SINGAPURA:Singapura telah mengesan kes pertama kemungkinan kebolehjangkitan semula COVID-19 yang melibatkan pekerja migran di sebuah asrama, demikian menurut Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu.
Walaupun kebolehjangkitan semula jarang berlaku, namun kementerian, setelah mendapat nasihat pakar, menilai bahawa bukti klinikal dan makmal "menunjukkan ia berkemungkinan kes kebolehjangkitan semula".
Tambahan kepada hasil ujian reaksi polimerase berantai (PCR) yang positif, kementerian memaklumkan, terdapat peningkatan yang nyata dalam titer antibodi berbanding tempoh sebelum kebolehjangkitan, "menyarankan pesakit telah terdedah kepada jangkitan baharu yang meningkatkan tahap antibodinya".
"Virus yang dikesan di dalam sampel yang diambil pada Januari 2021 juga berbeza secara genetik dengan (virus) yang ada kaitan dengan wabak di asrama pada 2020, menunjukkan bahawa jangkitan ini berkemungkinan berbeza dan baharu," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan pada Sabtu malam.
Panel pakar terdiri daripada pakar penyakit berjangkit dan mikrobiologi dari Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID), Hospital Besar Singapura dan Makmal Kesihatan Awam Nasional.
Menurut MOH, pihaknya akan terus memantau kes COVID-19 yang dapat dipulihkan untuk menentukan pasca imun jangkitan pesakit.
"Setakat ini, tiada petunjuk bahawa pekerja yang telah pulih di asrama berkenaan mengalami kehilangan pasca imun jangkitan yang signifikan," katanya.
Kementerian memaklumkan, pekerja berkenaan yang sebelum ini dilabelkan sebagai kes 2513, dikenal pasti daripada pemeriksaan pemantauan berjadual yang dijalankan sebagai sebahagian daripada pengawasan terhadap pekerja yang telah pulih bagi memantau pasca keimunan jangkitan mereka.
MOH memaklumkan kes membabitkan lelaki warga Bangladesh berusia 28 tahun yang mempunyai permit kerja yang tinggal di asrama, di 43 Tech Park Crescent.
Beliau disahkan menghidap jangkitan COVID-19 pada 12 April 2020 dan kemudian pulih dan secara konsisten diuji negatif untuk jangkitan COVID-19 sejak Jun 2020.
Bagaimanapun, pada 25 Jan lepas, hasil ujian jangkitan COVID-19 adalah positif dan beliau telah diasingkan.
"Banyak ujian berulang yang dilakukan juga didapati positif terhadap jangkitan COVID-19," menurut kementerian itu.
MOH juga memaklumkan pekerja itu yang kini ditempatkan di NCID, telah dilaporkan tidak sihat pada 22 dan 23 Jan, namun, tidak mengalami gejala.
Setakat ini, semua kontak rapat kes berkenaan yang dikenal pasti telah diuji negatif COVID-19 dan telah diasingkan serta dikuarantin.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 07 2021

Warga tempatan berusia 70 ke atas hadir bagi mendapatkan dos vaksin COVID-19 di sebuah pusat vaksinasi di Singapura, 27 Jan, 2021. - Gambar hiasan/REUTERS
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.

Singapura keluarkan amaran risiko kongsi maklumat kad kredit untuk pembelian dalam talian
Pihak berkuasa Singapura mengeluarkan amaran mengenai risiko berkongsi maklumat kad kredit bagi transaksi dalam talian, susulan.

Kerajaan digesa campur tangan, tangguh pelaksanaan hukuman mati Pannir Selvam
Kerajaan digesa campur tangan berhubung pelaksanaan hukuman mati terhadap rakyat Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman yang disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah di Singapura.

Analisis: ASEAN mungkin harapan terakhir warga Malaysia berdepan hukuman gantung di Singapura
Pannir Selvam mungkin menjalani hukuman gantung pada bila-bila masa selepas rayuan terakhirnya ditolak.

Singapura tubuh agensi baharu untuk perkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam
Ia sebagai langkah penting dalam usaha negara itu memperkukuh keupayaan pengurusan penyakit berjangkit dan kesiapsiagaan kesihatan awam.

Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB
Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.

Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam
Seorang remaja Singapura berusia 18 tahun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didapati ingin melakukan serangan terhadap masyarakat Melayu/Islam di Singapura.

Singapura usir pasangan Iran-Malaysia terlibat dengan syarikat berkaitan keganasan
Parvane Heidaridehkordi dibatalkan pas lawatan jangka panjangnya, manakala suaminya Soo Thean Ling kehilangan status penduduk tetap.

Singapura hantar pulang rakyat Malaysia ditahan di bawah ISA
Seorang rakyat Malaysia berusia 34 tahun yang terpengaruh dengan ideologi radikal secara kendiri telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Singapura pada November tahun lepas.

3 dimasukkan ke hospital selepas kereta rempuh hentian teksi di Singapura
Tiga individu, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dirujuk ke hospital selepas sebuah kereta merempuh hentian teksi di Singapura.