KOTA KINABALU:Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menyifatkan bilangan kes positif COVID-19 yang dicatatkan di negeri itu pada Jumaat sebagai menggerunkan.
Namun beliau berkata ia perlu dilihat dari sudut positif serta fakta kes.
"Hari ini jumlah kes baharu positif COVID-19 di negeri ini adalah sebanyak 1,199 kes dan ia satu angka yang menggerunkan.
"Tetapi ia perlu dilihat dari dua sudut, pertama peningkatan kes adalah disebabkan hasil ujian saringan melibatkan beberapa kluster seperti Kluster Rumah Merah dan Kluster Penjara yang telah pun diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan ia tidak melibatkan kawasan awam.
"Kedua, angka yang tinggi ini harus menjadi motivasi kepada kita semua khususnya di negeri Sabah untuk lebih patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan agar kita dapat memutuskan rantaian COVID-19 ini," katanya menerusi sidang media maya yang diadakan di Kota Kinabalu pada Jumaat.
Menurutnya lagi, kluster baharu di Keningau turut menyumbang kepada bilangan kes apabila Kluster Mempulut mencatatkan sebanyak 28 kes yang dikaitkan dengan sebuah majlis kenduri arwah.
BACA: COVID-19: 1,755 kes baharu, 2 kematian dilaporkan hari ini
Daripada 1,199 kes positif tersebut, sebanyak 556 kes adalah berpunca daripada Kluster Pusat Tahanan Sementara Tawau dan Kluster Penjara Sandakan, manakala selebihnya iaitu 643 kes adalah dari lain-lain kategori.
Masidi turut memaklumkan peningkatan kes sembuh melibatkan Kluster Penjara Kepayan yang masih diletakkan dalam PKPD sehingga 16 November 2020.
"Sebelum ini seramai 2,701 orang telah disaring dan 1,652 orang telah didapati positif.
"Sehingga hari ini, 1,607 orang telah disahkan sembuh manakala 585 masih positif dengan 14 orang sedang menerima rawatan di hospital," katanya.
Pada Jumaat, satu kematian direkodkan di Sandakan, menjadikan angka kematian akibat COVID-19 di Sabah sehingga 6 November 2020 adalah sebanyak 144 kes.
Daripada jumlah tersebut, 48 kes merupakan kematian di Unit Rawatan Rapi ICU.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Fri Nov 06 2020

Datuk Seri Masidi Manjun menyifatkan bilangan kes positif COVID-19 yang dicatatkan di negeri itu pada Jumaat sebagai menggerunkan. - Gambar fail/BERNAMA

Taklimat Harian PMO: PM arah segerakan usaha pemulihan bekalan beras putih tempatan
Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menyegerakan usaha itu.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.24 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.0 mata kepada 1,578.70 daripada 1,574.70 pada Jumaat lepas.
Program perumahan mampu milik di Kelantan: 3,268 unit siap, 2 lagi projek menyusul
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu memberitahu Dewan Rakyat sehingga 31 Disember 2024, pelaksanaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) ataupun Program Residensi Rakyat (PRR) di Kelantan melibatkan lapan buah projek telah diluluskan dengan 3,574 unit rumah.
Jelasnya daripada jumlah itu enam projek telah siap dibina, melibatkan 3,268 unit rumah. Manakala dua lagi projek masing-masing dalam pembinaan dan masih dalam peringkat perbincangan.
Jelasnya daripada jumlah itu enam projek telah siap dibina, melibatkan 3,268 unit rumah. Manakala dua lagi projek masing-masing dalam pembinaan dan masih dalam peringkat perbincangan.

5 faktor penting untuk menjamin dana persaraan mencukupi
Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira bagi memastikan dana persaraan mencukupi.

Taklimat Harian PMO bukan pengganti jurucakap kerajaan MADANI - Tunku Nashrul
Taklimat Harian PMO sebaliknya, menjadi pelengkap dan memperkukuh struktur komunikasi kerajaan.
Taklimat Harian PMO bukan pengganti kepada jurucakap kerajaan
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri bukan pengganti kepada sidang media jurucakap Kerajaan Perpaduan oleh YB Fahmi Fadzil. #AWANInews

Kerajaan komited teruskan agenda reformasi institusi - PM Anwar
Kerajaan komited untuk meneruskan agenda reformasi institusi dengan melaksanakan perubahan, bagi menjamin ketelusan dan kecekapan, kata Perdana Menteri.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4595/4650 berbanding dolar AS daripada 4.4600/4650 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Johor ambil tindakan batal lesen jika sewa tapak pada warga asing - Exco
Kerajaan Johor tidak mengeluarkan lesen bazar Ramadan dan Aidilfitri kepada warga asing, jika ada 'sewa atas sewa' (kepada warga asing), lesen itu akan dibatalkan segera.

Terminal feri Puteri Harbour bakal sedia perjalanan ke Singapura, pacu pertumbuhan di Iskandar Puteri
UEM Sunrise Berhad tidak menolak kemungkinan bersedia bagi menawarkan perjalanan menerusi laluan air ke Singapura dari Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour dalam masa terdekat.

Dakwaan rasuah: Masidi Manjun tetap fokus jalankan tanggungjawab kepada rakyat
Masidi berkata beliau memilih untuk memberi fokus kepada tugasan dan tanggungjawabnya.

Masidi beri keterangan sukarela di SPRM
Masidi berkata, kunjungannya ke SPRM adalah untuk membantu siasatan serta tanda sokongonnya untuk membanteras rasuah di negeri ini.

'Saya tidak tahu mengenai wang RM300,000 kononnya diserahkan kepada pegawai saya' - Masidi
Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun memaklumkan tidak tahu menahu mengenai wang sebanyak RM300,000 yang didakwa diserahkan melalui pegawai khas beliau.

Tiada rancangan tutup operasi Sabah International Petroleum - Masidi
Kerajaan Sabah tidak merancang untuk menutup operasi Sabah International Petroleum (SIP) kerana ia kini bebas daripada hutang dan telah menjadi anak syarikat SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE).

DUN Sabah lulus RUU Perbekalan Tambahan, berjumlah lebih RM833 juta
Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan Tahun 2023 melibatkan peruntukkan RM833,019,462 diluluskan sebulat suara di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

Belanjawan 2023: Tingkatkan kecekapan pengurusan, kurangkan birokrasi - Masidi
Kerajaan Sabah menyarankan agar Kerajaan Pusat meningkatkan kecekapan pengurusan belanjawan yang diumumkan setiap tahun kepada negeri itu.

Hajiji pengerusikan mesyuarat kabinet pertama selepas rombakan Jemaah Menteri
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mempengerusikan mesyuarat Kabinet Negeri pertama pada Rabu selepas rombakan kabinet minggu lalu.

Tiada cerita politik Sabah, hanya bincang Persidangan Khas DUN - Masidi
Tiada isu lain yang dibincangkan dalam perjumpaan hari ini tetapi berbincang mengenai penyelarasan perjalanan Persidangan Khas DUN.

Politik Sabah: GRS adalah parti politik maka Hajiji ada parti - Masidi Manjun
Kenyataan mengelirukan mengenai dakwaan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor tidak berparti selepas meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merupakan kenyataan tidak berasas.

Politik Sabah: Dakwaan Bung terhadap Hajiji tidak benar - Masidi
Masidi berkata, tiada merit kepada dakwaan Bung Moktar bahawa Hajiji tidak mempunyai locus standi untuk menjadi Ketua Menteri Sabah.