KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 12,541 kes baharu positif COVID-19 direkodkan pada Jumaat.
Ia menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 893,323 setakat ini.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, negeri Selangor terus mencatatkan kes tertinggi harian iaitu 5,512 kes diikuti Negeri Sembilan sebanyak 1,619 kes.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula mencatatkan sebanyak 1,542 kes, diikuti Johor (609), Melaka (575), Kedah (458), Sarawak (423), Pahang (382) dan Pulau Pinang (376) kes.
Manakala negeri yang mencatatkan kes kurang daripada 300 kes iaitu Perak (299), Kelantan (225), Terengganu (102), Wilayah Persekutuan Putrajaya (62), Wilayah Persekutuan Labuan (24) dan Perlis hanya mencatatkan tujuh kes.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan sebanyak 6,742 kes sembuh direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 772,542 kes sembuh bersamaan 86.5 peratus.
Bagaimanapun, sebanyak 115 kes kematian baharu dicatatkan menjadikan jumlah kes kematian akibat COVID-19 meningkat kepada 6,728 kes ketika ini.
"53 kes di Selangor, 24 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing tujuh kes di Johor dan Melaka, lima kes di Pulau Pinang, masing-masing empat kes di Negeri Sembilan dan Kedah.
"Manakala masing-masing tiga kes di Sabah dan Perak, masing-masing dua kes di Kelantan dan Terengganu, serta satu kes di Wilayah Persekutuan Labuan," katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.
Dalam pada itu, sebanyak 896 kes ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), 459 kes daripada jumlah itu memerlukan alat bantuan pernafasan.
BACA: COVID-19: Hanya 0.8 peratus daripada keseluruhan 12,541 kes libatkan kategori 4, 5 - KP Kesihatan
Sementara itu Dr Noor Hisham turut memaklumkan hanya 0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes baharu COVID-19 yang dicatatkan dalam tempoh 24 jam lepas, diklasifikasikan sebagai kategori empat dan lima.
Daripada keseluruhan 12,541 kes, hanya 49 kes dalam kategori empat, dan 54 kes dalam kategori lima.
Fareez Azman
Fri Jul 16 2021

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 12,541 kes baharu positif COVID-19 direkodkan pada Jumaat. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kerjasama BLACKMORES dengan IJN beri kesedaran pentingnya kesihatan jantung
Kerjasama BLACKMORES dengan Institut Jantung Negara (IJN) terjalin pada waktu yang tepat melihat kepada peningkatan trend penghidap sakit jantung dalam kalangan usia muda di Malaysia.

Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.

Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ
IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.

Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.

Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba
Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.

Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.

Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.

Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Mesyuarat akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak COVID-19.

Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.

Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.