KUALA LUMPUR:Penularan pandemik COVID-19 bukan sahaja menimbulkan keperluan mendesak untuk menangani norma baharu tetapi turut mempersiapkan rakyat mendepani perubahan gaya hidup masa depan berlandaskan inovasi dan teknologi.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan semalam berkata pandemik COVID-19 juga telah mempercepatkan pembangunan teknologi Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) dan pelaksanaan ekonomi digital.
"Ini terbukti apabila potensi 4IR yang dipacu dengan teknologi Kecerdasan Buatan, pengkomputeran awan dan Internet Pelbagai Benda (IoT) turut digunakan dalam aktiviti pengeluaran, perkhidmatan dan perniagaan.
"Penyediaan belanjawan sebanyak RM42 juta untuk menyediakan rangkaian gentian optik ke 25 kawasan perindustrian adalah langkah untuk memperkukuhkan infrastruktur digitalisasi perniagaan," katanya.
Menurut kenyataan itu, Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang diperkenalkan baru-baru ini bertindak sebagai asas kepada peralihan infrastruktur digital dengan matlamat untuk menyediakan liputan perkhidmatan jalur lebar yang menyeluruh dan berkualiti tinggi pada kadar berpatutan untuk rakyat Malaysia.
"Kelancaran dan kesalinghubungan digital yang inklusif menjadi asas penting kepada usaha memacu ekonomi digital," katanya.
Kenyataan itu berkata pada masa sama aktiviti ekonomi digital seperti e-dagang dan teknologi kewangan (FinTech) juga akan bertambah pesat.
"Perniagaan kini boleh menghubungi lebih ramai pelanggan dalam kawasan yang sebelum ini tidak pernah dicapai.
"Banyak industri tradisional dan golongan usahawan berupaya untuk mengecapi kesalinghubungan digital inklusif yang akan memberi impak kepada kelangsungan dan tahap kecekapan operasi mereka," katanya.
Kerajaan juga telah memperuntukkan sebanyak RM500 juta di bawah Belanjawan 2021 untuk memastikan kesalinghubungan digital di 430 sekolah seluruh negara.
"Proses fiberisasi ke atas sekolah-sekolah akan turut diberikan perhatian bagi memastikan proses ke arah digitalisasi adalah tersedia untuk para pelajar sekolah," katanya.
Menurut kenyataan itu, Program Jaringan PRIHATIN yang menelan belanja RM1.5 bilion akan dapat dimanfaatkan kira-kira lapan juta penduduk golongan B40 untuk mendapatkan perkhidmatan dan memperluaskan jaringan internet.
"Bagi memastikan keperluan penduduk setempat dan golongan pelajar untuk mendapatkan perkhidmatan internet, proses pemerkasaan Pusat Internet Komuniti (PIK) akan dilaksanakan di seluruh negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 21 2020

Kelancaran dan kesalinghubungan digital yang inklusif menjadi asas penting kepada usaha memacu ekonomi digital. - Gambar hiasan

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

China, Rusia komited dorong pembinaan multipolarisasi sama rata dan teratur
Kedua-dua negara juga perlu menjaga hak dan kepentingan negara Selatan Global dan menyokong globalisasi ekonomi yang inklusif.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI terus menunjukkan komitmen untuk memacu pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing bagi memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.

ASEAN berada di landasan jadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030 - Nik Nazmi
ASEAN berada di landasan untuk muncul sebagai ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030, namun memerlukan pertumbuhan inklusif bagi memastikan seluruh komuniti mendapat manfaat.

Ekonomi keempat terbesar: ASEAN perlu fokus pembangunan mampan – Nik Nazmi
Sasaran ASEAN untuk menjadi ekonomi keempat terbesar dunia tidak diletakkan hanya pada kemajuan ekonomi semata-mata.

Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.

Indeks pengeluaran industri Vietnam susut pada Januari
Indeks pengeluaran industri nasional Vietnam menyusut 9.2 peratus pada Januari berbanding bulan sebelumnya.

Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.

Tarif elektrik baharu tidak beban pengguna domestik, ambil kira keperluan ekonomi - ST
Suruhanjaya Tenaga memaklumkan jadual tarif baharu yang akan dimuktamadkan itu mencerminkan kos pembekalan elektrik sebenar.

ASEAN Coin: Berikut lima sebab mata wang digital ASEAN sukar dilaksana...
Kepelbagaian ekonomi dan sistem kewangan di setiap negara anggota ASEAN menjadikan perjalanan ke arah penyatuan mata wang digital seragam satu proses yang kompleks namun penuh potensi.