KUALA LUMPUR:Soal kelangsungan hidup kumpulan masyarakat tidak bernasib baik yang amat memerlukan bantuan tatkala rutin seluruh rakyat tergendala susulan pelaksanaan Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) sejak Mac lepas, sering menganggu akal fikiran Kuan Chee Heng.
Ia benar-benar menyentuh hati dan menganggu fikiran Kuan, atau dikenali ramai dengan panggilan "Uncle Kentang", sehingga beliau pernah mengalami kemurungan, dan takut untuk keluar membeli barang keperluan.
"Saya terbaring, tidak dapat bangun sehingga lima hari," kata pesara polis berumur 57 tahun yang merupakan seorang dermawan yang cukup terkenal di media sosial Malaysia itu, dalam satu temu ramah dengan Bernama baru-baru ini.
Bagaimanapun Uncle Kentang bukanlah dermawan biasa yang menyampaikan sumbangan besar menerusi kutipan derma kebajikan, sebaliknya beliau biasanya bertindak 'turun padang' menyinsing lengan untuk berurusan terus dengan mereka yang kesempitan hidup.
Apabila sebuah keluarga tidak mampu menyediakan pengangkutan untuk majlis pengebumian, beliau melabur dalam perkhidmatan menyediakan van jenazah, walaupun beliau bukan seorang Muslim, dan beliau juga pernah melabur dalam membangunkan perkhidmatan ambulans kepada golongan miskin.
Satu lagi sumbangan kebajikannya adalah pengenalan 'Pasar 10 Sen' yang dibangunkan beliau bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan untuk membeli barang tertentu dengan bayaran hanya 10 sen.
Apabila pandemik COVID-19 tercetus dan PKP bermula, Kuan yang menghidap penyakit kencing manis menjadi bertambah bersemangat mencari jalan bagaimana beliau dapat terus membantu mereka yang memerlukan pertolongan, tanpa menjejaskan kesihatan beliau sendiri dan penerima sumbangan.
Sebagai langkah berjaga-jaga, beliau akan memastikan semua bentuk bantuan termasuk bungkusan-bungkusan makanan disanitasi terlebih dahulu sebelum diagihkan.
Uncle Kentang berpandangan penting bagi rakyat Malaysia untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu bagi mengelak bahana virus berbahaya itu.
"Bagaimanapun masih ada yang dilihat tidak memakai pelitup muka di tempat awam, sekali gus membawa risiko besar kepada orang lain. Saya juga lihat mereka yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di restoran dan gerai," katanya.
"Jika anda tidak sayangkan diri sendiri, bermakna anda juga tidak sayangkan keluarga anda," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 13 2020
![COVID-19: Uncle Kentang terus gigih menyumbang COVID-19: Uncle Kentang terus gigih menyumbang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/41550672212_unclekentang.jpg)
Uncle Kentang berpandangan penting bagi rakyat Malaysia untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu bagi mengelak bahana virus berbahaya itu. -Astro AWANI / Shahir Omar
Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang berlangsung dari 2 Dis hingga 6 Feb lepas, berjalan lancar dengan 402,956 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut di 3,337 pusat peperiksaan di seluruh negara
![Laksanakan reformasi dasar, institusi dengan cepat, guna kaedah berkesan - PM Anwar Laksanakan reformasi dasar, institusi dengan cepat, guna kaedah berkesan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739333291_TBAnwarIbrahim.jpg)
Laksanakan reformasi dasar, institusi dengan cepat, guna kaedah berkesan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pelaksanaan formasi dasar serta institusi di negara ini dilakukan dengan cepat dan menggunakan pelbagai kaedah yang lebih berkesan.
PM tegur KPM segerakan pemerkasaan penguasaan bahasa inggeris
Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata agensi kerajaan tidak boleh lagi menubuhkan anak syarikat di bawahnya tanpa kelulusan pihak tertinggi.
Agensi kerajaan tidak boleh tubuh anak syarikat baharu - PM
Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata agensi kerajaan tidak boleh lagi menubuhkan anak syarikat di bawahnya tanpa kelulusan pihak tertinggi.
PM mahu IPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu penggunaan sistem terimaan elektronik kerajaan persekutuan (IPayment) diperluaskan kepada semua kementerian dan jabatan persekutuan seawal Mac ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu penggunaan sistem terimaan elektronik kerajaan persekutuan (IPayment) diperluaskan kepada semua kementerian dan jabatan persekutuan seawal Mac ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu penggunaan sistem terimaan elektronik kerajaan persekutuan (IPayment) diperluaskan kepada semua kementerian dan jabatan persekutuan seawal Mac ini.
[TERKINI] Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke kabinet - PM
Usul untuk menyeragamkan beberapa agensi kerajaan bagi menangani isu pertindihan fungsi akan dibentangkan dalam mesyuarat kabinet dalam masa terdekat.
![OKU mental tidak mengaku amang seksual remaja lelaki 16 tahun OKU mental tidak mengaku amang seksual remaja lelaki 16 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739331837_OKUmental.jpg)
OKU mental tidak mengaku amang seksual remaja lelaki 16 tahun
Dia yang juga jurulatih badminton didakwa menyentuh mangsa dengan cara menyentuh kemaluan, mencium pipi dan meraba bahagian badan mangsa.
![Kerajaan komited perkukuh perpaduan kaum melalui pelbagai program - Aaron Kerajaan komited perkukuh perpaduan kaum melalui pelbagai program - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81666178262_pelbagaikaum.jpg)
Kerajaan komited perkukuh perpaduan kaum melalui pelbagai program - Aaron
Bagi tahun 2025, Kementerian Perpaduan Negara telah mengangkat konsep negara bangsa dan tema harmoni dalam kepelbagaian sebagai fokus utama.
