KUALA LUMPUR:Waktu operasi restoran yang berkonsepkan bar di seluruh Selangor dihadkan sehingga jam 11 malam sahaja berkuatkuasa esok.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata mana-mana pemilik restoran yang gagal mematuhi arahan tersebut akan dibatalkan lesen serta-merta.
“Di samping mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam mengekalkan larangan kepada semua jenis kelab malam dan bar untuk beroperasi, restoran yang berkonsepkan bar di seluruh negeri Selangor juga dihadkan operasi sehingga 11 malam sahaja berkuatkuasa Sabtu, 3 Oktober 2020.
“Kegagalan pematuhan arahan ini akan menyebabkan lesen perniagaan mereka dibatalkan serta-merta,” kata Amirudin dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Dalam perkembangan yang lain, beliau berkata kerajaan negeri turut mengambil langkah segera untuk menambah baik aplikasi SELangkah.
“Pertama, dengan meletakkan ciri “Peta & Semakan Premis” yang mana pengguna boleh mendapatkan maklumat berkenaan premis-premis yang dilaporkan terdedah kepada COVID-19, beserta tarikh sanitasi premis berkenaan bagi memastikan kunjungan terus selamat.
“Ciri kedua ialah “Semakan Kendiri” yang mana pengguna boleh membuat semakan silang (cross check) sama ada pengguna ada mengunjungi premis-premis yang berisiko dalam tempoh inkubasi.
BACA: Malaysia catat kes baharu tertinggi COVID-19, ini lima tumpuan sidang media Dr Noor Hisham
BACA: COVID-19: Saringan bersasar percuma untuk rakyat Selangor pulang dari Sabah
“Dalam masa akan datang, pengguna juga boleh memeriksa sama ada mereka terdedah kepada individu lain yang telah disahkan menghidap COVID-19,” katanya.
Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat dua kluster baharu telah dikenal pasti di Selangor pada Jumaat.
Dua kluster tersebut ialah Kluster Seri Setia dan Kluster Seri Anggerik.
Isabelle Leong
Fri Oct 02 2020
![COVID-19: Waktu operasi restoran berkonsepkan bar di Selangor dihadkan hingga 11 malam COVID-19: Waktu operasi restoran berkonsepkan bar di Selangor dihadkan hingga 11 malam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61601644125_Amirudin.jpg)
AMIRUDIN: Restoran yang berkonsepkan bar di seluruh negeri Selangor juga dihadkan operasi sehingga 11.00 malam sahaja berkuatkuasa Sabtu, 3 Oktober 2020. - TWITTER/@Media_Selangor
TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam tadi.
Indonesia tingkat amaran letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan tahap amaran di Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores ke paras tertinggi susulan peningkatan mendadak aktiviti seismik di sekitar gunung berapi tersebut.
Robert F Kennedy Jr angkat sumpah setiausaha kesihatan AS
Robert F. Kennedy Jr, disahkan oleh Senat Amerika Syarikat sebagai Setiausaha Kesihatan pada Khamis.
50 negara terkesan pembekuan dana USAID
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus mendedahkan, pembekuan bantuan luar berjumlah puluhan bilion dolar oleh Amerika Syarikat (AS) telah menjejaskan pelaksanaan program menangani HIV, polio, mpox dan selesema burung di seluruh dunia.
Keganasan terhadap kanak-kanak Palestin di Tebing Barat membimbangkan
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran mengenai peningkatan keganasan terhadap kanak-kanak di Tebing Barat, susulan operasi ketenteraan besar-besaran yang dilancarkan oleh rejim tersebut di wilayah berkenaan.
Al-Azhar gesa dunia sokong pendirian Mesir dan negara Arab
Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif menegaskan rakyat Palestin berhak menentukan nasib mereka sendiri dan tiada siapa boleh memaksa mereka untuk menerima cadangan pemindahan secara paksa.
Ketua Liga Arab tegas ingatkan "Gaza bukan untuk dijual"
Setiausaha Agung Liga Arab menegaskan pendirian tegas organisasi itu menolak sebarang percubaan untuk menyingkirkan rakyat Palestin dari tanah mereka, sambil menekankan bahawa "Gaza bukan untuk dijual''.
![Aliff Rakib tampil pada Kejohanan Muay Thai T-Fight 2025 di Tunjong Aliff Rakib tampil pada Kejohanan Muay Thai T-Fight 2025 di Tunjong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739488186_AliffRakib.jpg)
Aliff Rakib tampil pada Kejohanan Muay Thai T-Fight 2025 di Tunjong
Kejohanan Muay Thai T-Fight 2025 bakal menampilkan juara kategori catchweight pada aksi One Championship Ahmad Nor Iman Aliff Rakib sebagai tetamu jemputan di pekarangan Mydin Mall Tunjong di sini eso
![Trump umum rancangan tarif timbal balik kepada 'kawan dan lawan' Trump umum rancangan tarif timbal balik kepada 'kawan dan lawan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739486382_DonaldTrump.jpg)
Trump umum rancangan tarif timbal balik kepada 'kawan dan lawan'
Ini sekali gus mungkin mencetuskan konfrontasi ekonomi yang lebih luas dengan harapan untuk menghapuskan sebarang ketidakseimbangan perdagangan.
![Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739487963_AsmatKamaludin.jpg)
Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.
![Perubahan waktu operasi kaunter perkhidmatan LHDN sepanjang Ramadan Perubahan waktu operasi kaunter perkhidmatan LHDN sepanjang Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710152779_LHDNburuwargaasi.jpg)
Perubahan waktu operasi kaunter perkhidmatan LHDN sepanjang Ramadan
HASiL memaklumkan perubahan waktu operasi kaunter perkhidmatan HASiL sepanjang bulan Ramadan mulai 12 Mac 2024-9 April 2024 tahun 2024/1445H.
![Waktu operasi pejabat Imigresen dipanjangkan Waktu operasi pejabat Imigresen dipanjangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81650465500_DatukKhairulDzaime.jpg)
Waktu operasi pejabat Imigresen dipanjangkan
Waktu pengoperasian di enam pejabat pengeluar pasport dan kaunter Jabatan Imigresen (JIM) dipanjangkan hingga 10 malam manakala enam lagi dilanjutkan hingga 6 petang mulai Rabu ini (11 Mei).
![LHDN tukar waktu operasi sepanjang bulan Ramadan LHDN tukar waktu operasi sepanjang bulan Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81648894846_TBLHDN.jpg)
LHDN tukar waktu operasi sepanjang bulan Ramadan
Kaunter perkhidmatan LHDN di Pejabat Cawangan LHDN akan beroperasi dari 8 pagi hingga 4.30 petang, pada Isnin hingga Jumaat sepanjang bulan Ramadan ini.
![PRN Sarawak: Keputusan hapus sistem penggiliran Pasar Pagi Kapit daripada KKM PRN Sarawak: Keputusan hapus sistem penggiliran Pasar Pagi Kapit daripada KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51636768145_CerisologoSabutDO.jpg)
PRN Sarawak: Keputusan hapus sistem penggiliran Pasar Pagi Kapit daripada KKM
Sebarang keputusan hanya akan dibuat selepas penilaian risiko dijalankan oleh KKM.
![Premis makanan dibenar beroperasi 6 pagi hingga 10 malam - Ismail Sabri Premis makanan dibenar beroperasi 6 pagi hingga 10 malam - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61624793164_kedaimakanPKP.jpg)
Premis makanan dibenar beroperasi 6 pagi hingga 10 malam - Ismail Sabri
Keputusan terbaharu itu dibuat selepas mengambil kira rayuan dan pandangan pengusaha kedai makan.
![Akta 342: Kompaun mesti ikut garis panduan - Takiyuddin Akta 342: Kompaun mesti ikut garis panduan - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41619481912_TBTakiyuddin.jpg)
Akta 342: Kompaun mesti ikut garis panduan - Takiyuddin
Tindakan kompaun bagi kesalahan di bawah undang-undang adalah dikenakan bagi tujuan pencegahan dan memberi pengajaran kepada pelaku.
![Waktu operasi peniaga makanan dalam kawasan PKP di Sabah ditambah dua jam Waktu operasi peniaga makanan dalam kawasan PKP di Sabah ditambah dua jam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61619271937_kedaimakan.jpg)
Waktu operasi peniaga makanan dalam kawasan PKP di Sabah ditambah dua jam
Kerajaan Sabah hari ini memberi kelonggaran tambahan dua jam beroperasi bagi peniaga makanan di lokaliti yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
![Peniaga 'food truck' cadang waktu operasi perniagaan makanan sehingga 12 malam Peniaga 'food truck' cadang waktu operasi perniagaan makanan sehingga 12 malam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-08/41534004664_Penjaja.jpg)
Peniaga 'food truck' cadang waktu operasi perniagaan makanan sehingga 12 malam
Pengusaha menyatakan rasa sukar untuk mengekalkan momentum perniagaan dalam tempoh mencabar sekarang.
![PKP: Anggota polis diberi kelonggaran masuk ke Sabah PKP: Anggota polis diberi kelonggaran masuk ke Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61610728403_MasidiManjun.jpg)
PKP: Anggota polis diberi kelonggaran masuk ke Sabah
Antara syarat perlu dipatuhi ialah pegawai dan anggota yang bertugas di Sabah hendaklah mendapatkan cap Seksyen 66(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 semasa ketibaan.
![Waktu operasi perniagaan di Sabah hanya dibenarkan sehingga 10 malam - Masidi Waktu operasi perniagaan di Sabah hanya dibenarkan sehingga 10 malam - Masidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51605140110_MasidiManjun.jpg)
Waktu operasi perniagaan di Sabah hanya dibenarkan sehingga 10 malam - Masidi
Premis perniagaan menjual makanan dan minuman seperti restoran di Sabah hanya dibenarkan beroperasi sehingga pukul 10 malam.