MELAKA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka mengenal pasti 30 lokasi kawasan yang berisiko mengalami pembakaran terbuka, susulan cuaca panas atau fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini.
Timbalan Pengarah JBPM Melaka, R Saiful Iswandy R Hassan berkata, pihaknya, menjangkakan peningkatan panggilan kecemasan berkaitan kebakaran sepanjang fenomena tersebut.
"Di Melaka terdapat 11 balai bomba dan penyelamat (BBP) yang bersedia menggerakkan anggota jika berlaku kecemasan, selain turut mempunyai Pasukan Gerak Cepat Monsun Timur Laut (MTL Red Team) yang ditempatkan di negeri ini, bagi menghadapi sebarang perubahan cuaca.
"Bagi persediaan aset dan logistik pula, BBP Ayer Keroh turut berada dalam keadaan bersedia, untuk keperluan aset logistik dan sumber tenaga manusia," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Perbarisan Tahunan JBPM Melaka 2024 di Bukit Katil, di sini, pada Jumaat.
Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada jabatan kerajaan, syarikat swasta dan media, serta tiga orang awam iaitu pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang membantu pihak bomba melakukan pemadaman awal, bagi mencegah api merebak dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah di taman perumahan di Malim.
R Saiful Iswandy berkata, pada tahun lepas, JBPM Melaka menerima 4,494 panggilan kecemasan membabitkan kebakaran, penyelamatan tugas-tugas khas dan panggilan palsu.
Beliau berkata, sepanjang tahun lepas nilai kerugian akibat kebakaran struktur dan kenderaan direkodkan sebanyak RM87.425 juta.
"Kita juga ingin menasihatkan kepada masyarakat supaya sentiasa peka dan memastikan barangan elekrik ditutup ketika keluar, bagi mengelakkan sebarang risiko kebakaran.
"Kita juga dapati 30 peratus punca kebakaran yang berlaku di rumah, disebabkan kecuaian penguna tidak menutup suis selepas menggunakan peralatan elektrik dan bukan disebabkan kerosakan barangan tersebut," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Feb 16 2024
R Saiful Iswandy R Hassan (depan tengah) bergambar bersama para penerima sijil penghargaan sempena Perbarisan Tahunan JBPM Melaka 2024 di Bukit Katil pada Jumaat. - Gambar Bernama
Warga emas rugi RM500,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga emas kerugian RM500,000 apabila terpedaya pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan.
AWANI Ringkas: Polis sahkan ada dadah dalam darah empat mangsa maut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Imigresen serbu penempatan pekerja asing, tahan 76 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 76 pendatang tanpa izin dalam serbuan di penempatan pekerja asing di Shah Alam dan Kajang.
Suatu pembaziran jika ASEAN gagal kerjasama mendepani cabaran global - Mohamad
Kegagalan ASEAN untuk bekerjasama mendepani pelbagai cabaran global akan menjadi satu pembaziran besar.
Op Sky: Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM
Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM pada Jumaat berhubung sindiket pinjaman membabitkan mangsa penjawat awam.
Mayat buruh ditemukan terapung di jeti pasar ikan
Mayat seorang lelaki warga asing ditemui terapung di perairan jeti tempat pemunggahan ikan di pangkalan Pasar Umum Bandar Sandakan.
Konsert Pinkfish: Sah ada dadah dalam darah empat yang maut - Polis
Polis mengesahkan empat individu yang maut semasa menghadiri konsert Pinkfish di Bandar Sunway pada 31 Disember lalu, mempunyai kandungan dadah dalam darah mereka.
Tiga ditahan disyaki pukul OKU langgar gerai pasar tani
Polis menahan tiga lelaki bagi susulan kejadian lelaki orang kurang upaya (OKU) dipukul di tapak jualan pasar tani di Chukai, Kemaman, Terengganu, pada Jumaat.
Sentuhan magis 'Pak Andam Megat' serikan pengantin lelaki
Menggalas tanggungjawab penting membangkitkan aura wajah pengantin, penampilan Megat Mat Akhir berjaya memikat perhatian ramai.
Sindiket curi bungkusan kurier tumpas
Polis menumpaskan sindiket curi bungkusan oleh pekerja sebuah syarikat kurier selepas menahan tujuh individu termasuk seorang wanita dalam beberapa siri serbuan di Lembah Klang dan Nilai, Negeri Sembilan.
China catat tahun paling panas pada 2024
Bacaan purata kebangsaan pada 2024 adalah 10.9 darjah Celsius, 1.01 darjah Celsius melebihi purata tahunan.
Cuaca panas Tahap 1 di tiga kawasan - MetMalaysia
Tiga kawasan itu ialah Kemaman, Terengganu, Maran, Pahang dan Limbang, Sarawak.
Cuaca panas di semenanjung tempias Taufan Trami
Fredolin berkata, Malaysia didominasi fasa kering Ayunan Madden-Julian yang menghalang perolakan dan mengurangkan pembentukan awan dan penurunan hujan.
Tujuh kawasan di Semenanjung alami cuaca panas sekurang-kurangnya tiga hari
Larut, Matang dan Kuala Kangsar (Perak), Gombak dan Petaling (Selangor), Wilayah Persekutuan Putrajaya serta Maran dan Temerloh di Pahang merupakan kawasan yang terlibat.
Amaran gelombang haba dikeluarkan untuk Seoul
Amaran gelombang haba dikeluarkan apabila suhu tertinggi dijangka mencapai 33 darjah Celsius atau lebih selama dua hari berturut-turut.
Hospital Putrajaya buat persiapan rapi, siap sedia bantuan perubatan
Pasukan perubatan dengan kekuatan 250 petugas disediakan, dengan petugasnya termasuk daripada beberapa hospital di Lembah Klang.
Seoul catat rekod 'malam tropika' terpanjang dalam 18 tahun
'Malam tropika' berlaku apabila suhu kekal pada 25 Celsius atau lebih tinggi dari 6.01 petang hingga 9 pagi keesokan harinya.
Bosnia-Herzegovina mohon bantuan antarabangsa padam kebakaran hutan
Majlis itu pada Isnin meluluskan keputusan yang dicadangkan oleh Kementerian Keselamatan untuk mendapatkan bantuan antarabangsa.
Kesediaan makanan lebih penting bagi pengguna daripada kualiti - Presiden CFOS
Cuaca ekstrem yang melanda ketika ini tidak menjejaskan pengguna untuk mendapatkan bekalan makanan selagi mana harga tidak melambung.
Cuaca panas: Trend kes lemas meningkat
Berdasarkan statistik, insiden lemas paling tinggi direkodkan di kawasan sungai, pantai dan tasik dan air terjun.