KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming menggesa Ketua Pengarah (KP) Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk menjelaskan laporan mengenai petugas kesihatan yang dijangkiti COVID-19 walaupun selepas menerima suntikan vaksin.
Beliau mendesak agar perincian lanjut dapat dijelaskan kerana kenyataan tersebut menimbulkan kegusaran rakyat Malaysia untuk mendapatkan suntikan vaksin.
"Contohnya, Dr Noor Hisham boleh menyatakan hanya 142 petugas kesihatan yang dijangkiti berbanding kira-kira 500,000 petugas kesihatan (ketika data itu dikeluarkan) yang sudah menerima suntikan dos pertama atau hanya 0.03 peratus.
"Dan beliau (Dr Noor Hisham) boleh menambah hanya 40 petugas kesihatan daripada 300,000 (ketika data itu dikeluarkan) dijangkiti selepas menerima suntikan dos kedua (atau hanya 0.01 peratus).
"Apa yang disampaikan oleh kenyataan KP itu, selain apa yang media laporkan, membuatkan vaksin itu tidak berkesan daripada dijangkiti COVID-19," ujarnya.
Sedangkan, kata Ong, vaksin Pfizer-BioNTech dilaporkan 99 peratus berkesan melindungi mereka yang sudah disuntik daripada dijangkiti COVID-19.
Begitu juga, mereka yang sudah divaksin, menurutnya, hanya mengalami gejala kurang serius jika dijangkiti selepas itu.
"Jadi, salah satu akibat daripada kenyataan KP ini akan menyaksikan lebih ramai orang tidak mahu untuk mendaftar sebagai penerima vaksin.
"Kenyataan itu juga akan memperlahankan usaha buat warga emas divaksin selepas mendapat janji temu untuk menerima suntikan vaksin," jelasnya lagi.
Justeru, Ong menggesa agar Dr Noor untuk menjelaskan lebih lanjut kenyataan beliau agar dapat meraih semula keyakinan awam untuk mendaftar sebagai penerima vaksin.
Jelasnya, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan harus berjalan lancar dalam memastikan kesejahteraan kesihatan dan ekonomi negara.
BACA: 9 petugas kesihatan dijangkiti COVID-19 selepas lengkapkan dos vaksin - KP Kesihatan
Sabtu lalu, Dr Noor Hisham berkata, sembilan petugas kesihatan dijangkiti COVID-19 selepas dua minggu melengkapkan dua dos suntikan vaksin.
Pada masa sama, 31 lagi petugas kesihatan dikesan positif COVID-19 kurang dua minggu selepas mendapat dos kedua vaksin.
Astro Awani
Mon Apr 19 2021

Ong menggesa Dr Noor Hisham menjelaskan lebih lanjut kenyataan beliau agar dapat meraih semula keyakinan orang awam untuk mendaftar sebagai penerima vaksin. - Gambar fail
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Kerjasama BLACKMORES dengan IJN beri kesedaran pentingnya kesihatan jantung
Kerjasama BLACKMORES dengan Institut Jantung Negara (IJN) terjalin pada waktu yang tepat melihat kepada peningkatan trend penghidap sakit jantung dalam kalangan usia muda di Malaysia.

Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.

Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ
IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.

Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.

Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba
Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.

Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.

Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.

Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Mesyuarat akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak COVID-19.

Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.

Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.