SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pagi ini menerima suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 di Hospital Umum Singapura.
"Kes meningkat dengan cepat. Suntikan penggalak akan menguatkan lagi perlindungan anda terhadap COVID-19," tulis Lee di Facebooknya.
Lee yang menerima dos pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech pada 8 Jan lalu, turut memuat naik video beliau menerima suntikan itu.
Beliau berkata Jawatankuasa Pakar mengenai Vaksinasi COVID-19 telah mengesyorkan dos tambahan untuk mereka berusia 60 tahun ke atas, penghuni rumah orang-orang tua, dan individu yang mengalami masalah terimunokompromi (sistem imun defektif yang mengakibatkan timbulnya gejala penyakit).
"Warga emas yang lengkap dua dos vaksinasi sekurang-kurangnya enam bulan lalu akan menerima SMS (khidmat pesanan ringkas) dengan pautan diberikan secara personal untuk membuat janji temu.
"Jika anda ditawarkan dos penggalak, silalah ambil. Ini akan mengurangkan peluang anda alami sakit yang serius, atau memerlukan rawatan ICU (unit rawatan rapi)," tulisnya.
Setakat 16 Sept, Singapura melaporkan sejumlah 910 kes baharu COVID-19 dengan 803 jangkitan dalam komuniti, 103 di asrama pekerja migran dan empat kes import.
Menurut data Kementerian Kesihatan Singapura 837 kes kini ditempatkan di hospital, 77 kes memerlukan bantuan oksigen dan 12 lagi dirawat di ICU.
Seramai 82 peratus penduduk Singapura telah lengkap dua dos vaksin COVID-19 manakala 84 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos, setakat 15 Sept.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 17 2021
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong ketika menerima suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 di Hospital Umum Singapura pagi ini. -Facebook Lee Hsien Loong
Perdana Menteri Australia rombak Kabinet menjelang pilihan raya umum
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan rombakan kabinet pada Khamis susulan persaraan awal seorang menteri menjelang pilihan raya umum yang harus diadakan sebelum Mei, lapor Xinhua.
AWANI Ringkas: Perolehan aset ATM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amerika mahu haramkan jualan kereta keluaran China, Rusia
JOE Biden menghabiskan hari-hari terakhir beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat dengan meluluskan beberapa lagi arahan pengharaman teknologi ke atas China dan Rusia.
400 pegawai, anggota kawal perlawanan TFC lawan JDT - Polis
Polis akan menempatkan 400 pegawai dan anggota untuk mengawal keselamatan sepanjang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia membabitkan TFC dan JDT.
KPN bantu mangsa kemalangan motosikal
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, pagi tadi.
Donald Trump pertimbang tangguh pengharaman TikTok hingga 90 hari
Menurut laporan Washington Post, Trump sedang mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh jualan TikTok yang dikeluarkan oleh pentadbiran Biden pada Mac tahun lalu.
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Lee Hsien Loong sokong Lawrence Wong ketuai parti pemerintah singapura
Lee mengumumkan bahawa beliau akan terus berada dalam jawatankuasa eksekutif pusat dalam peranan sokongan dan penasihat.
Lee Hsien Loong lepaskan jawatan Setiausaha Agung PAP selepas 20 tahun
Hsien Loong akan serah jawatan tertinggi parti politik itu kepada penggantinya, Lawrence Wong hari ini pada sambutan ulang tahun ke-70 PAP.
Jangan biar sesuatu isu dipolitikkan hingga cemari hubungan Singapura-Malaysia - Lee
Singapura dan Malaysia tidak boleh membiarkan sesuatu isu dipolitikkan dan dimainkan, atau meracuni hubungan keseluruhan antara kedua-dua negara, kata Menteri Kanan Lee Hsien Loong.
Lee Hsien Loong tiba di Malaysia, hadir istiadat pertabalan Agong
Menteri Kanan Singapura Lee Hsien Loong tiba di Malaysia untuk menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, esok.
Menteri Kanan Singapura Lee akan lawat Malaysia, hadir Istiadat Pertabalan Agong
Menteri Kanan Singapura Lee Hsien Loong akan melawat Malaysia dari 19 hingga 22 Julai untuk menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim di Istana Negara, Kuala Lumpur.
PM Singapura Lawrence Wong sampai ucapan Perhimpunan Hari Kebangsaan pertama 18 Ogos
Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong akan menyampaikan ucapan Perhimpunan Hari Kebangsaan pertamanya pada 18 Ogos.
Singapura dijangka kekal stabil meskipun tidak lagi dipimpin keluarga Lee - Penganalisis
Seperkara yang perlu kita beri kredit kepada kepimpinan di Singapura ialah peralihan pemimpin yang sistematik.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lawrence Wong sah PM Singapura baharu, Lee Hsien Loong kini Menteri Kanan
Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lawrence Wong, 51, secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Republik itu yang baharu, pada Rabu.
Jemaah Menteri Malaysia rakam ucapan tahniah kepada Lawrence Wong
Ucapan itu antara intipati mesyuarat Kabinet dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, di Putrajaya pada Rabu.