KUCHING:Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini mengetatkan syarat perjalanan masuk ke negeri itu susulan peningkatan kes positif COVID-19 di Sabah.
Pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, bagi perjalanan memasuki Sarawak melalui Sabah dan Labuan, semua rakyat Sarawak, pemegang pas pemastautin tetap dan pemegang pas visa negeri itu perlu memohon kebenaran masuk dengan mengisi borang 'EnterSarawak' secara dalam talian.
"Mereka akan dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) selama 14 hari dan diberi wristband (gelang) manakala ujian swab rT-PCR akan diambil semasa ketibaan di lapangan terbang atau pada hari kedua dan hari ke-10 serta kos akan ditanggung oleh kerajaan Sarawak," katanya pada sidang media COVID-19 di sini.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri I, berkata bagi mereka yang telah membuat ujian rt-PCR tiga hari sebelum masuk ke Sarawak dan keputusannya negatif, ujian swab rt-PCR akan diambil pada hari ke-10 sahaja dan kos itu turut ditanggung oleh kerajaan negeri Sarawak.
"Bagi prosedur transit lapangan terbang sebelum meneruskan perjalanan, semua penumpang dari Sabah dan Labuan tidak dibenarkan keluar dari balai pelepasan serta arahan kuarantin HSO akan dikeluarkan di 'First Point Of Entry' dan perlu memakai wristband.
"Sekiranya destinasi terakhir mereka adalah di kawasan pedalaman dan jauh dari klinik kesihatan yang menyediakan kemudahan untuk mengambil sampel COVID-19, mereka akan dikuarantin di hotel atau pusat kuarantin yang telah ditetapkan," kata Uggah.
Sementara itu, warganegara Malaysia yang berasal dari Semenanjung, Sabah, Labuan dan warga asing yang memasuki Sarawak melalui Sabah atau Labuan perlu memohon kebenaran masuk dengan mengisi borang 'EnterSarawak' secara dalam talian serta melampirkan keputusan ujian COVID-19 tiga hari sebelum perjalanan, bagi kelulusan kemasukan ke Sarawak.
"Mereka juga akan diberi pas masuk yang dihadkan selama lima hari sahaja dan harus melampirkan tiket penerbangan perjalanan pulang.
"Mereka yang tidak melampirkan keputusan ujian rT-PCR COVID-19 yang sah dalam tiga hari sebelum kemasukan tidak akan diberi kelulusan masuk ke Sarawak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 28 2020
![COVID-19: Sarawak perketat syarat perjalanan susulan peningkatan kes di Sabah COVID-19: Sarawak perketat syarat perjalanan susulan peningkatan kes di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/71599038854_kuching.jpg)
Warganegara Malaysia yang berasal dari Semenanjung, Sabah, Labuan dan warga asing yang memasuki Sarawak melalui Sabah atau Labuan perlu memohon kebenaran masuk dengan mengisi borang 'EnterSarawak. -Gambar fail
![Perancis umum pelaburan €109 bilion dalam sektor AI Perancis umum pelaburan €109 bilion dalam sektor AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729211988_EmmanuelMacron.jpg)
Perancis umum pelaburan €109 bilion dalam sektor AI
pelaburan tersebut termasuk rancangan firma pelaburan Kanada, Brookfield, untuk melabur sebanyak 20 bilion euro.
![Palestin perlu hidup aman dengan Israel - PBB Palestin perlu hidup aman dengan Israel - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739145604_tbJabaliyarefugeec.jpg)
Palestin perlu hidup aman dengan Israel - PBB
Beliau turut menggesa penolakan terhadap sebarang kemungkinan untuk kembali kepada situasi yang membawa lebih banyak kematian dan kemusnahan.
Nelayan terjatuh bot ditemukan lemas di muara Sungai Keluang
Seorang nelayan yang dilaporkan terjatuh ketika bot dinaikinya dilambung ombak, ditemukan lemas di muara Sungai Keluang, jertih pada ahad.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada 10.15 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi dan menyelamat (SAR).
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada 10.15 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi dan menyelamat (SAR).
TDM tahan 15 pendatang tanpa izin warga Myanmar, Thailand
Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 15 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar dan Thailand dalam dua tangkapan berasingan di daerah Kubang Pasu pada Sabtu dan Ahad.
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan memaklumkan tangkapan pertama dilakukan pada 7.22 malam sabtu di sekitar Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan memaklumkan tangkapan pertama dilakukan pada 7.22 malam sabtu di sekitar Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).
Operasi khas: JPJ keluarkan lebih 100,000 notis kesalahan
Sebanyak 107,014 notis telah dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan terhadap kenderaan dan pemandu yang gagal mematuhi peraturan dalam Operasi Khas Tahun Baharu Cina 2025 yang dijalankan di seluruh negara, sejak 20 Januari hingga Ahad.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli berkata notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 429,423 kenderaan dan daripada jumlah itu, sebanyak 724 kenderaan telah disita.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli berkata notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 429,423 kenderaan dan daripada jumlah itu, sebanyak 724 kenderaan telah disita.
KPN akan terus perkukuh usaha tingkatkan kesedaran, kefahaman perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan terus memperkukuh usaha untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia menerusi program bersifat inklusif dan berkesan.
