KUCHING:Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Mesyuarat Kedua bagi Penggal Kelima dipendekkan kepada lima hari bermula 9 hingga 13 November 2020 ekoran peningkatan kes COVID-19 di negeri itu.
Jelas Speaker DUN Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, keputusan itu dibuat bagi mengurangkan risiko penyebaran wabak seperti yang dinasihati Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah.
Menurut Mohamad Asfia, Belanjawan negeri 2021 pula akan dibentangkan pada hari pertama persidangan iaitu 9 November dan dibahas pada 11 November.
“Setiap Ahli Yang Berhormat, anggota Kabinet dan semua orang yang memasuki dewan persidangan termasuk Speaker mesti mengambil ujian saringan. Ini akan dilakukan pada 6 dan 7 November ini.
“Bangunan DUN akan dinyah kuman dan disanitasi pada 8 hari bulan, sehari sebelum persidangan dan pada 14 hari bulan, sehari selepas persidangan,” katanya pada sidang media Persidangan DUN Sarawak di Bagunan DUN baharu di Kuching hari ini.
Tambah Mohamad Asfia lagi, pada persidangan kali ini, tiada pembentangan jawapan menteri setiap kementerian susulan keputusan memendekkan tempoh sidang DUN.
Katanya, jawapan menteri setiap kementerian akan dirangkumkan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Fadilah Sulaiman
Thu Nov 05 2020

Persidangan DUN Sarawak akan dipendekkan kepada lima hari bermula 9 hingga 13 November 2020. - Astro AWANI

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.

COVID-19: Sidang DUN Sarawak dipendekkan, Belanjawan 2021 dibentang 9 Nov
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Mesyuarat Kedua bagi Penggal Kelima dipendekkan kepada lima hari bermula 9 hingga 13 November 2020 ekoran peningkatan kes COVID-19 di negeri itu.