BANGKOK: Sekumpulan 20 rakyat Malaysia yang tinggal di Bangkok melaksanakan inisiatif 'Malaysians in Bangkok - Hands that Serve' bertujuan membantu mereka yang terkesan akibat wabak COVID-19.
Diketuai Dr Silva Kumar, kumpulan itu membantu rakyat Malaysia dan Thailand dengan menghantar makanan ke pertubuhan amal iCare Thailand dan sebuah badan amal Islam, Satthachon Foundation for Education and Orphans (SFEO).
Kumpulan itu turut menyediakan makanan percuma kepada petugas barisan hadapan dan golongan yang kurang bernasib baik.
Selain itu, sumbangan wang tunai turut disalurkan kepada Malaysia Independent Animal Rescue di Pulau Meranti, Puchong dan pertubuhan bukan kerajaan, Refuge For The Refugees.
"Pada awalnya saya bermula dengan misi bantuan dikenali "White Flag Help. Kita Jaga Kita" dan kemudian menubuhkan kumpulan itu pada akhir Jun dan mula mengumpulkan dana," katanya.
Sementara itu, isteri kepada Duta Malaysia ke Thailand, Catherina Cherian Samuel, berkata kumpulan itu turut membantu komuniti Malaysia yang terjejas akibat COVID-19.
"Kami juga bantu rakyat Thailand yang terjejas di saat sukar ini," katanya.
Ahli kumpulan itu Shankar Achuthan Kutty, berkata pandemik yang berlarutan itu telah mengakibatkan banyak penderitaan.
"Ini menguji iman seseorang terhadap erti kemanusiaan. Jadi kita cuba membantu sedaya yang mampu untuk memberikan sedikit sinar dan harapan.
"Kami harap bantuan ini dapat diteruskan sehingga kita dapat keluar daripada saat yang sukar ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 10 2021

Catherina menyampaikan bantuan makanan kepada mereka yang terjejas akibat COVID-19 di Sathorn Road, Bangkok, 10 Ogos, 2021. --fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

COVID-19: Rakyat Malaysia di Bangkok hulur bantuan kepada penduduk terjejas
Kumpulan itu turut menyediakan makanan percuma kepada petugas barisan hadapan dan golongan yang kurang bernasib baik.