SEREMBAN: Laporan mengenai dakwaan kononnya berlaku jangkitan COVID-19 yang membabitkan varian Afrika Selatan di sekitar Palong, Jempol adalah tidak benar.
Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan berkata, berita yang tular di media sosial dan kumpulan WhatsApp itu hanyalah rekaan semata-mata.
Katanya, sehingga kini, tiada lagi laporan mengenai varian Afrika Selatan di Jempol, malah kes kematian yang berlaku pada Sabtu adalah disebabkan jangkitan COVID-19 biasa.
"Dimaklumkan pada Sabtu terdapat satu kes kematian COVID-19 melibatkan wanita Melayu, suri rumah, berusia 62 tahun dari Palong 5.
"Kes dirawat di Hospital Jempol sebagai Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI), keputusan PCR COVID-19 adalah positif.
"Seramai lima kontak telah dikesan dan keputusan saringan masih belum diterima, dan Pejabat Kesihatan Daerah tidak menerima laporan mengenai varian Afrika di sini," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Tambahnya, tiada sebarang penutupan jalan keluar masuk di sekitar Palong 4, 5 dan 6, seperti yang tular.
Pada Ahad, tular di kumpulan WhatsApp dan media sosial mengenai dakwaan varian Afrika Selatan mula merebak di Palong 5, sehingga menyebabkan kematian.
Varian tersebut dikatakan mula menjangkiti penduduk di Palong 5 dengan cepat sehingga menyebabkan semua pintu masuk di Palong 4, 5 dan 6 ditutup.
Artikel asal di Sinar Harian : Tiada kes varian Afrika Selatan di Palong, Jempul
Sinar Harian
Mon May 17 2021

Laporan mengenai dakwaan kononnya berlaku jangkitan COVID-19 yang membabitkan varian Afrika Selatan di sekitar Palong, Jempol adalah tidak benar. -Gambar fail

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

Kejam! Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang oleh tentera zionis
Kumpulan hak asasi kanak-kanak, Defense for Children mendedahkan mangsa telah ditembak di bahagian belakang.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

COVID-19: Kes varian Afrika Selatan di Melaka dijangkiti dari pusat hiburan
Kerajaan Melaka mengesahkan kes pertama membabitkan Varian Afrika Selatan atau varian Beta (B.1.351) di negeri ini dijangkiti seorang individu daripada sebuah pusat hiburan di Melaka Raya.

Thailand kesan kes COVID-19 jangkitan tempatan babitkan varian Afrika Selatan
Lelaki itu diziarahi ahli keluarganya - isterinya warga Malaysia, anak dan ibu mertua - yang menyeberang sempadan secara sah dari Malaysia.

COVID-19: Tiada kes varian Afrika Selatan di Palong, Jempol
Tular mengenai dakwaan varian Afrika Selatan mula merebak di Palong 5, sehingga menyebabkan kematian.

COVID-19: KKM kesan 14 kes tempatan varian Afrika Selatan - Dr Noor Hisham
Sebanyak 14 kes tempatan COVID-19 baharu yang dijangkiti varian South African B.1.351 dikenal pasti dari 3 Mei 2021 sehingga 10 Mei 2021.

Varian Afrika Selatan: Rakyat Perak dinasihat perkasa amalan norma baharu
Rakyat negeri Perak dinasihatkan agar terus memperkasa amalan norma baharu susulan penemuan virus COVID-19 varian Afrika Selatan.

Sultan Muhammad V zahir kebimbangan peningkatan kes COVID-19 di Kelantan
Baginda juga menzahirkan rasa dukacita apabila melihat ramai rakyat Kelantan masih mengambil ringan terhadap pematuhan SOP PKP bagi mengekang penularan wabak berkenaan.

COVID-19: Varian Afrika Selatan mula dikesan di Kelantan
Varian South African B.1.351 dikesan mulai 'bertapak' di Kelantan pada Ahad apabila sebanyak 10 kes direkodkan.

Varian baharu: KKM tunggu data WHO dan CDC keberkesanan vaksin - Dr Adham
Dr Adham berkata, wujud kebimbangan kerana varian berkenaan tidak tunjuk gejala, dan sudah mula berada dalam komuniti

COVID-19: KKM kenal pasti 17 kes varian Afrika Selatan
Analisis filogenetik serta hubung kait geografi menunjukkan kebarangkalian kes-kes tersebut adalah daripada punca jangkitan yang sama.

Satu lagi varian baharu COVID-19 dikesan di UK
Strain baharu B.1.525 mengandungi perubahan genetik yang dikenali sebagai E484K, yang juga terdapat dalam varian Brazil dan Afrika Selatan.