SUNGAI PETANI: Mahkamah Majistret Sungai Petani hari ini memerintahkan seorang lelaki membayar didenda RM2,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memandu secara berbahaya dua minggu lalu.
Tertuduh, Muhammad Nabil Fikri Azman, 23, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, M Kalaiarasi.
Mengikut pertuduhan, Muhammad Nabil didakwa kerana memandu secara melulu atau cuai sehingga boleh menyebabkan cedera atau berlaku kemalangan ke atas orang lain di lampu isyarat pada jam 11.45 pagi 15 Ogos lalu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan yang jika didapati bersalah boleh dihukum penjara enam bulan dengan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S Preeyaa manakala tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Nor Dina Mohd Shukri.
Sebelum itu, Nor Dina merayu mahkamah mereingankan hukuman kerana tertuduh hanya bekerja kampung dan perlu menanggung isteri serta dua anak yang masih kecil.
Setelah mendengar rayuan Mahkamah kemudian menetapkan hukuman denda RM2,000 atau empat bulan penjara sekiranya tertuduh gagal membayar denda.
Dalam kejadian pada 11.45 pagi 15 Ogos lalu, Muhammad Nabil yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) didapati memandu secara berbahaya dalam usaha mahu melepaskan diri daripada dicekup polis dari Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang hingga ke Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani.
Tertuduh yang memandu Perodua Alza bersama rakan lelaki berusia 21 tahun yang juga penumpang MPV terbabit dikatakan bimbang kerana tidak mempunyai lesen selain berada bawah pengaruh dadah.
Polis terpaksa mengejar sejauh 25 kilometer dan MPV terbabit dipandu secara melulu telah melanggar palang di plaza tol, lampu isyarat serta merempuh kereta Honda Accord dipandu seorang remaja lelaki berusia 19 tahun.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Aug 24 2022

Muhammad Nabil didakwa kerana memandu secara melulu atau cuai sehingga boleh menyebabkan cedera atau berlaku kemalangan ke atas orang lain. - Foto Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Nahas maut di Rompin: Pemandu bas didakwa memandu secara melulu
Seorang pemandu bas persiaran mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga mengakibatkan kematian di Jalan Kuantan-Segamat.

Polis kesan pemandu Perodua Myvi memandu secara melulu
Polis mengesan satu video tular yang berdurasi selama 39 saat yang dimuat naik di Facebook.

Wanita warga emas didakwa memandu secara berbahaya, sebabkan kemalangan tiga motosikal
Seorang wanita warga emas didakwa atas tiga pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan tiga kemalangan.

Tular: Alasan guna siren konon ada kecemasan
Seorang penganggur ditahan selepas memandu kereta menggunakan siren secara melulu dalam kejadian di Jalan Serdang Perdana, Seri Kembangan di sini Isnin lalu.

Didakwa memandu melulu, Menteri Kehakiman New Zealand letak jawatan
Allan didakwa memandu secara cuai manakala ujian penafasannya mencatat tahap yang dianggap sebagai pelanggaran undang-undang.

Ahli perniagaan disabit kesalahan, akibatkan kematian penunggang motosikal bebas dengan jaminan
Hakim membenarkan penangguhan hukuman penjara Adrian Khoo Chin Hong, 28.

Cubaan elak polis, lelaki didenda kerana memandu secara berbahaya
Mahkamah memerintahkan seorang lelaki membayar denda RM2,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memandu secara berbahaya.

Lelaki didakwa memandu melulu, rempuh 11 kenderaan di Tambak Johor
Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu secara melulu hingga melanggar 11 kenderaan di Tambak Johor, 7 Julai lalu.

Wanita hadapi tekanan perasaan memandu secara melulu
Seorang wanita yang dipercayai mengalami tekanan perasaan bertindak memandu kereta jenis Perodua Myvi secara melulu di Taman Indah di sini pada Ahad.

Lelaki didakwa pandu melulu sebabkan kematian suami isteri di Saujana Impian
S Lokganathen, 28, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Syahrul Sazli Md Sain.