KUANTAN:Setiap bakal pengantin dan rombongan yang datang dari luar Pahang perlu mengemukakan keputusan ujian Antigen Rapid Test Kid (RTK-Ag) COVID-19 yang dibuat dalam tempoh 72 jam sebelum majlis akad nikah berlangsung di negeri ini.
Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Datuk Dr Zulkifle Ali berkata ujian tersebut boleh dibuat di mana-mana kemudahan kesihatan kerajaan atau swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan termasuk di negeri asal individu terlibat.
"Kos menjalani ujian itu adalah tanggungan sendiri dan ketidakpatuhan dalam aspek masa, jenis dan keputusan ujian RTK boleh menyebabkan majlis akad nikah ditangguhkan dengan kuasa kadi daerah," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.
Zulkifle berkata keputusan ujian itu hendaklah dikemukakan kepada pejabat agama Islam daerah bersama dengan permit kebenaran merentas negeri sebelum majlis dibenarkan berlangsung.
Syarat itu dibuat berdasarkan situasi terkini COVID-19 yang menyaksikan sebilangan besar negeri tertakluk kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), selain untuk membendung penularan wabak tersebut di Pahang.
PKPB dilaksanakan di Semenanjung Malaysia kecuali di Kelantan, Pahang dan Perlis sehingga 6 Dis ini.
Selain itu, Zulkifle memaklumkan majlis akad nikah hanya boleh dilaksanakan di pejabat agama Islam daerah atau di lokasi yang difikirkan sesuai oleh kadi daerah, dengan tempoh masa maksimum perjalanan majlis selama 20 minit.
"Upacara adat istiadat tidak dibenarkan sama sekali dan kehadiran yang dibolehkan hanya lapan orang termasuk jurunikah, dua orang saksi, pasangan pengantin dan wali," katanya.
Zulkifle berkata giliran waktu majlis berlangsung ditentukan oleh kadi selepas perbincangan dengan pihak bakal pengantin dan mereka yang hadir wajib mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pejabat agama Islam daerah.
Ini termasuklah memakai pelitup muka, melepasi ujian suhu, mendaftar kehadiran, menggunakan cecair pembasmi kuman dan mematuhi aspek penjarakan fizikal.
"Kita berharap semua pihak dapat mematuhi syarat yang ditetapkan. Jika garis panduan ini tidak dipatuhi, kadi atau wakilnya boleh menangguhkan majlis akad nikah tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 13 2020

Majlis akad nikah hanya boleh dilaksanakan di pejabat agama Islam daerah atau di lokasi yang difikirkan sesuai oleh kadi daerah. -Gambar fail
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.

MWC 2025: EDOTCO komited percepat pelaksanaan 5G, luaskan ketersambungan luar bandar
Kumpulan EDOTCO terus memperkukuh komitmennya terhadap transformasi digital Malaysia dengan mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G.

Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik sedikit kepada 4.4635/4680 berbanding 4.4640/4680 ketika ditutup pada Isnin.
Sidang tergempar negara Arab bincang beberapa isu penting
Ia termasuk fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel, pembinaan semula Gaza, serta penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat.
KWSP Kekal Kukuh dengan Strategi Pelaburan Seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh melalui strategi pelaburan seimbang, memastikan pulangan kompetitif kepada pencarum meskipun dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.
[TERKINI] Ismail Sabri beri keterangan di SPRM esok - Azam Baki
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dirinya.
Agenda AWANI: Rasuah kecil atau besar, lawan!
Bagaimana siasatan kes rasuah berprofil tinggi seperti yang melibatkan bekas pemimpin politik mempengaruhi persepsi dan keyakinan rakyat terhadap integriti institusi awam di Malaysia? Diskusi 8.30 malam

Curi RM300,000: Pegawai, anggota polis antara 21 individu diambil keterangan
Polis telah mengambil keterangan 21 individu termasuk dua polis masing-masing pegawai dan anggota yang didakwa mencuri RM300,000 di Bukit Jalil, baru-baru ini.
AWANI Ringkas: Harga Barang | Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Taklimat Harian | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Majlis akad nikah kecoh, bapa pengantin perempuan sepak bakal menantu
Rakaman video berkenaan menjadi tular di media sosial dan dipercayai berlaku di Nusa Tenggara Barat, Indonesia pada 14 Ogos lalu.

Selangor benarkan akad nikah mulai esok
Selangor membenarkan pelaksanaan majlis akad nikah berlangsung di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Pejabat Agama Islam Daerah dan masjid, bermula esok.

Tiada acara menyarung cincin antara SOP majlis akad nikah di Sarawak
Majlis Islam Sarawak (MIS) memutuskan garis panduan mengenai pelaksanaan akad nikah dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Akad nikah dibenarkan di Selangor mulai 1 Julai
Bagaimanapun, kebenaran hanya tertakluk kepada pasangan yang telah mendapat tarikh janji temu daripada JAIS dan PAID.

Aktiviti pengimarahan masjid, surau di P. Pinang dibenarkan sepanjang PKPB
JHEAIPP membenarkan aktiviti pengimarahan di laksanakan di semua masjid dan surau di negeri Pulau Pinang sepanjang tempoh PKPB.

Perak benarkan majlis nikah di dewan mulai Jumaat
Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) membenarkan majlis akad nikah dilaksanakan di dewan hotel atau dewan komuniti serba guna, berkuat kuasa Jumaat ini.

Aktiviti pengajian agama, majlis akad nikah di masjid, surau dibenarkan di Terengganu
Semua aktiviti pengajian dan kelas agama di masjid dan surau seluruh Terengganu adalah dibenarkan.

Majlis akad nikah di Wilayah Persekutuan dibenarkan bermula esok
Bagi akad nikah di JAWI dan juga masjid-masjid di dalam Wilayah Persekutan, hanya lima orang dibenarkan hadir.

JAIS benarkan akad nikah berlangsung melalui sidang video
Jabatan Agama Islam Selangor membenarkan Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP) yang bertugas di semua masjid pengurusan untuk melaksanakan akad nikah secara sidang video mulai 4 Feb ini.

PKP: Majlis akad nikah di Perak hanya dibenarkan di pejabat agama
Sebuah bilik khas perlu disediakan bagi menjalankan majlis akad nikah dan proses nyah kuman hendaklah dilakukan mengikut keperluan.