PETALING JAYA: Hospital Sungai Buloh (HSB) dijangka bertukar kepada status hibrid dalam tempoh tiga hingga empat minggu akan datang.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, keputusan tersebut akan dibuat berdasarkan perkembangan dan pemantauan terhadap penularan jangkitan COVID-19 dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Jelasnya lagi, usaha tersebut dilaksanakan bagi membolehkan hospital itu merawat kes-kes selain COVID-19 yang tertangguh sebelum ini.
"Kita harus melihat kepada kemasukkan hospital kes-kes COVID-19 terdahulu dan buat masa ini meskipun kes-kes kemasukkan meningkat namun majoriti kepada kes berkenaan tidak memerlukan rawatan ICU, hanya ‘step-down care’, dan rawatan.
“Jika kita lihat ini berterusan dalam tempoh tiga hingga empat minggu akan datang, kita boleh tukar semula status Hospital Sungai Buloh (daripada hospital COVID-19 sepenuhnya) kepada hibrid," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Kompleks Magnetic Resonance Imaging (MRI) dan Projek Naik Taraf Bekalan Gas Perubatan Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) di HSB pada Jumaat.
Turut hadir, Ketua Pengarah Pesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah; Pengarah Bahagian Kejuruteraan KKM, Tauran Zaidi Ahmad Zaidi dan Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr Kuldip Prem Singh.
Untuk rekod, HSB ditukar status daripada hibrid kepada hospital penuh COVID-19 sejak pandemik bermula.
Sementara itu, Khairy berkata projek MRI yang dirasmikan itu menelan belanja RM7.5 juta melibatkan naik taraf peralatan dan sistem terkini bagi menggantikan peralatan lama yang telah berusia 17 tahun.
Katanya, bagi projek naik taraf di lapan wad PKKN itu juga dapat membantu menampung pesakit COVID-19 yang memerlukan rawatan oksigen pada masa ini.
Eton Khir
Fri Feb 25 2022
Khairy berkata, usaha tersebut dilaksanakan bagi membolehkan hospital itu merawat kes-kes selain COVID-19 yang tertangguh sebelum ini. - Gambar/ Astro AWANI
Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan - TPM Zahid
Ahmad Zahid berkata selaku Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET negara, sekolah aliran itu tidak akan terkecuali daripada diberi perhatian oleh kerajaan.
Bantuan banjir perlu menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana - Nancy
Perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan.
Bryan tinggalkan skuad terjun Malaysia, negara Asia jadi pilihan
Bryan menghantar surat perletakan jawatan pada 23 Disember lepas, dan secara rasmi menamatkan tugasnya bersama skuad kebangsaan pada 22 Januari.
Juara dunia luncur ais disahkan antara mangsa nahas Black Hawk-American Airlines
US Figure Skating, dalam kenyataan rasmi, menzahirkan kesedihan di atas tragedi dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
Kes salah laku DBKL: SPRM akan dapatkan maklum balas esok
Ahmad Khusairi berkata SPRM akan menjalankan siasatan jika terdapat elemen jenayah seperti salah guna kuasa dan rasuah.
AWANI Ringkas: SPRM: Integrasi AI dalam operasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
SPRM integrasi teknologi 'blockchain', AI dalam siasatan dan operasi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengintegrasikan teknologi blok rantau (blockchain) dan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi serta siasatan bagi memerangi taktik jenayah rasuah yang semakin berkembang.
Cuaca baik di Bintulu, air beransur surut
Selepas 24 jam yang menggetirkan, situasi banjir di Bintulu setakat petang khamis menunjukkan keadaan sedikit reda.
Banjir: Lebih lima jam terperangkap dalam pacuan empat roda
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan mereka menggunakan tali kerana arus deras, dan kesemua mangsa dibawa keluar dengan selamat.
Teluk Guantanamo hanya berfungsi sebagai lokasi transit - Hegseth
Sementara itu. Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat menerusi satu wawancara pada Rabu berkata, kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo hanya berfungsi sebagai kemudahan transit sementara untuk pendatang tanpa izin yang masuk ke Amerika Syarikat.
Banduan lari dari Hospital Sungai Buloh ditahan semula
Jabatan Penjara mengesahkan penangkapan semula banduan reman yang melarikan diri pada 18 Sept lepas semasa menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Banduan larikan diri selepas loloskan tangan digari pada katil hospital - Polis
Banduan berusia 27 tahun yang memiliki rekod lampau membabitkan empat kesalahan jenayah dan empat kesalahan berkaitan narkotik itu dihantar ke hospital berkenaan bagi merawat telinga berdarah.
Jabatan Penjara tubuh lembaga siasatan kenal pasti punca kes banduan lari
Jabatan Penjara tidak akan berkompromi dan akan ambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuai atau tidak patuh prosedur semasa melaksanakan tugas.
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Polis belum terima laporan bedah siasat
Polis belum menerima laporan analisis lengkap keputusan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian Nur Farah Kartini Abdullah yang dibunuh.
Jenazah Nur Farah Kartini dibawa keluar dari Hospital Sungai Buloh
Van membawa jenazah Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah bergerak keluar dari Unit Forensik Hospital Sungai Buloh kira-kira jam 2.14 petang.
'Doakan urusan kami dipermudahkan' - Keluarga Nur Farah Kartini
Keluarga Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah berharap urusan tuntutan jenazah berjalan lancar dan disegerakan.
Azlee Senario dikejarkan ke IJN
Berita itu dimaklumkan oleh pelawak, Ropie menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya pada Khamis.
Adik Zayn Rayyan selamat dikebumikan
Kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, Sungai Buloh, Selangor pada jam 7 malam, Khamis.
Pemandu rempuh tiga penunggang motosikal dibebas dengan jaminan - Polis
Lelaki berusia 26 tahun itu mengalami patah bahu akibat kemalangan berkenaan dan sedang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Legenda rock Rahim Maarof sudah sedar dari koma
Penyanyi rock legenda, Rahim Maarof kini dilaporkan sudah sedar dari koma selepas ditahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat angin ahmar di Hospital Sungai Buloh, Selangor.