![Jenazah anak Zaquan Adha, Ayu Raudhah selamat dikebumikan Jenazah anak Zaquan Adha, Ayu Raudhah selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739333560_muhammadaisyalree.jpg)
Jenazah anak Zaquan Adha, Ayu Raudhah selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan, pada pukul 9.22 pagi ini.
![[EKSKLUSIF] “Saya masih ada, cuma jauh dari dunia hiburan…” – Mazuin Hamzah [EKSKLUSIF] “Saya masih ada, cuma jauh dari dunia hiburan…” – Mazuin Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739330144_MazuinHamzah.jpg)
[EKSKLUSIF] “Saya masih ada, cuma jauh dari dunia hiburan…” – Mazuin Hamzah
Buat kali pertama selepas lebih 30 tahun menyepi dari publisiti media, Mazuin beri peluang kepada Astro AWANI mewawancara beliau.
![PRU15: Uncle Kentang mahu ubah minda rakyat terhadap 'calon tanpa beban politik' PRU15: Uncle Kentang mahu ubah minda rakyat terhadap 'calon tanpa beban politik'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51668339432_unclekentangcalon.jpg)
PRU15: Uncle Kentang mahu ubah minda rakyat terhadap 'calon tanpa beban politik'
Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang bersedia dengan kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana bersaing dengan pihak lawan yang hebat dalam politik.
![PRU15: Uncle Kentang umum bertanding calon bebas di Puchong PRU15: Uncle Kentang umum bertanding calon bebas di Puchong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/41550672212_unclekentang.jpg)
PRU15: Uncle Kentang umum bertanding calon bebas di Puchong
Aktivis Masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali dengan Uncle Kentang menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Puchong pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
![Rezeki dikongsi bersama, Uncle Kentang lancar kedai makanan dan barangan RM1 Rezeki dikongsi bersama, Uncle Kentang lancar kedai makanan dan barangan RM1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61648705614_TBKEDAIANDA.jpg)
Rezeki dikongsi bersama, Uncle Kentang lancar kedai makanan dan barangan RM1
Pengasas Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia, Kuan Cheng Heng atau lebih popular dengan gelaran Uncle Kentang hari ini melancarkan Kedai dan Kafe Anda di Stesen LRT Taman Perindustrian Puchong.
![Dakwa hina B40: Uncle Kentang cari pelajar diherdik pensyarah, mahu bantu belikan komputer Dakwa hina B40: Uncle Kentang cari pelajar diherdik pensyarah, mahu bantu belikan komputer](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/41550672212_unclekentang.jpg)
Dakwa hina B40: Uncle Kentang cari pelajar diherdik pensyarah, mahu bantu belikan komputer
Jelas Uncle Kentang, beliau akan membuat tabung pendanaan awam (crowdfunding) untuk membeli komputer buat pelajar berkenaan.
!['Uncle Kentang' harap anugerah Komanwel cetus inspirasi lebih ramai terlibat aktiviti amal 'Uncle Kentang' harap anugerah Komanwel cetus inspirasi lebih ramai terlibat aktiviti amal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71631709965_CharlesHayKuanChee.jpg)
'Uncle Kentang' harap anugerah Komanwel cetus inspirasi lebih ramai terlibat aktiviti amal
Aktivis sosial Kuan Chee Heng berharap Anugerah Komanwel Points of Light yang diterimanya akan membuka jalan dan mencetus inspirasi agar lebih ramai terlibat dengan aktiviti kebajikan.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61622044766_BTP.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 13 Jun 2021.
![Anggap orang susah itu adik-beradik kita - Uncle Kentang kongsi prinsip perjuangan Anggap orang susah itu adik-beradik kita - Uncle Kentang kongsi prinsip perjuangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61623556321_UncleKentang.jpg)
Anggap orang susah itu adik-beradik kita - Uncle Kentang kongsi prinsip perjuangan
Perjuangan murni beliau dilakukan bukan hanya untuk meringankan beban golongan susah, tetapi juga sebagai bekalan diri selepas pulang ke kampung abadi.
!['Penghargaan ini untuk semua'! - Uncle Kentang antara lima rakyat Malaysia terima anugerah Ratu Elizabeth II 'Penghargaan ini untuk semua'! - Uncle Kentang antara lima rakyat Malaysia terima anugerah Ratu Elizabeth II](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51621839363_UncleKentangAnuge.jpg)
'Penghargaan ini untuk semua'! - Uncle Kentang antara lima rakyat Malaysia terima anugerah Ratu Elizabeth II
Pemuda berasal dari Kampung Bukit Cermai, Batu Pahat, Johor itu menambah anugerah tersebut akan diberikan pada 12 Jun ini.
![Prasarana, Uncle Kentang berganding hulur bantuan sempena Tahun Baru Cina Prasarana, Uncle Kentang berganding hulur bantuan sempena Tahun Baru Cina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81612966025_UncleKentang.jpg)
Prasarana, Uncle Kentang berganding hulur bantuan sempena Tahun Baru Cina
Bantuan berupa beras dan gula itu disampaikan kepada 45 keluarga dalam satu majlis serba ringkas di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Perindustrian Puchong.
![Khidmat cuci luka, inisiatif terbaharu 'Uncle Kentang' Khidmat cuci luka, inisiatif terbaharu 'Uncle Kentang'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/41564216872_unclekentang.jpg)
Khidmat cuci luka, inisiatif terbaharu 'Uncle Kentang'
Ilham untuk mewujudkan perkhidmatan mencuci luka itu lahir lantaran melihat penderitaan yang dihadapi mereka yang meminta bantuan perkhidmatan ambulans sebelum ini.