KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan (KKM) mengakui paras ambang atau ‘Cycle Threshold’ (CT Value) jangkitan di COVID-19 di Kedah dan Sabah rendah berbanding gelombang pertama dan kedua.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia disebabkan aktiviti pengesanan kontak secara aktif yang berjaya mengesan kes di peringkat awal.
“Jika kita lihat di negeri Sabah, kita (KKM) mengesan CT Value yang rendah kerana kita melaksanakan aktiviti saringan dengan cepat.
“Kalau kita kesan kes-kes pada permulaan dibandingkan dengan gelombang pertama dan kedua, CT Value-nya adalah pada penghujung jangkitan.
“Apa yang kita lakukan menerusi pengesanan kontak secara aktif dan mengenal pasti kes aktif dengan cepat, jadi CT Value-nya rendah.
“Kemungkinan jumlah virus ketika itu adalah tinggi. Apabila jumlah virus tinggi dalam badan seseorang, kebolehjangkitan adalah lebih tinggi kerana kita dapat kesan di peringkat awal,” katanya menjawab soalan Astro AWANI menerusi sidang media harian beliau hari ini.
Sumber di sebuah makmal universiti memaklumkan kepada Astro AWANI bahawa jumlah CT Value pada gelombang ketiga COVID-19 adalah sekitar 16 hingga 18 iaitu jauh lebih rendah berbanding semasa gelombang pertama dan kedua, iaitu pada purata 23 hingga 30.
Pengesanan nilai CT Value dapat dilihat ketika pelaksanaan ujian RT-PCR apabila jumlah virus atau ‘virus load’ dikesan lebih cepat dengan kitaran nilai ambang CT Value yang sedikit.
Ia sekali gus memberi petunjuk bahawa virus COVID-19 dari individu yang dikesan positif amat mudah menjangkiti individu lain.
Dr Noor Hisham pada masa sama tidak menolak kemungkinan bahawa CT Value yang rendah pada gelombang ketiga berpunca daripada mutasi D614G.
“Faktor mutasi virus D614G menjadikan jumlah virus load adalah tinggi dan ini menjadikan virus tersebut mudah menjangkiti.
“Jadi kalau kita lihat CT Value yang rendah di Kedah dan Sabah, ia mungkin disebabkan mutasi virus dan jangkitan yang telah berlaku lebih cepat dalam kalangan mereka yang terdedah kepada kes positif,” katanya.
Untuk memahami apa itu CT Value dalam ujian RT PCR berikut adalah perinciannya;
Cycle Threshold (CT) value ataupun “nilai kitaran ambang” adalah bilangan kitaran yg diperlukan untuk penumpuan fluorescent memberi isyarat melintasi paras Nilai ambang atau (threshold Level) dan dikesan sebagai positif.
Jika pengesanan CT value adalah rendah, maka kita dapat rumusan;
1. Kesan virus ( virus load ) dalam badan adalah tinggi
2. Jangkitan Covid-19 adalah dalam peringkat awal
3. Pengesanan Kes dan ujian di RT PCR di buat di peringkat awal jangkitan
4. Kebolehjangkitan adalah tinggi ketika ini
5 Ada kemungkinan ini adalah kesan mutasi protein “spike” atas permukaan virue yg meningkatkan kebolehjangkitan dgn virus load yg tinggi
Jika didapati CT value adalah tinggi ini bermakna
1. Jangkitan berada di peringkat akhir
2. Kebolehjangkitan adalah di paras rendah
3. Pengesanan kes di peringkat lewat
4. Mungkin jangkitan kes dalam peringat pemulihan
Astro Awani
Fri Oct 16 2020

Dr Noor Hisham pada masa sama tidak menolak kemungkinan bahawa CT Value yang rendah pada gelombang ketiga berpunca daripada mutasi D614G. - Gambar fail/BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Kerjasama BLACKMORES dengan IJN beri kesedaran pentingnya kesihatan jantung
Kerjasama BLACKMORES dengan Institut Jantung Negara (IJN) terjalin pada waktu yang tepat melihat kepada peningkatan trend penghidap sakit jantung dalam kalangan usia muda di Malaysia.

Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.

Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ
IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.

Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.

Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba
Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.

Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.

Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.

Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Mesyuarat akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak COVID-19.

Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.

Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.