PETALING JAYA: Polis Petaling Jaya menjelaskan isu berhubung foto seorang wanita yang memakai gelang dalam pengawasan (PUS) COVID-19 seperti ditularkan di media sosial.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya mendapati wanita tersebut menjalani ujian saringan COVID-19 di sebuah klinik di Kota Damansara pada Sabtu dan disahkan positif COVID-19.
"Wanita tersebut juga pergi ke pusat penilaian COVID-19 (CAC) Shah Alam pada 4 petang Ahad," katanya.
Beliau berkata, gambar wanita yang tular itu sebenarnya ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah dari CAC Shah Alam.
"Wanita itu dalam perjalanan balik ke rumah pada jam 6 petang.
"Dia kini sedang menjalani kuarantin di rumah atas arahan daripada CAC Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Penunggang motosikal itu juga positif COVID-19," katanya.
Menurutnya, imej tular itu dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Twitter pada jam 7.13 petang, Ahad.
"Wanita tersebut membonceng motosikal jenis Yamaha 135LC.
"Kejadian tersebut dipercayai berlaku berhampiran jalan PJU 8/1, Bandar Damansara Perdana, di sini," katanya.
Mohamad Fakhrudin berkata, setakat ini tiada sebarang laporan polis dibuat berhubung kejadian tersebut.
"Polis menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung imej tular tersebut kerana ia boleh mengundang pelbagai isu tidak sihat," tegas beliau.
Artikel asal di Sinar Harian: Wanita 'gelang pink' dalam perjalanan pulang dari CAC
Sinar Harian
Mon Jul 19 2021
Gambar wanita memakai gelang merah jambu yang tular di media sosial. -Foto Sinar Harian
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
TikTok tanggal gelang 'pink': Remaja dikompaun RM5,000
Kompaun berkenaan dikeluarkan selepas video aplikasi TikTok remaja berusia 17 tahun itu tular di media sosial pada Isnin.
COVID-19: Wanita 'gelang pink' dalam perjalanan pulang dari CAC
Wanita tersebut menjalani ujian saringan COVID-19 di sebuah klinik di Kota Damansara pada Sabtu dan disahkan positif COVID-19.
COVID-19: Lelaki gelang 'pink' isi minyak kereta dikenal pasti
Aksi lelaki berusia 25 tahun itu yang juga tidak memakai pelitup muka tular di media sosial kira-kira jam 2 petang pada Rabu.
Tular bawa pekerja naik lori: Kilang ayam sudah diarah tutup
Arahan itu dikeluarkan selepas kilang berkenaan didapati tidak mematuhi syarat dan prosedur operasi standard (SOP) total lockdown Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
JKN Kedah sahkan arah pekerja kilang proses ayam dibawa ke PKD
JKN Kedah mengesahkan telah meminta pihak majikan sebuah kilang pemprosesan ayam di Bedong, Sungai Petani untuk membawa pekerjanya yang positif COVID-19 ke PKD.
Lori sarat dengan pekerja asing bergelang 'pink' ditahan polis
Polis menahan sebuah lori yang membawa sekumpulan pekerja warga asing memakai gelang kuarantin di Sungai Petani pada Ahad, selepas video dan gambar insiden berkenaan tular di media sosial.
COVID-19: Kontak rapat serumah di Kelantan perlu pakai gelang kuarantin 14 hari
Kelantan memutuskan supaya semua kontak rapat serumah dengan kes positif COVID-19, akan dipakaikan gelang kuarantin selama 14 hari.
Polis siasat warga asing 'gelang pink' beli barang keperluan
Siasatan dibuat selepas polis menerima laporan berhubung beberapa rakaman video tular yang jelas melanggar SOP COVID-19.
Isu pak cik gelang 'pink' isi minyak, janganlah cepat melatah - KP Melaka
Lelaki berkenaan bersama isteri dan anak perempuannya dalam perjalanan ke Hospital Alor Gajah untuk memotong gelang terbabit.
Kelantan kuat kuasa penggunaan gelang merah jambu, hijau
Ketetapan itu dibuat selepas kerajaan menimbang untuk membendung penularan COVID-19 di Kelantan yang masih kekal sebagai negeri zon hijau.