KUANTAN:Semua jabatan di daerah Kuantan tidak dibenar mengadakan program yang melibatkan orang ramai bermula esok sehingga 31 Dis ini bagi mengekang penularan wabak COVID-19 daripada kluster sedia ada di negeri ini.
Jawatankuasa Bencana Negeri Pahang dalam kenyataan memaklumkan bagi tempoh yang sama, urusan di kaunter yang melibatkan orang ramai di dalam daerah Kuantan juga akan dikurangkan dan menggunakan sistem janji temu bagi mengelakkan kehadiran ramai orang pada satu-satu masa.
"Jawatankuasa masjid dan pentadbir rumah-rumah ibadat bukan Islam juga diingatkan untuk memastikan pengunjung-pengunjung yang hadir mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan.
"Malah, penganjur dan tuan rumah majlis kenduri dan keramaian diminta mematuhi SOP seperti yang telah ditetapkan sebelum ini," menurut kenyataan itu.
Pahang mencatatkan peningkatan kadar jangkitan COVID-19 terutamanya di Bentong dan Kuantan dengan lima kluster yang aktif iaitu Kluster Atabara dan Kluster Inten (Indera Mahkota), Kluster Kuala (di sekitar pusat bandar), Kluster Kristal (Sungai Karang Darat) dan Kluster Padang (Kampung Padang dan Jalan Besar).
Jawatankuasa itu turut memaklumkan langkah penguatkuasaan turut dipertingkatkan dengan pemeriksaan dilakukan di kediaman pekerja restoran, kilang serta pembinaan dan sekiranya didapati boleh menyebabkan penularan penyakit, tindakan sewajarnya juga akan diambil.
Menurut kenyataan itu lagi, tindakan penguatkuasaan tegas akan dikenakan ke atas premis yang gagal mematuhi SOP malah terdapat premis-premis yang telah diarahkan tutup berikutan ketidakpatuhan terhadap SOP ditetapkan termasuk restoran terkenal di Teluk Cempedak, di sini.
"Oleh itu, tempat-tempat yang menjadi tumpuan umum seperti kompleks beli-belah, restoran-restoran dan tempat perniagaan perlu memperketatkan pematuhan SOP dalam kalangan pengunjung bagi mengelakkan kompaun dikeluarkan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 17 2020

Jawatankuasa masjid dan pentadbir rumah-rumah ibadat bukan Islam juga diingatkan untuk memastikan pengunjung-pengunjung yang hadir mematuhi SOP yang telah digariskan.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Perak bincang cadangan tiada hidangan minuman bergula di jabatan kerajaan
Kertas cadangan berkenaan tiada penyajian hidangan minuman bergula di kesemua jabatan dan agensi kerajaan di Perak akan dibentangkan pada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri akan datang.

Pengarah negeri dapatkan kebenaran KP pusat bagi elak maklumat bercanggah
Prosedur sesetengah jabatan kerajaan agar pengarah negeri mendapatkan kebenaran daripada KP di peringkat pusat sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan adalah bagi mengelakkan percanggahan maklumat.

Isu penempatan pegawai Jakim: Tuduhan MCCBCHST tidak berasas - Fahmi
Tuduhan bahawa pegawai Jakim yang ditempatkan di sesetengah jabatan terlibat dalam penggubalan dasar kerajaan adalah tidak berasas sama sekali.

Mohon secara rasmi jika mahu perkongsian strategik dengan MOT, JPJ - Loke
MOT tidak menolak perkongsian strategik dengan mana-mana pihak ketiga atau swasta untuk melakukan perkhidmatan bagi pihak agensi di bawah kementerian itu.

Warga emas ditahan sogok ramai penjawat awam untuk dapat projek
SPRM Melaka menahan seorang pengarah syarikat yang dipercayai memberi rasuah kepada beberapa penjawat awam untuk dapat projek jabatan kerajaan bernilai RM639,104.

Jabatan, agensi kerajaan perlu labur dalam sistem keselamatan siber terkini
Langkah itu akan melibatkan peruntukan yang besar namun ia perlu bagi meningkatkan tahap keselamatan IT (teknologi maklumat) organisasi berkenaan.

Bekas pekerja sambilan sebuah jabatan mengaku salah gagal lapor sogokan diterimanya
Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan atas 15 pertuduhan gagal melaporkan sogokan berjumlah RM9,700 diterimanya, tiga tahun lepas.

Seorang lagi jurutera direman bantu siasatan rasuah
Menurut sumber, lelaki itu ditahan di pejabat SPRM Selangor pada 2.50 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan.

Tukar seksyen kes SPRM: Dua ahli perniagaan dipenjara, denda
Seorang ahli perniagaan, Mohd Hussein Mohd Nasir dipenjara seminggu dan didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah menipu seorang pengarah syarikat.

COVID-19: Semua jabatan di Kuantan tidak dibenar adakan program mulai esok
Semua jabatan di daerah Kuantan tidak dibenar mengadakan program yang melibatkan orang ramai bermula esok sehingga 31 Dis ini.