Tindakan seorang lelaki yang cuba memberi rasuah RM1,000 kepada anggota polis membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Hakim Mohammad Haldar Abdul Aziz turut memerintahkan tertuduh, Amir Khairi Hirman Mansor, 22, dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Tertuduh yang bekerja sendiri, didakwa memberi wang tersebut kepada Koperal Carsten Wilson sebagai dorongan untuk melepaskannya daripada ditahan setelah hasil ujian air kencing menunjukkan tertuduh positif dadah jenis methamphetamine.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Balai Polis Manir di sini pada 10 Feb 2016, kira-kira 2.55 petang.
Bagi kesalahan itu, Amir Khairi Hirman didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman maksimun penjara 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Amer Abu Bakar Abdullah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA
Bernama
Sun Jul 02 2017

Bagi kesalahan itu, Amir didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman maksimun penjara 20 tahun dan denda minimum 5 kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi. - Gambar fail

Ribut musim sejuk di AS ragut 3 nyawa, gangguan bekalan elektrik, puting beliung
Ribut musim sejuk yang kuat melanda Amerika Syarikat (AS) telah mengakibatkan kematian tiga orang di negeri selatan Mississippi dan menyebabkan puluhan ribu orang terputus bekalan elektrik.

Pindaan Akta 711 beri lebih perlindungan kepada pelapor salah laku – KRPPM
Pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Akta 711) bakal memperkasa pemberi maklumat untuk melaporkan salah laku kepada agensi penguatkuasaan.
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri | 6 Mac 2025
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO)

Saifuddin belum putuskan bertanding pemilihan PKR
Pemilihan jawatan MPP, MPWP, dan MPAMKP PKR akan dilaksanakan pada 24 Mei, manakala pemilihan di peringkat Cabang, Wanita Cabang, dan Angkatan Muda Keadilan Cabang pada 11 hingga 20 April.

JSJK guna AI bagi penguatkuasaan, siasatan jenayah komersial
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi melancarkan proses penguatkuasaan atau siasatan jenayah komersial.
146.48 juta warga Indonesia dijangka lakukan perjalanan
Seramai 146.48 juta mewakili 52 peratus penduduk Indonesia dijangka akan melakukan perjalanan semasa cuti perayaan sambutan Aidilfitri 2025.

Gabungan NGO anjur Himpunan Hari Al-Quds, serah nota bantahan ke Kedutaan AS
Perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan Kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Perdagangan: Vietnam catat defisit luar biasa pada Februari
Sebagai hab pembuatan serantau, Vietnam sangat bergantung kepada pertumbuhan ekonomi yang dipacu eksport dan menghadapi risiko daripada pertikaian perdagangan global, termasuk kemungkinan pengenaan tarif oleh Amerika Syarikat.
Kawasan terjejas banjir kini dalam proses pembersihan
Pihak berkuasa Jakarta Timur mengerahkan 285 anggota melalui pejabat alam sekitar bagi membersihkan kawasan yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.
Kos operasi eksport Thailand mungkin meningkatF
Kos operasi untuk eksport Thailand mungkin meningkat sebanyak enam ke lapan peratus secara purata memandangkan dasar tarif agresif Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ke atas barangan import.

Cuba rasuah polis, lelaki dipenjara dan denda RM10,000
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Balai Polis Manir di sini pada 10 Feb 2016, kira-kira 2.55 petang.