius dan kita akan laksanakan dalam masa terdekat,” katanya lagi.
Beliau berharap penduduk di pulau dan luar bandar sekitar sini sentiasa bersedia dan memberi kerjasama sekiranya petugas kesihatan masuk ke kawasan berkenaan.
Radhi Muslim
Sat May 29 2021
![COVID-19: Penduduk pulau sekitar Sandakan terima vaksin 2-4 minggu lagi COVID-19: Penduduk pulau sekitar Sandakan terima vaksin 2-4 minggu lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41622111066_Vaksin.jpg)
Petugas Jabatan Kesihatan akan bergerak sendiri ke pulau-pulau sekitar Sandakan untuk menjalankan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) tidak lama lagi. -Gambar fail
Pemandu lori maut kemalangan di WCE
Seorang pemandu lori kontena maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan di laluan keluar Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menghala Lebuhraya Kesas, awal pagi Selasa.
Kanak-kanak tujuh tahun lemas di kolam kondominium
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun disahkan meninggal dunia akibat lemas ketika mandi di sebuah kolam renang di Tasik Residensi, Jalan Putra Prima Utama, Puchong, semalam.
Kanak-kanak dipukul telah dapatkan rawatan - Nancy Shukri
Kanak-kanak perempuan yang dipukul seorang wanita sehingga terkena bucu kerusi dan mengalami pendarahan di kening, telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Wanita pukul anak hingga terhantuk bucu kerusi ditahan
Polis menahan seorang wanita yang tergamak memukul anak perempuannya sehingga tersungkur jatuh dan terhantuk bucu bangku hingga berdarah pada dahi di hadapan sebuah pasar raya di Jejawi, Arau, pada Isnin.
Sambutan Thaipusam di Batu Caves terus meriah
Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim membawakan perkembangan terkini dari batu Caves sempena sambutan Thaipusam.
![Presiden Erdogan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra Presiden Erdogan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739247569_PresidenErdogan.jpg)
Presiden Erdogan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Sebaik tiba pada 11.10 pagi, Erdogan disambut Perdana Menteri Anwar sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
![1 maut, 3 cedera dalam insiden babitkan dua jet di Arizona, AS 1 maut, 3 cedera dalam insiden babitkan dua jet di Arizona, AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739246839_ScottsdaleAirport.jpg)
1 maut, 3 cedera dalam insiden babitkan dua jet di Arizona, AS
Sebuah pesawat Learjet 35A terbabas dari landasan dan melanggar jet perniagaan 'Gulfstream 200' yang berada di kawasan lapangan terbang Scottsdale.
[TERKINI] Istiadat sambutan rasmi sempena lawatan Presiden Turkiye
Istiadat sambutan rasmi sempena lawatan Presiden Turkiye
![Singapura usir pasangan Iran-Malaysia terlibat dengan syarikat berkaitan keganasan Singapura usir pasangan Iran-Malaysia terlibat dengan syarikat berkaitan keganasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71735790030_singapore.jpg)
Singapura usir pasangan Iran-Malaysia terlibat dengan syarikat berkaitan keganasan
Parvane Heidaridehkordi dibatalkan pas lawatan jangka panjangnya, manakala suaminya Soo Thean Ling kehilangan status penduduk tetap.
![Kanak-kanak dipukul hingga terkena bucu kerusi telah dapatkan rawatan - Nancy Kanak-kanak dipukul hingga terkena bucu kerusi telah dapatkan rawatan - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739245878_TBNANCY.jpg)
Kanak-kanak dipukul hingga terkena bucu kerusi telah dapatkan rawatan - Nancy
Nancy turut mengesahkan bahawa suspek wanita berkenaan telah ditahan oleh pihak polis.
![Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728918105_bayi.jpg)
Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin
Pesakit merupakan seorang bayi perempuan berusia lima bulan dari Indonesia yang dipindahkan secara perubatan dari negara itu.
![Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720071429_DATUKDRZAINIHUSSI.jpg)
Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.
![Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737581394_TBStephenRundi.jpg)
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
![Wabak disyaki virus Marburg ragut lapan nyawa di Tanzania - WHO Wabak disyaki virus Marburg ragut lapan nyawa di Tanzania - WHO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660782615_WHO.jpg)
Wabak disyaki virus Marburg ragut lapan nyawa di Tanzania - WHO
Wabak disyaki virus Marburg di Tanzania menjangkiti sembilan individu dan mengakibatkan lapan kematian setakat ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
![Indonesia bekalkan 4 juta vaksin untuk tangani wabak kaki dan mulut (FMD) Indonesia bekalkan 4 juta vaksin untuk tangani wabak kaki dan mulut (FMD)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686329943_genericvaksin.jpg)
Indonesia bekalkan 4 juta vaksin untuk tangani wabak kaki dan mulut (FMD)
Vaksin FMD ini sedang diedarkan ke seluruh wilayah di Indonesia melalui kerajaan tempatan.
![TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81728393424_syedhamadahsyedot.jpg)
TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).
![Malaysia, China perkukuh hubungan dalam sains, teknologi dan inovasi Malaysia, China perkukuh hubungan dalam sains, teknologi dan inovasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733738684_tbMalaysiaChinaC.jpg)
Malaysia, China perkukuh hubungan dalam sains, teknologi dan inovasi
Malaysia mengulangi komitmen untuk mewujudkan kolaborasi dengan China dalam bidang STI menerusi Memorandum Persefahaman ditandatangani antara Akademi Sains Malaysia CAS hari ini.
![Sudan Selatan terima lebih 280,000 dos vaksin untuk tangani kolera Sudan Selatan terima lebih 280,000 dos vaksin untuk tangani kolera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61732982723_TBsudancholera.jpg)
Sudan Selatan terima lebih 280,000 dos vaksin untuk tangani kolera
Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa vaksin itu akan diedarkan secara strategik di Negeri Upper Nile dan lokasi keutamaan lain.
![Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686329943_genericvaksin.jpg)
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
![Lebih 1,800 kes mpox disahkan di Afrika dari 20 Oktober hingga 3 November - WHO Lebih 1,800 kes mpox disahkan di Afrika dari 20 Oktober hingga 3 November - WHO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731409948_mpoxafrika.jpg)
Lebih 1,800 kes mpox disahkan di Afrika dari 20 Oktober hingga 3 November - WHO
Menurut WHO, Republik Demokratik Congo mencatatkan peningkatan terbesar dalam kes dan kematian sepanjang tempoh ini.