KUALA LUMPUR: Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lima lokaliti di dua buah negeri.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob PKPD di semua lokaliti itu bermula 21 Jun hingga 4 Julai.
Ismail Sabri memaklumkan, empat lokaliti di Sabah yang dikenakan PKPD ialah Kampung Nelayan, Batu 10, di Sandakan, Fasa 1 dan Fasa 2, Taman Digot, di Penampang, serta Kampung Rancangan Silabukan Peringkat 4 di Lahad Datu.
Manakala Taman Merbau Utama, Mukim Bukit Jawa, Selising, di Pasir Puteh merupakan lokaliti yang dilaksanakan PKPD di Kelantan.
"Pelaksanaan PKPD ini untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan COVID-19 dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut.
"Ia juga untuk memudahkan KKM membuat pengesanan awal kes-kes COVID-19 supaya dapat diasingkan secepat mungkin dan seterusnya mengekang penularan jangkitan COVID-19 ke komuniti lain," katanya dalam kenyataan harian pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Sabtu.
Ismail Sabri juga memaklumkan beberapa lokaliti termasuk empat Rumah Panjang di Batang Oya, Dalat, Mukah, Sarawak yang dijadualkan tamat pada 20 Jun dilanjutkan bermula 21 Jun sehingga 4 Julai.
"Keputusan melanjutkan PKPD di lokaliti tersebut dibuat setelah KKM mendapati penularan masih berlaku dalam komuniti serta terdapat kes baharu di rekodkan di lokaliti tersebut," katanya lagi.
Dalam kenyataan itu juga, Ismail Sabri juga memaklumkan penamatan PKPD di beberapa lokaliti di Sabah, Pahang dan Perak.
Ia susulan KKM mendapati terdapat trend penurunan kes dan tiada lagi sampel ujian menunggu keputusan.
Selain itu, KKM juga mengesahkan berlaku penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan.
Lima lokaliti di Sabah iaitu di FELDA Umas 4, di Kalabakan ditamatkan PKPD pada 20 Jun manakala Kampung Tanjung Batu Darat dan tiga lagi perkampungan di Tawau ditamakan pada 19 Jun.
Di Pahang, PKPD di Kampung Gunung Senyum, Kuala Krau, di Temerloh ditamatkan pada 20 Jun.
Manakala PKPD di Asrama Pekerja Kilang Eco Medi Glove, Jalan Tembaga Kuning, Mukim Taiping, daerah Larut-Matang-Selama di Perak juga ditamatkan pada 20 Jun.
Astro Awani
Sat Jun 19 2021
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob PKPD di semua lokaliti itu bermula 21 Jun hingga 4 Julai. - Gambar hiasan
Ahli sains China bangunkan model baharu AI bagi ramalan siklon
Ramalan cuaca berangka dan pendekatan statistik sering gagal mengambil kira faktor persekitaran dan struktur yang kompleks.
Singapura hantar bantuan kemanusiaan ketujuh ke Gaza
Pengaturan penghantaran bantuan telah disahkan dengan Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi.
Lima orang ditembak dalam insiden di sekolah Sweden - Polis
Polis menggesa orang ramai menjauhkan diri dari sekolah berkenaan yang terletak di bandar Orebro, kira-kira 160 km ke barat Stockholm.
Bekas ketua NATO, Stoltenberg dilantik sebagai Menteri Kewangan Norway
Stoltenberg pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Norway dari 2000 hingga 2001 dan dari 2005 hingga 2013.
Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus menurun manakala di Sabah kekal setakat 8 malam Selasa.
10 Berita Pilihan - (4 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 5 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Argentina perintis hasilkan kuda guna teknik CRISPR-CAS9
Menurut Pengasas & Pengarah Saintifik Keiron, Gabriel Vichera, mereka mengambil gen daripada seekor kuda betina Argetina serta gen lain yang sudah disunting untuk meningkatkan kelajuan lima kuda tersebut tanpa menjejaskan ciri-ciri asal.
UK, EU bakal runding tingkat keselamatan dan perdagangan
London dan Brussels yakin dapat mencapai persetujuan meningkatkan kerjasama dalam keselamatan, penguatkuasaan perundangan dan penghapusan halangan perdagangan menjelang Mei.
Perunding Britain untuk Kesatuan Eropah (EU), Nick Thomas-Symonds berkata, hasrat itu berkemungkinan menjadi topik utama ketika pertemuan pemimpin kedua-dua negara bertemu.
Perunding Britain untuk Kesatuan Eropah (EU), Nick Thomas-Symonds berkata, hasrat itu berkemungkinan menjadi topik utama ketika pertemuan pemimpin kedua-dua negara bertemu.
Kazakhstan akan keluarkan laporan awal nahas penerbangan AZAL
Kementerian Pengangkutan Kazakhstan merancang untuk mengeluarkan hasil awal siasatan terhadap nahas penerbangan Azerbaijan Airlines (AZAL) berhampiran Aktau dalam beberapa hari lagi.
PKPD di Felda Jengka 25 ditamatkan pada Isnin
Rodzi juga memaklumkan tiada mana-mana lokaliti yang dilaksana atau dilanjutkan PKPD pada 10 Januari.
PKPD di Kampung Jawa, Ayer Hitam ditamatkan - MKN
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan PKPD di lokaliti tersebut ditamatkan lebih awal dari tarikh yang sepatutnya.
COVID-19: PKPD di Kampung Orang Asli Satak dilanjutkan - MKN
Dua lokaliti di Pahang iaitu Pos Betau, Mukim Ulu Julai, Lipis dan Taman Amalina Lestari, Raub ditamatkan PKPD pada 16 November ini.
PKPD di satu lokaliti di Raub, Pahang bermula 3 Nov
Menurut Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad PKPD di lokaliti tersebut bermula 3 hingga 16 November ini.
PKPD di Felda Lembah Klau ditamatkan esok
PKPD di Felda Lembah Klau telah dilaksanakan bermula 12 Oktober lalu akibat peningkatan kes COVID-19 di lokaliti terbabit.
Tiada lokaliti dilaksana atau dilanjut PKPD pada 17 Okt - MKN
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan perkara berkenaan dalam kenyataan media harian mengenai PKPD.
PKPD di dua lokaliti di Pahang dan satu di Sabah ditamatkan pada 17 Okt - MKN
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan keputusan menamatkan PKPD di lokaliti terbabit dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Tiada lokaliti baharu dikenakan PKPD
Tidak seperti kebiasaannya, tiada lokaliti baharu mahu pun lokaliti yang dilanjutkan PKPD.
Satu lokaliti baharu dikenakan PKPD
Lokaliti di Pahang yang dilaksanakan PKPD ialah Ladang Bera Selatan 5 & 7, Bera.
PKPD di satu lokaliti di Pahang - MKN
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan PKPD di lokaliti tersebut akan dilaksanakan selama 14 hari bermula 4 hingga 17 Oktober nanti.