Prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat perlu dikenakan di tempat berpotensi tinggi penularan pandemik COVID-19 termasuk pelawat di rumah penjagaan warga emas selain mewajibkan pemakaian pelitup muka bagi semua pelajar di sekolah dan institusi pendidikan yang lain.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, pelitup muka boleh dibekalkan secara one-off kepada pelajar jika dibuat daripada fabrik yang boleh dibersih dan disinfeksi selepas setiap kali diguna.
"Rakyat tidak seharusnya mengambil mudah dengan perkembangan semasa pandemik COVID-19 yang kini kembali mencatatkan angka dua digit sejak akhir-akhir ini.
"Selaku menteri yang bertanggungjawab ke atas Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), saya telah turun ke kawasan operasi bagi melihat sendiri tugasan frontliners sepanjang tempoh PKP.
"Justeru, dalam Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara pada Isnin, 20hb Julai, saya membangkitkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beberapa tempat yang berpotensi menyumbang kepada penularan COVID-19 jika tidak diberi perhatian," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.
Dalam pada itu katanya, antara tempat yang berisiko tinggi penularan adalah rumah penjagaan warga emas, institusi pendidikan seperti sekolah, dan kawasan yang mengandungi jumlah pekerja migran dan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang tinggi seperti pasar dan tapak pembinaan.
"Tempat ini berpotensi menyumbang kepada pembentukan kluster yang baru kerana jumlah pengunjung yang ramai atau suasana yang padat dan terkurung, keadaan yang kondusif bagi transmisi COVID-19.
"Pihak bertanggungjawab di tempat yang mempunyai jumlah PATI dan pekerja migran yang tinggi mesti menguatkuasakan SOP penjarakan sosial dengan tegas serta memastikan pematuhan kepada arahan untuk pengunaan pelitup muka," ujarnya.
Selain itu tegas Mohd Redzuan, kerajaan dan agensi berkaitan, terutamanya NADMA dan APM, rela dan mampu untuk membuka semula serta mengaktifkan operasi di semua pusat kuarantin di seluruh negara apabila kuarantin mandatori selama 14 hari diwajibkan pada 24 Julai bagi semua warganegara dan bukan warganegara.
"Pusat kuarantin ini memainkan peranan kritikal dalam mengelakkan kes import menjadi punca kepada penularan tempatan COVID-19.
"Risiko transmisi COVID-19 ini tidak boleh di pandang ringan dan justeru itu, semua rakyat mesti memainkan peranan mereka dengan mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka pada setiap masa dan mempraktikkan budaya pembasuhan tangan dengan membasuh tangan kita dengan kerap dan lengkap.
"Kita tidak mahu situasi yang berlaku di negara lain, di mana kecuaian rakyat dalam mengamalkan penjarakan sosial dan pengunaan pelitup muka, membawa kepada peningkatan dalam nombor kes COVID-19," katanya.
Astro Awani
Thu Jul 23 2020
Mohd Redzuan Md Yusof berkata pelitup muka boleh dibekalkan secara one-off kepada pelajar. - Foto BERNAMA
Pahang meterai enam MoU dengan pemain industri pertanian Australia
Kerajaan Pahang memeterai enam memorandum persefahaman (MoU) dengan pemain industri pertanian, penternakan dan perikanan di Australia.
Keadaan banjir di Sarawak beransur pulih - Uggah Embas
Keadaan banjir di Sarawak kini beransur pulih dengan 12 pusat pemindahan sementara (PPS) telah ditutup setakat malam tadi.
Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina kurangkan kemalangan di Kuala Lumpur
Usaha penguatkuasaan menerusi Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina tahun ini telah membantu mengurangkan kemalangan jalan raya di Kuala Lumpur sebanyak enam peratus berbanding tahun lepas.
AKPS agensi tunggal selaras operasi di pintu masuk negara
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang dilancarkan hari ini, berfungsi sebagai agensi tunggal di sempadan.
Pantai Air Papan jadi tumpuan ketika cuti sekolah
Pantai Air Papan yang terletak kira-kira 12 kilometer dari bandar Mersing menjadi tumpuan ramai untuk beriadah sepanjang cuti sekolah dan cuti Tahun Baharu Cina baru-baru ini.
Budaya Korea Selatan jadi tarikan kepada pelancong perubatan asing
Empat daripada 10 warga asing yang melawat Korea Selatan untuk rawatan perubatan menyatakan bahawa budaya negara itu mempengaruhi keputusan mereka.
Jumlah mangsa di Sarawak melepasi 12,000
Jumlah mangsa banjir di seluruh Sarawak menunjukkan penurunan, namun terdapat beberapa kawasan baharu yang mula dinaiki air, berikutan fenomena air pasang besar, yang bertembung dengan banjir termenung.
Bekas ADUN lapor polis khatib masjid tidak baca teks khutbah Jumaat JAIPk
Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim membuat laporan polis berhubung dakwaan khatib sebuah masjid di Teluk Intan tidak membaca teks khutbah Jumaat yang disediakan.
AKPS bakal diperluas di pintu sempadan negara - Menteri Dalam Negeri
Selain di KLIA, AKPS juga akan diperluaskan di beberapa pintu utama udara sempadan negara iaitu di Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.
DBKL diminta selesaikan kerja naik taraf Jalan Melayu sebelum Ramadan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta memastikan kerja-kerja menaik taraf Jalan Melayu di sini, dapat diselesaikan sebelum Ramadan pada awal Mac ini.
COVID-19: SOP lebih ketat di tempat potensi penularan - Mohd Redzuan
Pelitup muka boleh dibekalkan secara one-off kepada pelajar jika dibuat daripada fabrik yang boleh dibersih dan disinfeksi selepas setiap kali diguna.
12,000 isi rumah di Lawas terima bantuan bekalan makanan
Sumbangan ini merupakan inisiatif kerajaan Sarawak dalam memastikan rakyat di setiap pelusuk negeri itu menerima bantuan sepatutnya.
Individu dibawa naik trak penjara ke pusat kuarantin tidak benar - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan kononnya individu yang dikuarantin dibawa ke pusat kuarantin menggunakan trak penjara.
Pesawat khas misi kedua bawa pulang rakyat Malaysia berlepas ke Wuhan
Pesawat khas AirAsia itu berlepas pada 5.58 petang bagi membawa pulang 75 warganegara Malaysia dan pasangan serta anak mereka.