WALAUPUN Perintah Kawalan Pergerakan sedikit sebanyak membataskan aktiviti harian penggiat industri hiburan tanah air, namun mereka bersikap prihatin terhadap pelaksanaan itu.
Selain memberi pesanan kepada peminat untuk kekal tinggal di rumah, keadaan itu, bagaimanapun, tidak menghalang penggiat seni terutamanya penyanyi untuk menghiburkan peminat yang turut menjalani kuarantin kendiri menerusi laman sosial peribadi mereka.
Antara barisan artis tanah air yang dilihat memberi peringatan dan memberi hiburan kepada peminat ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aizat Amdan, Naim Daniel dan Alif Satar.
Penyanyi nombor satu negara Siti Nurhaliza misalnya memuat naik fotonya memegang sekeping kertas beserta mesej di Twitter dengan kapsyen, “Pengawalan Pergerakan. Duduk Di Rumah. Stay At Home. Tolong jangan sebarkan lagi virus ini. #dudukrumah #stayathome,” tulisnya.
Semalam, beliau turut menggunakan kaedah bersahaja dalam mendidik masyarakat dengan menggunakan tajuk single terbaharu beliau '7 Nasihat' sebagai memberikan panduan kepada pengikut di laman sosialnya.
BACA: COVID-19: '7 Nasihat' Siti Nurhaliza kepada peminat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan
Sementara itu, lebih menarik apabila Aizat Amdan yang popular dengan lagu ‘Hanya Kau Yang Mampu’ mengubah lirik asal lagu itu bersesuaian dengan situasi masyarakat berdepan kawalan pergerakan ketika ini.
“Harusnya kau patuhi perintah berkurung, bukannya beli tiket balik kampung, berita yg membuatku panik takkan berakhir, hanya engkau yang mampu hentikan virus ini, duduk rumah ooohh,” demikian memetik bait lirik oleh Aizat yang berbentuk nasihat supaya tinggal di rumah.
Selain itu, pelantun lagu ‘Sumpah’, Naim Daniel turut mencuit hati pengikutnya di Instagram dengan mengenakan lagu nyanyian artis lagenda, Alleycats berjudul, ‘Kerana’.
Namun, apa yang menarik, Naim menggantikan perkataan ‘kerana’ di dalam lagu itu dengan ‘korona’, merujuk kepada nama virus COVID-19.
Dalam masa sama, penyanyi dan pengacara terkenal, Alif Satar turut menghiburkan peminatnya di Instagram dengan mengadakan sesi ‘karaoke kuarantin’.
Meskipun usaha selebriti negara dalam mendidik sambil menghiburkan pengikut mereka di laman sosial boleh dikatakan agak minima, namun masyarakat perlu mengambil serius terhadapa pelaksanaan ini dalam usaha mengekang pandemik COVID-19.
Najmi Syahiran Mamat
Thu Mar 19 2020
Siti Nurhaliza memuat naik fotonya memegang sekeping kertas beserta mesej di akaun media sosial beliau. - Gambar Twitter @SitiNurhaliza
Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu memerintahkan kerajaan dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, membayar lebih RM9 juta kepada keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu.
Kementerian pendidikan tidak kompromi isu murid cicir
Beberapa langkah telah diambil secara proaktif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menangani isu keciciran pelajar, antaranya Program Ziarah Cakna, penyediaan Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah (GPMBC), modul Serlahkan Keunggulan Diri (SUDI), serta modul kajian kes dan amalan terbaik.
Kerajaan belum beri lesen operasi kepada tiga syarikat
Kerajaan belum memberikan lesen operasi kepada tiga syarikat baharu yang melaksanakan perkhidmatan sebagai Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor.
[TERKINI] Cuaca panas dan kering di utara Semenanjung
Cuaca panas dan kering melanda kebanyakan lokasi di utara Semenanjung, termasuk Perak, Pahang dan Kelantan bermula bulan ini sehingga Mei.
ACC 2025: Shah Firdaus kekal beraksi dalam acara keirin, pecut individu
Jaguh berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom akan kekal beraksi dalam acara keirin dan pecut individu di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei
Cuaca panas dan kering dijangka melanda kebanyakan tempat terutamanya di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak serta Pahang dan Kelantan bermula bulan ini sehingga Mei.
Perhilitan tahan dua lelaki kes lepaskan ular sawa di longkang
Perhilitan menahan dua individu bagi membantu siasatan berhubung pemilikan ular sawa tanpa lesen sah.
Pertumbuhan sektor perkhidmatan naik 6.2 peratus
Sektor perkhidmatan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 6.2 peratus tahun ke tahun pada suku tahun keempat 2024 dengan hasil mencecah RM627.9 bilion.
Zaquan Adha cuba tenangkan anak-anak, menangis tanya adik ke mana?
Zaquan Adha berkongsi bahawa anak-anaknya masih terkejut dengan berita pemergian adik bongsu mereka, Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees.
22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang
Seramai 22 individu dikaitkan dengan GISB termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya Nasiruddin Mohd Ali mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
COVID-19: Tolong duduk di rumah! - Selebriti tempatan ajak rakyat Malaysia prihatin keadaan semasa
Selebriti tanah air ajak rakyat segenap lapisan supaya menuruti gesaan kerajaan agar duduk di rumah bagi membantu bendung COVID-19.