KUALA LUMPUR:Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini mengumumkan penguatkuasaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Sebako, Lundu selama 14 hari.
Menerusi kenyataan pada Jumaat, pelaksanaan PKPD di kampung tersebut bermula 6 Februari 2021 sehingga 19 Februari 2021.
Manakala lanjutan pelaksanaan PKPD dikenakan di Kampung Sungai Ud dan Kampung Sungai Ud Hilir, Dalat selama tujuh hari bermula 10 Februari 2021 sehingga 16 Februari 2021.
“Memandangkan kes positif di daerah Lundu semakin meningkat, JPBN Sarawak memutuskan untuk melaksanakan PKPD bagi Kampung Sebako, Lundu.
“Keputusan dicapai bagi mengawal serta memutuskan rantaian jangkitan COVID-19,” kata kenyataan itu.
Selain itu, Sarawak hari ini melaporkan pertambahan 178 kes positif COVID-19 dengan Sibu terus mencatatkan kes tertinggi dengan 67 kes.
BACA: PKPD di SMK Sultan Idris Shah II di Perak, dan Kampung Sebako 1, 2 di Sarawak
Ia diikuti Bintulu (24), Dalat (23), Kanowit (21), Kapit (10), Miri (enam), Song dan Samarahan (lima), Kuching dan Matu (tiga), Selangau, Sebauh dan Beluru (dua), dan satu kes di Sarikei, Bau, Subis, Julau dan Lawas.
Penambahan ini juga menyaksikan Kluster Pasai di Sibu terus catat peningkatan kes.
“Hari ini berlaku penambahan 65 kes melibatkan kluster ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,211 kes.
“Sejumlah 24,000 individu telah disaring dengan 21,650 disahkan negatif manakala 639 masih menunggu keputusan makmal,” tambahnya.
Syafik Shukri Jalil
Fri Feb 05 2021
Memandangkan kes positif di daerah Lundu semakin meningkat, JPBN Sarawak memutuskan untuk melaksanakan PKPD bagi Kampung Sebako, Lundu. FOTO: BERNAMA
Anna Jenkins: Mahkamah Tinggi tetapkan 28 April putuskan semakan semula keputusan terbuka
Mahkamah Tinggi menetapkan 28 April ini untuk memutuskan sama ada akan menyemak semula keputusan terbuka Mahkamah Koroner terhadap kematian warga Australia Annapuranee Jenkins.
Dialog Anak Muda: Interfaith Harmony Week faham, hormat dan terima
Apa cabaran dalam usaha untuk memperkukuh hubungan antara agama, etnik, dan budaya di negara ini? Bagaimana kepelbagaian agama dan budaya boleh digabungkan untuk membina sebuah negara yang benar-benar harmoni? Dialog Anak Muda bersama Hawa Rizwana 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Autoriti kawal selia elektrik kembali ke Sabah
Kuasa kawal selia bekalan elektrik negeri Sabah yang diserahkan Kerajaan Persekutuan secara berfasa memberi ruang kepada Kerajaan Negeri melaksanakan perancangan dan pembangunan pembekalan elektrik di negeri itu.
[TERKINI] Petronas: Langkah penyusunan semula penting untuk masa hadapan
Langkah penyusunan semula Petronas adalah untuk memastikan syarikat minyak nasional itu dapat terus menyumbang kepada pembangunan negara.
LBS rai Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 Bilion
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan berangkat ke majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran LBS Bina Group Berhad (LBS) di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, pada Rabu.
11 pekerja asing kilang haram ditahan bersama RM21.83 juta e-waste
Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Perak menyerbu sebuah kilang memproses peleraian buangan elektrik dan elektronik (e-waste) haram di Machang Bubok dan merampas e-waste bernilai RM21.83 juta.
Jenayah penipuan pelaburan (setakat 2 Februari 2025)
Sejumlah 765 kes penipuan pelaburan telah dicatatkan setakat 2 Februari 2025. Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) turut menyatakan jenayah penipuan pelaburan mencatatkan jumlah kerugian tertinggi lebih RM125.7 juta.
2,000 ditahan kerana dadah dalam 37 hari
Lebih 2,000 orang ditahan kerana pelbagai kesalahan dadah di Perak dalam tempoh 37 hari tahun ini, dari Januari hingga Khamis.
Isu beras, harga lantai padi diumum minggu depan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan menyampaikan kenyataan menteri di Parlimen pada 13 Februari ini mengenai isu beras, khususnya berhubung harga lantai bagi padi.
Bedah siasat mangsa nahas helikopter selesai
Bedah siasat ke atas jurutera warga Indonesia yang maut dalam insiden helikopter jenis Bell 206L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di Bentong pagi Khamis, telah selesai.
COVID-19: Penduduk Kampung Sebako di Lundu akan disaring bermula Ahad
624 penduduk di Kampung Sebako 1 dan 2 di Lundu, Sarawak akan menjalani ujian saringan COVID-19 secara berperingkat bermula Ahad.
COVID-19: PKPD di Kampung Sebako, Lundu, Sarawak catat 178 kes positif
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini mengumumkan penguatkuasaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Sebako, Lundu selama 14 hari.
COVID-19: JPBN Sarawak sekali lagi pinda SOP upacara pengebumian
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak sekali lagi meminda prosedur operasi standard (SOP) bagi upacara pengebumian di negeri itu.
JPBN Sarawak pinda SOP upacara pengebumian
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) baharu berhubung upacara kematian dan pengebumian di negeri itu.