Seorang pegawai perubatan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa terdapat kesan haba pada tubuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan, yang dijumpai mati dalam kebakaran di rumah mangsa, pada 14 Jun 2018.
Saksi pendakwaan ke-26, Dr Nur Shafaradila Shamsul Anuar, 32, yang merupakan pegawai perubatan di Hospital Sungai Buloh berkata kesan haba yang ditemukan pada tubuh Nazrin menunjukkan mangsa tidak bergerak ketika kebakaran berlaku di bilik tidur tingkat atas kediaman terbabit.
Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan berhubung kes kematian Nazrin di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman.
"Saya melihat jasad mangsa dalam keadaan terbaring dan nampak ada kesan terbakar di bahagian kepala dan badan.
Saya lihat badan mangsa juga lebih kepada terkena haba yang mana bukan kesan kebakaran tetapi kesan kepanasan. Kesan ini berlaku apabila mangsa tidak beralih (bergerak) ke tempat lain daripada punca api," katanya.
Dr Nur Shafaradila berkata ketika beliau tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 1.12 tengah hari, beliau melihat keadaan Nazrin sudah tidak bernafas selain keadaan tubuhnya keras dan pemeriksaan lanjut menunjukkan nadi mangsa tidak berdenyut.
"Saya membuat pemeriksaan nadi di kawasan leher kanan dan tangan sebelah kanan mangsa.
"Saya dapati tiada denyutan nadi dan saya sendiri sahkan mangsa sudah meninggal kira-kira 1.13 petang," katanya ketika menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Rohaida Che Hamid berhubung keadaan mayat Nazrin.
Dalam pada itu, Dr Nur Shafaradila turut mengakui tiada sebarang reaksi sedih mahupun terkejut yang dipamerkan isteri Nazrin, Samirah Muzaffar selepas dimaklumkan mangsa telah meninggal dunia.
"Isteri mangsa tidak menunjukkan apa-apa reaksi yang mana tidak nampak terkejut mahupun menangis.
Berdasarkan pengalaman saya, mereka yang kehilangan ahli keluarga terutamanya kehilangan suami atau isteri akan terkejut dan sedih apabila kejadian seperti itu berlaku, tetapi saya tidak nampak apa-apa reaksi pada isteri mangsa (Samirah)," katanya.
Samirah, 45, dan dua remaja lelaki, masing-masing berusia 17 dan 14 tahun, serta seorang wanita Indonesia yang masih bebas, Eka Wahyu Lestari, didakwa membunuh Nazrin di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018.
Perbicaraan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 09 2020

Seorang pegawai perubatan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa terdapat kesan haba pada tubuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan, yang dijumpai mati. - Gambar fail

Hampir 80 peratus pekebun kecil minyak sawit tempatan patuh peraturan EUDR - Johari
Kira-kira 70 hingga 80 peratus pekebun kecil kelapa sawit tempatan telahpun mematuhi Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).

Wanita dan inovasi digital: Meningkatkan penyertaan, memacu perubahan
Kedutaan Belanda di Kuala Lumpur menghimpunkan pakar dan aktivis bagi membincangkan peranan wanita dalam landskap digital dan teknologi yang semakin berkembang.

Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Jawi perkukuh kualiti hidup komuniti setempat
Pelaksanaan Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Jawi di daerah Seberang Perai Selatan, dijangka dapat memberi kesan positif jangka panjang terutamanya dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk.

J-KOM terus perkasa peranan sebar dasar kerajaan - KP
J-KOM memperkasakan peranannya dalam menyebarkan maklumat berhubung dasar kerajaan menerusi program Ih'ya Ramadan Berkat Musyawarah Malaysia MADANI Bekerja di enam zon di seluruh negara.

Peniaga bazar Ramadan diminta tidak jual makanan basi
Peniaga bazar Ramadan di Kelantan diingatkan agar sentiasa menjaga kebersihan dan tidak menjual makanan yang telah rosak bagi mengelakkan sebarang risiko kesihatan kepada pelanggan.