Kerajaan komited bina sekolah baharu tangani sekolah padat - Fadhlina
Menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, menerusi Belanjawan 2025, Kerajaan MADANI meluluskan pembinaan 44 sekolah iaitu paling banyak dalam tempoh empat tahun terkini.
![Piala FA: Bakal juara EPL, Liverpool disingkir Plymouth Argyle Piala FA: Bakal juara EPL, Liverpool disingkir Plymouth Argyle](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739144347_tbPlymouthArgyleR.jpg)
Piala FA: Bakal juara EPL, Liverpool disingkir Plymouth Argyle
Jaringan penalti Ryan Hardie melakar kejutan terbesar Piala FA musim ini apabila menyingkirkan pendahulu EPL, Liverpool.
Kecerdasan Buatan: Perancis umum pelaburan €109 bilion
Perancis dijangka mengumumkan pelaburan sektor swasta berjumlah sekitar 109 bilion euro (kira-kira RM530 bilion) dalam sektor kecerdasan buatan (AI) sempena Sidang Kemuncak AI Paris yang bermula pada Isnin.
Perang di Ukraine: Trump bincang dengan Putin akhiri perang
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dilaporkan telah berbincang dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, melalui panggilan telefon berhubung usaha untuk menamatkan perang di Ukraine.
![Jumlah mangsa banjir di Kedah semakin berkurangan petang ini, Perak, Johor kekal Jumlah mangsa banjir di Kedah semakin berkurangan petang ini, Perak, Johor kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81727920474_BanjirKedah.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Kedah semakin berkurangan petang ini, Perak, Johor kekal
Jumlah mangsa banjir di Kedah semakin berkurangan setakat 4 petang ini berbanding pagi tadi, manakala bilangan penduduk terjejas di Perak dan Johor kekal.
![Jumlah mangsa banjir di Kedah, Perlis semakin berkurangan malam ini Jumlah mangsa banjir di Kedah, Perlis semakin berkurangan malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81727920474_BanjirKedah.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Kedah, Perlis semakin berkurangan malam ini
Jumlah mangsa banjir di Kedah dan Perlis semakin berkurangan setakat 8 malam ini berbanding petang tadi manakala bilangan penduduk terjejas di Perak dan Johor tidak berubah.
![Banjir: Jumlah PPS dan mangsa di Sarawak meningkat petang ini Banjir: Jumlah PPS dan mangsa di Sarawak meningkat petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81706752290_banjir.jpg)
Banjir: Jumlah PPS dan mangsa di Sarawak meningkat petang ini
Situasi banjir di kawasan selatan Sarawak mencatatkan pertambahan jumlah mangsa dan pusat pemindahan sementara (PPS), setakat 5.30 petang tadi.
![Banjir: Mangsa terus meningkat, Sabah dan Johor pula dilanda banjir Banjir: Mangsa terus meningkat, Sabah dan Johor pula dilanda banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703580946_TBPPSjpg.jpg)
Banjir: Mangsa terus meningkat, Sabah dan Johor pula dilanda banjir
Kesemua mangsa yang terdiri daripada 8,355 keluarga itu ditempatkan di 210 pusat pemindahan sementara.
![Sarawak siap siaga hadapi Monsun Timur Laut Sarawak siap siaga hadapi Monsun Timur Laut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699253015_JBPM.jpg)
Sarawak siap siaga hadapi Monsun Timur Laut
JPBN mempunyai kekuatan sumber manusia seramai 5,501 anggota dalam menghadapi keadaan cuaca bermusim itu.
![Banjir Perak: Jumlah mangsa terus meningkat pagi ini Banjir Perak: Jumlah mangsa terus meningkat pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81698891609_Banjir.jpg)
Banjir Perak: Jumlah mangsa terus meningkat pagi ini
Kesemua mangsa ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kerian dan Hilir Perak.
![Mangsa banjir di Perak meningkat pagi ini Mangsa banjir di Perak meningkat pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61698801688_tbAPM.jpg)
Mangsa banjir di Perak meningkat pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat kepada 329 orang daripada 94 keluarga setakat 8 pagi ini.
![Mangsa banjir di Batu Pahat menurun kepada 13,872 orang malam ini Mangsa banjir di Batu Pahat menurun kepada 13,872 orang malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81679229314_BATUPAHAT.jpg)
Mangsa banjir di Batu Pahat menurun kepada 13,872 orang malam ini
JBPN memaklumkan penutupan itu menjadikan jumlah PPS yang masih beroperasi setakat ini ialah 59 yang menempatkan 3,985 keluarga.
![Jumlah mangsa banjir di tiga negeri terus menurun Jumlah mangsa banjir di tiga negeri terus menurun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41677805847_MangsaBanjirPPS.jpg)
Jumlah mangsa banjir di tiga negeri terus menurun
Jumlah mangsa banjir di tiga negeri terus menyaksikan penurunan kepada 43,198 orang setakat 8 malam ini berbanding 45,302 orang petang tadi.
![40,854 mangsa banjir di enam negeri ditempatkan di PPS 40,854 mangsa banjir di enam negeri ditempatkan di PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71675848530_MangsaBanjir.jpg)
40,854 mangsa banjir di enam negeri ditempatkan di PPS
Mangsa banjir di beberapa negeri terus meningkat setakat petang ini dengan lebih 40,854 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).