Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) melancarkan kempen 'Sila Duduk Di Rumah Dan Baca Buku' ketika seluruh rakyat diarahkan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan sejak tengah malam tadi.
Menerusi akaun Instagram rasminya, PNM memaklumkan rakyat Malaysia boleh mengakses 13.2 juta bahan bacaan digital secara percuma di www.u-pustaka.gov.my.
Sebagai langkah keselamatan berikutan penularan wabak COVID-19, PNM memaklumkan pihaknya menghentikan semua perkhidmatan perpustakaan negara, komuniti dan desa sehingga 30 April.
Selain itu semua program dan aktiviti yang dijalankan oleh PNM pada bulan Mac turut ditangguhkan sehingga 30 April.
Pada Isnin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula hari ini sehingga 31 Mac di seluruh negara bagi membendung penularan COVID-19.
Perintah Kawalan Pergerakan berkenaan dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Perintah itu meliputi enam perkara termasuk penutupan sekolah, premis swasta, institusi pengajian tinggi (IPT).
Bagaimanapun, perkhidmatan penting serta pasar awam, pasar raya, kedai runcit dan kedai serbaneka akan tetap dibuka kepada orang ramai.
Astro Awani
Wed Mar 18 2020

Menerusi akaun Instagram rasminya, PNM memaklumkan rakyat Malaysia boleh mengakses 13.2 juta bahan bacaan digital secara percuma di www.u-pustaka.gov.my. - Gambar Instagram PNM
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

COVID-19: Individu masuk ke Sabah wajib kuarantin 14 hari bermula Khamis
Kerajaan negeri Sabah menguatkuasakan arahan kuarantin wajib 14 hari dengan pembiayaan sendiri bagi individu bukan berasal dari Sabah yang masuk ke negeri itu berkuat kuasa Khamis (20 Mei).

COVID-19: Thailand kurangkan tempoh kuarantin 7 hari bagi pelawat sudah divaksin
Namun, penguatkuasaan itu hanya diguna pakai bagi mereka yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19.

KKM pertimbang pendekkan tempoh bagi individu sedang dikuarantin - Dr Noor Hisham
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ketika ini pihaknya sedang menyelesaikan isu logistik bagi melaksanakan perkara itu.

Tempoh kuarantin wajib dikurangkan dari 14 kepada 10 hari - Dr Noor Hisham
Langkah itu sama seperti dilakukan di negara lain berdasarkan laporan saintifik semasa.

FAM harap SOP kuarantin 'lebih mesra' buat skuad Harimau Malaya
Persatuan Bola Sepak Malaysia meminta agar SOP kuarantin selama 14 hari dikaji semula menerusi Kementerian Belia dan Sukan.

COVID-19: Kuarantin belum 10 hari, Trump sudah mahu kembali berkempen
Trump menegaskan beliau sudah bersedia dan kini pulih meskipun tidak menghabiskan kuarantin 14 hari.

COVID-19: Individu negatif, tidak bergejala pulang dari Sabah kini tidak diwajib kuarantin - KP Kesihatan
Mereka yang pulang dari Sabah dan diuji negatif COVID-19, tidak bergejala serta tidak mempunyai kontak rapat dengan individu disahkan positif, tidak diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari.

23 pesalah PKP kemuka permohonan ketepi hukuman penjara 14 hari
Permohonan semakan terhadap hukuman penjara 14 hari itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.

COVID-19: Perpustakaan Negara tawar 13.2 juta bahan bacaan digital secara percuma
Sebagai langkah keselamatan berikutan penularan wabak Covid-19, PNM memaklumkan pihaknya menghentikan semua perkhidmatan perpustakaan negara, komuniti dan desa sehingga 30 April.