Bekalan beras putih tempatan tersedia di pasar raya seluruh negara - Mohamad
Bekalan beras putih tempatan (BPT) kini tersedia di pasar raya di seluruh negara, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Ops Campur: 283 premis beras import diperiksa - Fuziah
Sebanyak 283 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa dalam Ops Campur setakat semalam, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Dr Fuziah Salleh.

Pemimpin masyarakat perlu bantu perjelas dasar, kejayaan kerajaan - PM Anwar
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.

Bina Semula Gaza: Jangan serah kepada PA, alamatnya gagal - Penganalisis
Pembangunan semula Gaza perlu diselaras oleh entiti yang mampu membina semula wilayah terkepung yang musnah akibat serangan rejim zionis dengan sebaik mungkin.

Nilai kebersamaan tanggungjawab bersama, tidak terbatas pada agama, bangsa - Sultan Pahang
Keberadaan pihak bukan Islam yang turut menyumbang kepada pembangunan institusi Islam ialah satu cerminan indahnya kehidupan bermasyarakat di Pahang.

'Bukan niat nak penjarakan Samirah tapi...' - Kakak Nazrin
"Kami bukan nak Samirah dipenjarakan atau ke tali gantung, (tetapi) kami dalam keadaan serba salah dan kami sedih kerana adik kami meninggal dunia".

Keputusan rayuan kes bunuh CEO Cradle Fund diketahui 8 Feb 2024
Mahkamah Rayuan menetapkan 8 Feb tahun depan untuk keputusan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Samirah Muzaffar dan dua remaja atas pertuduhan membunuh CEO Cradle Fund.

Kes bunuh CEO Cradle Fund: Mahkamah Rayuan tangguh keputusan
Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusannya berhubung rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Samirah Muzaffar dan dua remaja atas pertuduhan membunuh CEO Cradle Fund, Nazri Hassan.

Percikan darah pada dinding sepadan DNA CEO Cradle Fund - Pendakwaan
Mahkamah Rayuan diberitahu bahawa percikan darah pada dinding bilik yang terbakar di mana lokasi mayat Nazrin Hassan ditemukan adalah sepadan dengan asid deoksiribonukleik (DNA) beliau.

Kes bunuh CEO Cradle Fund: Ada seseorang cipta "staged crime scene" - Pendakwaan
Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohd Amril Johari berhujah tidak mungkin tombol itu terkunci dengan sendirinya dari dalam memandangkan kebakaran tidak merebak ke pintu berkenaan.

Tiada bukti Samirah, dua remaja bunuh Nazrin - Peguam
Mahkamah Rayuan di sini pada Selasa diberitahu bahawa, tiada bukti menunjukkan Samirah Muzaffar dan dua remaja membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan.

Pengurusan kes rayuan pendakwa terhadap Samirah dan dua remaja ditetapkan Isnin depan
Pengurusan kes tersebut pada hari berkenaan akan dijalankan menerusi aplikasi Zoom di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan.

Kes Bunuh CEO Cradle Fund: Dihentak kepala dengan kamera, peguam Samirah belum putus untuk buat laporan polis
Insiden berlaku ketika Samirah yang ditemani peguamnya dibawa ke kamar perbicaraan.

Kes Bunuh CEO Cradle Fund: "Kebenaran pasti akan timbul" - Abang Allahyarham Nazrin
Rayuan itu akan dikemukakan keluarga Allahyarham atas prinsip sesuatu perlu dilakukan atas nama keadilan.

Kes bunuh CEO Cradle Fund: Pendakwaan gagal buktikan waktu kejadian - Shafee
Kegagalan pihak pendakwaan membuktikan waktu sebenar kejadian yang mengakibatkan kematian CEO Cradle Fund Nazrin Hassan, antara faktor Samirah Muzaffar dan dua lagi remaja dilepas dan dibebaskan.