ISKANDAR PUTERI: Seramai 779 guru di Johor dilaporkan enggan menerima vaksin COVID-19.
Sehubungan itu, Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang berkata, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) akan memanggil kesemua warga pendidik itu bagi memberi penerangan dan kaunseling berhubung kebaikan pengambilan vaksin terbabit.
Menurut beliau, sehingga 19 Ogos lalu, seramai 45,448 atau 96.26 peratus guru di negeri itu sudah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19.
Sementara, 23,746 guru lagi, kata Mazlan, sudah lengkap kedua-dua dos suntikan vaksin.
“JPN ambil inisiatif berhemah panggil dan kaunseling (guru-guru yang menolak vaksin)… sebahagiannya sudah dipanggil secara individu di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan libatkan bantuan Jabatan Agama untuk bantu beri penerangan dan kaunseling dan akhirnya mereka akan turut serta dalam (program) vaksinasi," kata Mazlan.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan kadar vaksinasi dalam kalangan guru di negeri ini yang dikemukakan Nor Hayati Bachok (Amanah - Maharani) pada Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-14 hari ini.
Mazlan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa berkata, suntikan vaksin bagi anggota kumpulan pelaksana seramai 6,539 atau 91.43 peratus sudah menerima dos pertama dan 2,816 sudah lengkap kedua-dua dos.
Bagi staf sokongan operasi pula seramai 9,236 atau 71.49 peratus, jelasnya, sudah menerima dos pertama dan 7,030 peratus lengkap kedua-dua dos suntikan vaksin.
Kata Mazlan, kerajaan negeri yakin program vaksinasi dapat dicapai 100 peratus menjelang pembukaan sesi persekolahan kelak.
Siti Nur Aqilla Omar
Sun Aug 22 2021
Kesemua 779 guru di Johor yang enggan menerima vaksin COVID-19 dipanggil oleh Jabatan Pendidikan Negeri untuk diberi penerangan dan kaunseling. - Gambar hiasan
NAFAS: Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup
Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan distruktur semula melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya: Petanda positif pertumbuhan populasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lima penumpuan utama jayakan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam - KPPA
Lima penumpuan utama digariskan dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) bagi merealisasikan pembaharuan perkhidmatan awam yang lebih telus, berintegriti dan diyakini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih - Kenyataan
Petronas sedia menjayakan inisiatif tersebut, menyediakan kepakaran sokongan teknikal, pertukaran maklumat, dan konsultansi dalam bidang berkepentingan.
Parlimen: Kerajaan akan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
Keadaan ibu Zayn Rayyan kosong, tiada reaksi, kata pegawai penyiasat
Pegawai Penyiasat bagi kes Zayn Rayyan Abdul Matin yang ditemukan mati dua tahun lalu memaklumkan pengadu, Ismanira Abdul Manaf kelihatan kosong sewaktu proses rakaman percakapan berlangsung.
Mekanik maut terlanggar tayar ganti dalam kemalangan lima kenderaan
Seorang mekanik maut apabila motosikal ditunggangnya terlanggar tayar ganti sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Rembau.
Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.
Kemalangan: Sakit jantung punca pemandu rempuh tembok parkir Hospital Serdang
Pemandu WRV yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam sakit dada ketika memandu.
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.
COVID-19: Lebih 700 guru di Johor enggan terima vaksin
Jabatan Pendidikan Negeri akan memanggil merekan untuk beri penerangan dan kaunseling berhubung kebaikan pengambilan vaksin.