GEORGE TOWN:Perarakan dua pedati yang membawa Dewa Murugan sempena perayaan Thaipusam di Pulau Pinang berkemungkinan dibatalkan tahun depan susulan pandemik COVID-19, bagi mengelak penularan virus itu dalam perhimpunan ramai.
Perarakan pedati perak yang berusia lebih 100 tahun dan pedati emas yang baharu adalah kemuncak perayaan tahunan Thaipusam selama tiga hari di negeri itu.
Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang (PHEB) Prof Dr P. Ramasamy berkata negeri itu akan mengadakan perbincangan mengenai bagaimana sambutan Thaipusam tahun depan dalam situasi pandemik COVID-19.
"Keutamaan kami adalah keselamatan semua penganut kerana pedati itu yang menarik orang ramai, apabila ada perarakan pedati, orang ramai sukar dikendalikan. Kami tidak mahu perhimpunan Thaipusam mencetuskan kluster baharu," katanya kepada Bernama dalam temu bual di sini.
Ramasamy, yang juga Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang berkata PHEB akan mempertimbangkan perkara itu dengan teliti demi kepentingan orang ramai.
Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) yang lebih terperinci mengenai perayaan Thaipusam akan dikeluarkan pada minggu pertama Januari selepas perbincangan dengan Jabatan Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara dan Polis Diraja Malaysia.
Beliau berkata sekiranya pihak berkuasa memutuskan tiada perarakan dan kavadi, beliau berharap arahan itu dipatuhi semua penganut.
Penganut Hindu menyambut Thaipusam pada hari bulan penuh bulan 'Thai' kalendar Tamil. Thaipusam, tahun depan jatuh pada 28 Jan.
Setiap tahun, ribuan penganut Hindu akan berjalan kaki mengikuti perarakan pendati sejauh lapan kilometer, sebelum sampai ke Kuil Arulmigu Balathandayuthapani dan Kuil Nattukkottai Chettiar di Jalan Kebun Bunga di sini semasa perayaan itu.
Sementara itu, Pengerusi Kuil Arulmigu Balathandayuthapani Datuk R. Subramaniam berkata beliau menjangka tahun ini jumlah mereka yang menyertai perarakan berkenaan akan lebih rendah dibandingkan tahun-tahun sebelumnya dengan lebih 1.2 juta penganut Hindu di seluruh negara selain pelancong asing.
Beliau berkata orang ramai menyedari COVID-19 masih ada dan jika mereka gagal mematuhi SOP, mereka berisiko terdedah kepada virus berbahaya itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 22 2020
Penganut Hindu menyambut Thaipusam pada hari bulan penuh bulan 'Thai' kalendar Tamil. Thaipusam, tahun depan jatuh pada 28 Jan. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
Kerajaan akan bantu jawatankuasa Kuil Subramaniar Swamy dalam aspek pembangunan - Gobind
Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan dan mendapat persetujuan dalam pertemuan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.
Thaipusam disambut meriah, harmoni di seluruh negara
Difahamkan lebih dua juta pengunjung terdiri daripada rakyat Malaysia mahupun pelancong luar negara, bersama-sama memeriahkan sambutan pada hari ini.
Tak sempat sambut Thaipusam, kuil dilanda banjir
Tak sempat sambut Thaipusam, kuil dilanda banjir
TPM, jemaah menteri ucap selamat menyambut Thaipusam
Ahmad Zahid menerusi catatan di Facebook berkata keindahan Malaysia terisi dengan kepelbagaian kaum, agama, adat dan tradisi, namun ia tetap harmoni.
Thaipusam kukuhkan nilai kekeluargaan
Bagi Nanthagoballa Morganan mengangkat kavadi pada usia dewasa menjadi lebih bermakna buatnya.
PM ucap selamat menyambut Thaipusam kepada masyarakat Hindu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada masyarakat Hindu di seluruh negara yang akan meraikannya esok.
500,000 pengunjung dijangka ke Ipoh sempena Thaipusam
Terdapat lencongan dan penutupan jalan bagi memberi ruang kepada perayaan serta perarakan pedati juga kavadi.
Beberapa jalan di Pulau Pinang ditutup mulai esok sempena Thaipusam
Beberapa jalan-jalan utama di Pulau Pinang akan ditutup bagi memberi laluan kepada perarakan pedati emas dan pedati perak sempena sambutan Thaipusam.
Thaipusam: Lebih 20 jalan di pusat bandar ditutup bermula malam esok - Polis
Sebanyak 23 jalan di sekitar ibu kota akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat bermula malam esok bagi memberi laluan kepada perarakan pedati sempena sambutan Thaipusam, Khamis ini.
Rapid Bus sedia bas perantara percuma sempena Thaipusam
Rapid Bus Sdn Bhd akan menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma bagi kemudahan orang ramai ke dua kuil tumpuan sempena sambutan Thaipusam Khamis ini.