Seorang rakyat Malaysia dari sektor penjagaan kesihatan awam antara 690 kes baharu positif COVID-19 yang dilaporkan di Singapura pada Rabu.
Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura menerusi satu kenyataan memaklumkan pesakit yang juga kes ke 15,237, tidak mempunyai sejarah perjalanan ke negara atau wilayah yang terjejas.
Jururawat wanita berusia 23 tahun di Pusat Kebangsaan Penyakit Berjangkit (NCID) dilaporkan mendapat gejala itu pada 23 April, dan hasil ujian berikutnya mengesahkan dia dijangkiti COVID-19 pada Rabu.
Sebelum dimasukkan ke hospital, dia yang kini ditempatkan di NCID, telah mendapat cuti sakit dan hanya pergi bekerja selama beberapa jam, menurut kementerian itu.
Mengenai perkembangan terkini pesakit COVID-19, kementerian itu berkata, 1,188 kes pesakit positif COVID-19 telah dibenarkan keluar dari hospital atau pusat pengasingan komuniti, 22 berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi manakala 14 telah meninggal dunia.
Singapura pada Rabu telah mengenal pasti lima kluster baharu iaitu di 11, Defu Lane 1; 106, International Road; 33, Senoko Way; 17, Shaw Road; dan 182, Taman Perindustrian Woodlands E5.
Kluster terbesar di republik itu ialah, S11 Dormitory @ Punggol yang mencatatkan 2,436 kes yang disahkan positif setakat ini.
Sehingga Rabu, Singapura tidak mempunyai sebarang kes import, 11 kes dalam komuniti, dan 19 pemegang permit kerja yang tinggal di luar asrama.
Sementara itu, kira-kira 95 peratus daripada 690 kes baharu yang dilapor pada Rabu melibatkan penghuni asrama.
Kementerian memaklumkan bahawa 63 peratus dikaitkan dengan kluster yang dikenal pasti, manakala selebihnya masih menunggu hasil pengesanan kontak. Jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Singapura adalah 15,641.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 29 2020

Singapura pada Rabu telah mengenal pasti lima kluster baharu iaitu di 11, Defu Lane 1; 106, International Road; 33, Senoko Way; 17, Shaw Road; dan 182, Taman Perindustrian Woodlands E5.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

35 calon SPM di Raub telah ditempatkan di asrama
Sebanyak 35 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di daerah Raub yang terkesan dengan banjir telah ditempatkan di asrama sejak petang semalam.

12 calon SPM terkandas banjir diselamatkan PDRM
Polis Daerah Tanah Merah melakukan operasi menyelamat pelajar SMU Arab Darul Ulum Jedok yang terkandas selepas pulang dari asrama.

Bangunan asrama lelaki MRSM Besut terbakar, 58 pelajar terselamat
Kebakaran sekitar jam 10.44 malam itu melibatkan empat buah bilik di tingkat satu asrama terbabit.

'Naluri saya kuat mengatakan itu rangka Hafiz Fauzan' - Bapa
Abdul Halid merupakan ayah kepada Hafiz Fauzan yang merupakan pelajar tingkatan 5, Sekolah Menengah Agama Parit Raja yang dilaporkan hilang pada 25 Mei lalu.

Polis selamatkan 17 wanita Indonesia disyaki mangsa pemerdagangan manusia
Polis berjaya menyelamatkan 17 wanita warga Indonesia yang disyaki menjadi mangsa pemerdagangan manusia dalam serbuan di sebuah asrama syarikat perkhidmatan pembantu rumah di Shah Alam.

Hilang wang punca selisih faham pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu - Polis
Dua pelajar kolej vokasional itu masing-masing kehilangan wang RM50 serta RM35, dan mangsa pula kemudian dituduh sebagai pencuri.

PATI jadikan kondominium di Putrajaya sebagai asrama diserbu
Seramai 127 individu telah diperiksa di 47 unit rumah di empat blok berketinggian 21 tingkat.

Kebakaran di asrama Kazakhstan ragut 13 nyawa
Tiga belas orang maut dalam kebakaran di sebuah asrama di Almaty Kazakhstan pada Khamis.

Pelajar Tingkatan Empat cedera mata didakwa dipukul di asrama
Kejadian dipercayai berpunca apabila rakannya telah mengejek mangsa dan mengajaknya untuk berlawan dengan seorang lagi rakannya.

Enam maut asrama pekerja hospital terbakar
Pasukan bomba bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan dan berjaya menyelamatkan 52 orang.