KUALA LUMPUR: Trend kemasukan kes COVID-19 ke unit rawatan rapi (ICU) masih berada di tahap tinggi yang menyaksikan penggunaan katil ICU tetap melebihi kadar 90 peratus, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata pada masa sama, petugas barisan hadapan (Perubatan dan Kesihatan) mengalami gelaja lesu upaya kerana terpaksa berjuang menangani begitu banyak kes COVID-19 untuk tempoh yang kian berlarutan.
"KKM (Kementerian Kesihatan) ingin memaklumkan bahawa jumlah purata kes baharu harian selama tujuh hari (30 Jun hingga 6 Julai 2021) ialah sebanyak 6,539 kes dan ia didapati masih tinggi berbanding nilai ambang PPN (Pelan Pemulihan Negara) (untuk Fasa Satu ke Fasa Dua) iaitu kurang daripada 4,000 kes sehari (atau 12.2 kes baharu harian bagi setiap 100,000 penduduk).
"Lebih membimbangkan lagi, trend kemasukan kes COVID-19 ke ICU masih berada pada tahap yang tinggi. Ia tidak menunjukkan penurunan yang ketara sejak dari Minggu Epidemiologi (ME) ke-23 (6 hingga 12 Jun 2021) hingga kini," menurutnya dalam kenyataan perkembangan situasi COVID-19 hari ini.
Dr Noor Hisham juga berkata negeri yang mencatatkan bilangan kes baharu melebihi nilai 12.2 kes bagi setiap 100,000 penduduk ialah Labuan, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Putrajaya, Sarawak dan Pahang.
Beliau berkata empat negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Labuan menunjukkan peningkatan kes harian baharu lebih 38 kes bagi setiap 100,000 penduduk iaitu melebihi kapasiti maksimum hospital selama tujuh hari kebelakangan ini sekali gus akan menyebabkan sistem kesihatan di negeri terbabit lumpuh.
"Malah kes meningkat secara purata 2.6 peratus selama tujuh hari kebelakangan ini. Jika situasi ini berterusan, sistem kesihatan di negeri-negeri tersebut akan lumpuh dan seterusnya situasi yang sama bagi seluruh negara mungkin berlaku," katanya.
Dr Noor Hisham berkata dengan perkembangan ini, KKM mengambil langkah segera bagi meningkatkan lagi kapasiti merawat COVID-19 di lapangan antaranya penukaran beberapa hospital di kawasan Lembah Klang sebagai hospital bagi rawatan COVID-19 sepenuhnya seperti Hospital Ampang, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Pakar Kanak-kanak Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ia turut melibatkan langkah meningkatkan kapasiti katil Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Selayang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) untuk dijadikan pusat rawatan pesakit kategori empat dan lima.
"Ia juga termasuk memindahkan pesakit bukan COVID-19 ke hospital swasta terutamanya sekitar HKL dan HTAR melalui mekanisme penyumberan luar, mempertimbang menukar status Hospital Shah Alam bagi merawat kes-kes COVID-19, menaik taraf kegunaan katil di wad biasa kepada katil rawatan pesakit kritikal COVID-19 dan menambah kapasiti katil bagi menempatkan pesakit COVID-19 di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC)," katanya.
Dr Noor Hisham berkata KKM juga memobilisasikan lebih ramai petugas kesihatan dari negeri Fasa Dua PPN ke negeri kritikal bagi tujuan rawatan pesakit, mobilisasi anggota dari hospital swasta dan menggalakkan penglibatan sukarelawan dalam aktiviti mengawal serta vaksinasi.
Beliau turut menasihati negeri yang telah beralih ke Fasa Dua PPN untuk terus mengamalkan kepatuhan penuh prosedur operasi standard (SOP) seperti digariskan bagi memastikan situasi di negeri terbabit terus pulih serta beralih ke fasa seterusnya bagi mempercepat proses pemulihan sektor kesihatan, ekonomi dan sosial.
Bernama
Wed Jul 07 2021
Dr Noor Hisham berkata, petugas barisan hadapan mengalami gejala lesu upaya kerana terpaksa berjuang menangani begitu banyak kes COVID-19 untuk tempoh yang kian berlarutan. - Gambar/ Bernama
Remaja perempuan hilang sejak Rabu
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang di Semenyih, Selangor sejak Rabu lalu.
KDNK China tumbuh 5 peratus pada 2024, tepati unjuran
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencatat pertumbuhan sebanyak lima peratus pada 2024, sejajar dengan unjuran.
KKM perkenal dasar, program pencegahan kesihatan paru-paru
Inisiatif itu merupakan langkah penting dalam menangani risiko penyakit berkaitan paru-paru yang berkait rapat dengan tempat kerja.
Tumpuan Sabtu – 18 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (17 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
11 pendatang tanpa izin ditahan di Muallim
Jabatan Imigresen (JIM) Perak menahan 11 pendatang tanpa izin dalam serbuan di tujuh premis perniagaan berasingan di sekitar daerah Muallim, semalam.
Bekas Datuk Bandar disyaki lulus projek, 3 yang lain terima imbuhan
Bekas Datuk Bandar yang ditahan dalam Op Ragada bersama dua wanita dan seorang lelaki pada Rabu dan semalam disyaki antara individu yang bertanggungjawab meluluskan projek diselewengkan pegawai pengurusan tertinggi sebuah stesen penyiaran di Sarawak.
Dua lelaki terlibat pelbagai jenayah di empat negeri ditahan
Dua lelaki disyaki terlibat dalam 19 siri jenayah pecah kedai dobi layan diri, samun dan curi kenderaan yang berlaku di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, dan Perak, ditahan polis semalam.
Polis Selangor terima 31 laporan libatkan RM2.1 juta kerugian
Polis setakat ini menerima 31 laporan membabitkan kerugian RM2.1 juta berhubung penipuan umrah di negeri itu.
Empat diberkas bersama dadah bernilai RM4.03 juta di Johor
Polis menahan empat individu dan merampas pelbagai dadah bernilai RM4.03 juta dalam serbuan di dua kondominium mewah di sekitar bandar raya ini pada 10 dan 11 Januari lalu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.
Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Jelas beliau, virus tersebut merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.
Situasi COVID-19, influenza di Malaysia terkawal - KKM
Tiada kes varian baharu dikesan, dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.
Jeju Air kurangkan operasi penerbangan sebagai respons kepada kebimbangan keselamatan
Jeju Air Co. pada Khamis mengumumkan rancangan untuk mengurangkan operasi penerbangan seawal minggu depan, sebagai tindak balas kepada kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keselamatan.