KUALA LUMPUR: CSO Platform for Reform menggesa agar kerajaan bersikap lebih telus dalam membuat pelantikan anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).
Gabungan 102 badan masyarakat madani itu dalam satu kenyataan berkata, sudah tiba masanya untuk mempunyai mekanisme bebas bagi pelantikan Pesuruhjaya Suhakam yang merangkumi Parlimen atau individu bebas.
Ini katanya bagi menambah keyakinan terhadap suruhanjaya tersebut, dan bukannya diselubungi kerahsiaan yang mencurigakan tanpa sebarang maklumat.
"Berapa ramai yang terpilih, siapa yang disenarai pendek, apakah kriteria yang digunakan dan siapa yang dipilih sebagai Jawatankuasa Pemilihan dan apakah kepakaran mereka terhadap badan ini?
"Kami mengesyorkan bahawa Jawatankuasa Pilihan Parlimen memainkan peranan penting dalam memulakan mekanisme yang lebih bertanggungjawab dan mengamalkan modal amalan terbaik seperti Indonesia di mana proses mereka adalah ketat dengan banyak penglibatan penelitian awam," kata CSO Platform for Reform dalam kenyataan pada Ahad.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan pelantikan lapan anggota baharu Suhakam bagi sesi 2022 hingga 2025 dibuat mengikut Subseksyen 5(2) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597).
Pelantikan tersebut turut mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Mereka adalah Prof. Datuk Rahmat Mohamad; Prof. Datuk Noor Aziah Mohd Awal; Datuk Mohamad Nordin Ibrahim; Dr. Chew Chee Ming (Sarawak); Datuk Mary@Mariati Robert (Sabah); Datuk Hasnal Rezua Merican Habib Merican; Nazira Abdul Rahim serta Ragunath Kesavan.
Mengulas lanjut, CSO Platform for Reform berkata majoriti nama baharu yang dikemukakan tidak memberi keyakinan dalam kalangan badan masyarakat madani di negara ini dalam menegakkan prinsip Hak Asasi Manusia Sejagat.
Gabungan itu menambah, Malaysia tidak mampu berdiri dengan bangga dalam Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sambil berdepan situasi politik domestik lemah sehingga menjejaskan hak asasi manusia di negara ini.
Pihaknya juga menuntut jawapan daripada kerajaan berhubung pelantikan tersebut.
Astro Awani
Mon Jul 04 2022

Lapan anggota baharu Suhakam bagi sesi 2022 hingga 2025 dibuat mengikut Subseksyen 5(2) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597) - Suhakam

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

CSO Platform for Reform gesa kerajaan lebih telus lantik anggota Suhakam
Sudah tiba masanya untuk mempunyai mekanisme bebas bagi pelantikan Pesuruhjaya Suhakam.