MELAKA TENGAH: Melaka bakal menguatkuasakan semula pemakaian pelitup muka sekiranya penularan kes COVID-19 menunjukkan peningkatan mendadak dalam tempoh dua minggu ini.
Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata penguatkuasaan itu akan dilakukan di tempat tertutup serta kawasan tumpuan orang ramai.
“Dengan pertambahan bilangan kes COVID-19 di seluruh dunia, pihak kerajaan negeri Melaka mengambil maklum dan serius mengenai bilangan kes yang bertambah.
“Kami akan memantau dalam tempoh dua minggu ini dan jika penularan kes menunjukkan peningkatan, kerajaan negeri tidak akan teragak -agak untuk menguatkuasakan semula undang-undang pemakaian pelitup muka di tempat tertutup dan di kawasan orang ramai,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut ujarnya, beliau turut mengesyorkan rakyat di negeri ini serta pelancong yang berkunjung ke Melaka untuk sentiasa memakai pelitup muka khususnya di kawasan tumpuan pelancong.
“Kepada mereka yang belum menerima suntikan dos penggalak digesa untuk mendapatkannya segera dan pastikan anda bukan penyebar kepada virus ini.
“Sehubungan dengan itu,kami memohon orang ramai sama ada rakyat negeri Melaka mahupun pelancong yang datang ke negeri Melaka untuk memakai pelitup muka terutama di tempat-tempat yang tertutup dan di tempat orang ramai,” katanya.
Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, dua varian COVID-19 utama dalam penularan penyakit itu di China iaitu BA.5.2 dan BF.7 telah dikesan di Malaysia.
Beliau berkata, kedua-dua varian berkenaan dikesan dalam 80 peratus kes COVID-19 di China dan setakat 31 Disember lalu, sebanyak 4,148 kes positif melibatkan BA.5.2 manakala tiga lagi kes adalah BF.7.
Shuhada Abdul Kadir
Tue Jan 03 2023

Dr Muhamad Akmal berkata penguatkuasaan itu akan dilakukan di tempat tertutup serta kawasan tumpuan orang ramai. - Foto Astro AWANI
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
[TERKINI] Polis cari perakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Polis sedang mengesan individu yang merakam detik ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan sambil memimpin tangan dua anaknya sebelum video itu dimuat naik ke media sosial, baru-baru ini.

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM
Malaysia tidak menunjukkan trend peningkatan kes influenza dan tidak merekodkan sebarang kes selesema burung (avian influenza) dalam kalangan manusia, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Ibu negara Vietnam, Hanoi, bandar raya paling tercemar di dunia
Ibu negara Vietnam, Hanoi, menduduki tangga teratas sebagai kota paling tercemar di dunia pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu (AA).

Dua remaja perempuan berdepan detik cemas hampir diculik di Gerik
Dua remaja perempuan berusia 14 tahun menempuh detik cemas apabila hampir menjadi mangsa culik di Kampung Padang, Gerik dalam kejadian berasingan pada Isnin dan semalam.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Koronavirus: Tour de France wajibkan pelitup muka di kawasan tertentu
Penganjur memperkenalkan langkah untuk baki acara Tour de France, yang berlangsung sehingga 21 Julai.

Polis tahan enam anggota sindiket ah long disyaki ugut peminjam
Polis menahan enam individu disyaki terbabit aktiviti pinjaman wang tanpa lesen atau 'Ah Long' menerusi beberapa serbuan di sekitar Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur bermula 28 Jun hingga 1 Julai.

Buka sekejap pelitup muka ketika berurusan di kaunter - Polis
Mana-mana premis dimohon menetapkan syarat bagi setiap individu membuka pelitup muka ketika berurusan di kaunter perkhidmatan.

Letusan Gunung Ruang: Tiada keperluan pakai pelitup muka di Sabah
Tiada keperluan memakai pelitup muka di kawasan terbuka di Sabah buat masa ini berikutan letusan gunung berapi di Gunung Ruang baru-baru ini, kata Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Asits Sanna.

Pelitup muka kembali wajib dipakai di Sepanyol
Perkara itu dinyatakan Kementerian Kesihatan ketika mana negara itu berdepan wabak selesema.

COVID-19 terkawal tetapi virus akan terus ada bersama kita - KKM
Kebanyakan kes COVID-19 yang dilaporkan mengalami gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital.