BANGKOK: Kementerian Pendidikan Thailand menyasarkan untuk menyuntik 5.4 juta pelajar berusia 12 hingga 17 tahun menggunakan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech mulai Isnin, susulan rancangan membuka semula institusi pendidikan pada bulan depan.
Tinjauan Kementerian Pendidikan mendapati sekurang-kurangnya 3.68 juta pelajar sudah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan vaksinasi dan sekurang-kurangnya 85 peratus guru dan staf harus menerima dos lengkap sebelum sesi persekolahan bermula.
Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Thailand baru-baru ini meluluskan vaksin Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas dan Jabatan Kawalan Penyakit memberi jaminan bekalan vaksin itu mencukupi bagi menampung keperluan pelajar di seluruh negara.
Pengarah Bahagian Penyakit dan Bahaya Kesihatan di Jabatan Kawalan Penyakit Dr Chawetsan Namwat berkata tambahan lapan juta dos vaksin dijangka tiba akhir bulan ini.
"Kami berharap dapat menyuntik sekurang-kurangnya 70 peratus pelajar sekolah dan universiti bulan ini," katanya.
Sementara itu, menurut Royal College of Pediatricians sejak 1 April hingga 25 Ogos tahun ini, sejumlah 114,039 warga Thailand berumur di bawah 18 tahun positif COVID-19.
Sejak gelombang ketiga COVID-19 pada 1 April hingga 25 Ogos, wakil presiden institusi itu Radeewilai Samkoses berkata secara keseluruhan 1,073,505 orang positif dengan 10,085 kematian dilaporkan.
"Pada masa itu, jangkitan membabitkan remaja berusia di bawah 18 tahun terus meningkat, terutama dalam dua minggu terakhir Ogos.
Pada minggu ke-34 (12-18 Ogos), seramai 21,098 kanak-kanak dijangkiti virus itu, meningkat 11 peratus berbanding minggu sebelumnya dan pada minggu berikutnya (19-25 Ogos), sebanyak 19.257 kanak-kanak lagi dijangkiti dengan lima daripadanya maut.
"Walaupun kadar jangkitan mulai menurun, nisbah pesakit golongan muda dibandingkan dengan jumlah kes keseluruhan, ia masih membimbangkan," katanya.
Sementara itu, pada Sabtu, Thailand mencatat 11,375 kes baharu COVID-19 dan 87 kematian. Angka korban itu buat pertama kali di bawah 100.
Setakat ini, Thailand mencatatkan 1,626,604 kes dan 16,937 kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 02 2021
Pada Sabtu, Thailand mencatat 11,375 kes baharu COVID-19 dan 87 kematian. Angka korban itu buat pertama kali di bawah 100. - Gambar fail/BERNAMA
[TERKINI] COO syarikat konsesi mengaku tidak bersalah terima suapan RM 70,000
Ketua Pegawai Operasi sebuah konsesi lebuh raya didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin kerana menerima dan meminta rasuah berjumlah RM70,000.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.73 mata kepada 1,569.00 daripada 1,573.73 pada Jumaat lepas.
Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb - KPM
STAM akan dijalankan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan 926 petugas peperiksaan telah dilantik.
Pesara rugi lebih RM150,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang pesara kerajaan kerugian RM155,804 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian atau 'phone scam' yang menyamar sebagai pegawai polis.
Pengguna penghalang iklan di YouTube akan menerima iklan 1 jam yang tidak boleh dilangkau
Kini video mungkin tidak akan boleh dimainkan, video akan dilambatkan, dan banyak lagi.
Op Bersepadu: Had laju Jalan Persekutuan turun 80km/j
Kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan yang tidak kritikal juga akan dihentikan sementara waktu agar tidak menjejaskan aliran trafik.
Melaka belum bincang wujudkan Jonker Walk 2.0
Ia bagi memastikan idea berkenaan tidak memberi kesan kepada aktiviti perniagaan majoritinya diusahakan peniaga Melayu yang sekian lama bertapak di situ.
Oracle, Microsoft dilapor dalam perbincangan untuk ambil-alih operasi TikTok
Bytedance disasar mempunyai pegangan minoriti pada syarikat baharu TikTok, sementara Oracle uruskan algoritma, kemas kini perisian dan sebagainya.
Lebih 1,000 migran jalan kaki teruskan perjalanan masuk AS
Lebih 1,000 migran, termasuk beberapa warga Venezuela, memulakan perjalanan dari bandar Tapachula di selatan Mexico menuju ke Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.
Amaran ribut petir, hujan lebat di empat negeri dan Labuan hingga tengah hari ini
Antara kawasan terlibat ialah Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Kuantan, Pekan Rompin, Segamat dan Mersing.
PGA tumpaskan cubaan seludup 20 tan pakaian terpakai ke Thailand
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 100 bungkus pakaian terpakai seberat 20 tan dianggar bernilai RM1 juta yang cuba diseludup ke Thailand.
ASEAN 2025: Malaysia, Thailand dan Brunei kongsi kebimbangan situasi di Myanmar
Kementerian Luar Negeri berkata situasi di Myanmar menjadi antara isu yang berbangkit dalam kedua-dua mesyuarat bilateral melibatkan Malaysia hari ini.
Suatu pembaziran jika ASEAN gagal kerjasama mendepani cabaran global - Mohamad
Kegagalan ASEAN untuk bekerjasama mendepani pelbagai cabaran global akan menjadi satu pembaziran besar.
Johari mulakan lawatan rasmi ke Thailand
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, memulakan lawatan rasmi di Thailand semalam bagi memperkukuh kerjasama dan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara.
Thailand kemas kini program visa jangka panjang untuk tarik bakat asing
Perubahan yang diluluskan Kabinet itu termasuk peluasan sektor sasaran bagi profesional berkemahiran tinggi kepada pelbagai bidang bukan STEM.
Penyanyi wanita terkenal Kelantan dan lima yang lain mengaku bersalah ambil dadah di Thailand
Keenam-enam rakyat Malaysia termasuk seorang penyanyi terkenal dari Kelantan yang dihadapkan ke Mahkamah Wilayah Narathiwat , Thailand hari ini mengaku bersalah mengambil dadah.
Kondominium Thailand, pembeli Myanmar berada di kedudukan kedua selepas China
Pembelian kondominium di Thailand dalam kalangan warga Myanmar berada di kedudukan kedua selepas pembeli China bagi sembilan bulan pertama tahun 2024.
Suspek pembunuh bekas ahli parlimen Kemboja di Bangkok, ditahan di Kemboja
Polis Nasional Kemboja jalankan pencarian teliti dan pada 1.50 tengah hari, 8 Jan 2025, Polis Provinsi Battambang menemukan dan menahan suspek.
Lebih 35 juta pelancong kunjungi Thailand pada 2024
China kembali menjadi sumber utama pelancong ke Thailand dengan lebih daripada enam juta pelawat pada tahun lalu, diikuti oleh Malaysia dan India.
Piala AMEC: Pelbagai kontroversi hiasi kemenangan Vietnam, padam rekod cemerlang Gajah Perang
Seawal minit kelapan, Pham Tuan Hai, menyumbat gol pertama buat pasukan pelawat untuk kedudukan 1-0 selepas dilayangkan kad kuning.