PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) komited meneruskan sesi persekolahan kerana prosedur operasi standard (SOP) di sekolah diyakini dapat mengawal penularan COVID-19, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Mohd Radzi Md Jidin.
Beliau berkata data-data yang diperolehi jelas menunjukkan bahawa sekolah adalah selamat dan bukan tempat pencetus kluster COVID-19 seperti yang dikatakan pelbagai pihak.
Data terkini Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan daripada 99 kluster pendidikan, 52 daripadanya adalah melibatkan sekolah di bawah KPM dengan 2,274 kes.
"Ia adalah 4.8 peratus daripada keseluruhan kluster atau 2.07 peratus daripada kes kluster.
"Daripada kes itu 1.42 peratus atau 1,559 kes melibatkan sekolah berasrama dan hanya 0.53 peratus atau 585 kes melibatkan sekolah bukan asrama, tidak sampai satu peratus pun," katanya pada sidang media khas di sini hari ini.
Terdahulu menurut KKM setakat ini 60.8 peratus kes COVID-19 di Malaysia adalah kes sporadik dan baki 39.2 peratus melibatkan kes kluster.
"Jika kita lihat 60.8 peratus kes sporadik, dalam konteks ini, kanak-kanak terdedah (kepada COVID-19) di mana-mana saja, cumanya dalam keadaan di sekolah murid-murid berada dalam keadaan terkawal kerana SOP memang telah ditetapkan, bukan kita katakan yang kita ini sempurna (perfect) tetapi kita akan sedaya upaya memastikan jangkitan di sekolah dapat diminimakan dengan SOP yang kita tetapkan," katanya.
Radzi berkata bagi memperketatkan pematuhan SOP di asrama, pihaknya akan menambah baik langkah-langkah pematuhan SOP melalui pasukan petugas khas yang ditubuhkan.
Bagaimanapun menurutnya arahan penutupan sekolah akan dilaksanakan jika keadaan bertambah buruk dan mendapat arahan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Setakat ini katanya SOP sekolah yang disahkan mempunyai kes positif diselaraskan iaitu ditutup dua hari dan Pusat Kesihatan Daerah (PKD) melaksanakan penilaian risiko sama ada untuk melanjutkan penutupan itu atau tidak.
Ia juga bagi PKD melaksanakan pengesanan kontak rapat dan memantau kerja-kerja sanitasi dan disinfeksi.
Radzi berkata bagi kawasan zon merah dan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kecuali PKP Diperketatkan (PKPD) sekolah tidak akan ditutup, namun kerajaan negeri boleh berbincang dengan kementerian jika risiko jangkitan memerlukan sekolah di sesuatu lokaliti ditutup dengan penilaian risiko daripada KKM.
Beliau turut berkongsi peratusan kehadiran ke sekolah sejak 1 Mac hingga 23 April iaitu 90.26 peratus yang disifatkan tinggi.
"Ini bermakna ketika murid telah masuk ke sekolah walaupun kes tinggi, keadaan pembelajaran berlangsung dengan baik dan dalam keadaan yang selamat.
"Apabila kita turun ke bawah dan tanya anak-anak, mereka 'excited' ke sekolah. Guru-guru juga boleh lihat tahap penguasaan murid-murid, mereka menggunakan masa yang ada ini untuk membawa murid-murid ke tahap penguasaan minima, ibu-bapa juga mahu anak-anak ke sekolah," katanya.
Beliau berkata keputusan untuk menutup sekolah pada ketika ini mungkin satu keputusan yang mudah, tetapi mungkin bukan satu keputusan yang tepat.
"Kalau kita pilih jalan mudah, itu (tutup sekolah) memang jalan mudah. Tetapi KPM berpandangan 'mari kita lakukan perkara yang betul'. Adakah menutup sekolah keputusan yang tepat (pada masa ini)? Kita perlu buat keputusan berdasarkan data dan analisa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 26 2021

Data-data yang diperolehi jelas menunjukkan bahawa sekolah adalah selamat dan bukan tempat pencetus kluster COVID-19 seperti yang dikatakan pelbagai pihak. - Gambar fail

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Sijil Alternatif Sekolah Menengah dikeluarkan 26 Feb ini
Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) tahun 2024 bagi MBPK telah selesai dilaksanakan pada 7 Jan lepas.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.

KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina
KPM tidak pernah membenarkan mana-mana syarikat swasta atau sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan masuk ke sekolah-sekolah.

Kadar keciciran pelajar sekolah rendah dan menengah menurun - KPM
2,873 pelajar merangkumi 883 murid sekolah rendah dan 1,990 murid sekolah menengah telah dikembalikan ke sekolah pada tahun lepas.

Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb - KPM
STAM akan dijalankan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan 926 petugas peperiksaan telah dilantik.

KPM pertimbang perluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru
Kementerian Pendidikan (KPM) mempertimbangkan untuk memperluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru pada masa akan datang.

KPM beri jaminan tiada pemotongan Bantuan Awal Persekolahan
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang pemotongan Bantuan Awal Persekolahan (BAP).

Pengetua, pihak sekolah diingatkan tidak sembunyi sebarang kejadian buli - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengingatkan pengurusan sekolah khususnya pengetua, guru besar dan guru pentadbir, agar tidak menyembunyikan kejadian buli dalam kalangan pelajar.

GISB: KPM selaras semula keperluan pendidikan anak-anak
KPM sedang menyelaraskan semula keperluan pendidikan anak-anak yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB).

KPM tetap teruskan peperiksaan SPM, sedia hadapi gelombang kedua banjir
KPM telah bersedia sepenuhnya untuk meneruskan peperiksaan SPM sekiranya berlaku gelombang kedua banjir, dengan persediaan itu dilakukan sejak Oktober lepas.