KUALA LUMPUR: Sebarang usaha menjatuhkan kerajaan sedia ada akan menyukarkan tugas duta-duta di luar negara untuk meyakinkan pelabur kerana negara dilihat tidak stabil, kata Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Bercakap kepada Astro AWANI, Mohamed Nazri menjelaskan, menjadi tugas duta-duta untuk membantu kerajaan meyakinkan pelabur agar melabur di Malaysia.
Menurut beliau, pelabur-pelabur di luar negara sangat mementingkan kestabilan sebelum membuat pelaburan di mana-mana negara di dunia.
“Saya menyokong penuh titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berhubung kepentingan mengekalkan kestabilan kerajaan.
“Saya bercakap atas kapasiti sebagai Duta Besar ke AS, bukan sebagai ahli politik.
“Saya percaya duta-duta Malaysia di negara lain juga bimbang jika ada usaha menjatuhkan kerajaan kerana negara tidak stabil dan pelabur tidak berminat untuk datang ke negara kita.
“Saya bertemu pelabur-pelabur di Amerika ini dan mereka sangat menekankan soal kestabilan sesebuah kerajaan sebelum pergi melabur di mana-mana negara,” katanya.
Dalam masa sama, Mohamed Nazri juga menjelaskan, beliau bertemu ramai diaspora Malaysia di AS yang menyatakan sokongan penuh terhadap usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menghapuskan rasuah.
Kata beliau, kebanyakan diaspora Malaysia di negara itu juga mahu kerajaan sedia ada ini kekal selama satu penggal bagi mewujudkan kestabilan.
“Mereka ini biarpun berada di luar negara tetap mengambil berat soal kestabilan Malaysia.
“Semua yang saya temui menyokong usaha Perdana Menteri yang mahu menghapuskan rasuah.
“Malah ada antara mereka menyifatkan Ahli-Ahli Parlimen yang mahu menjatuhkan kerajaan hari ini bertindak demikian mungkin kerana ada terlibat dengan isu rasuah,” katanya lagi.
Sehubungan itu, Mohamed Nazri menasihatkan Ahli-Ahli parlimen agar menghormati Kerajaan Perpaduan yang telah diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Tegas beliau, Ahli-Ahli Parlimen perlu membuktikan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dengan bersama menjaga kestabilan negara dan tidak berusaha menjatuhkan kerajaan.
“Kita kena ingat kerajaan hari ini dibentuk mengikut Perlembagaan negara selepas tidak ada mana-mana parti atau gabungan yang dapat menubuhkan kerajaan.
“Jadi Yang di-Pertuan Agong telah menjalankan tugas mengikut Perlembagaan dengan menasihatkan sebuah Kerajaan Perpaduan ditubuhkan dan Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri.
“Ahli-Ahli parlimen perlu membuktikan kepada rakyat bahawa mereka taat kepada raja dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong yang mahukan kerajaan yang stabil,” katanya.
Pada Rabu, Sultan Ibrahim menyuarakan kebimbangan susulan desas-desus berhubung isu kestabilan kerajaan yang terus kedengaran meskipun sudah enam bulan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berlalu.
Sultan Ibrahim menitahkan supaya rakyat, ekonomi, kesejahteraan dan kemakmuran negara seharusnya perlu diutamakan.
Irwan Muhammad Zain
Thu May 04 2023

Mohamed Nazri menegaskan, Ahli-Ahli Parlimen perlu membuktikan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dengan bersama menjaga kestabilan negara dan tidak berusaha menjatuhkan kerajaan. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

"Muhyiddin tak faham kebebasan bersuara Ahli Parlimen" - Nazri
Keputusan yang dibuat Johari itu bertepatan dengan semangat Akta Anti Lompat Parti yang diluluskan di Dewan Rakyat sebelum ini, kata Nazri.

Kedutaan Malaysia di AS rai kesatuan, kepelbagaian budaya menerusi sambutan Tahun Baharu Cina
Mohamed Nazri berkata, penganjuran sambutan Tahun Baharu Cina itu berjaya mencipta pengalaman yang dinamik dan ceria untuk rakyat Malaysia dan tetamu.

Rombakan Kabinet: Bukti kesungguhan kerajaan berdepan cabaran baharu dunia - Nazri
Keputusan mewujudkan Kementerian Digital dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam menandakan kerajaan sedar cabaran-cabaran baharu yang dihadapi negara.

WAF, jangan bercakap kalau tak tahu - Nazri
Tegas Mohamed Nazri, Wan Ahmad Fayhsal perlu memahami sama ada demarche (tata tindak) itu satu ugutan atau tidak bergantung kepada isinya.

Suara dan jiwa Kelantan di Washington D.C
Kedutaan Malaysia di Washington D.C menggenggam erat keindahan seni dan budaya dari Kelantan dan memperkenalkannya kepada khalayak.

Tidak mungkin Malaysia simpati kepada Israel, kata Nazri kepada AS
Mohamed Nazri menegaskan simpati Malaysia adalah hanya untuk Palestin.

Anwar harumkan kembali nama Malaysia di mata dunia - Nazri
Ucapan Anwar yang mengutuk sikap hipokrit PBB terhadap Palestin juga mendapat pujian banyak pihak.

"An Evening with Friends of Malaysia" usaha tingkat hubungan dua hala dengan AS
Ia merupakan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengukuhkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

PRN: Jangan terpengaruh hasutan pengkhianat parti - Nazri Aziz
Pemimpin yang sudah meninggalkan parti tidak lagi relevan untuk bercakap soal survival UMNO, tegas Nazri.

"Anwar jadi PM atas takdir Allah bukan iblis tolong" - Nazri Aziz
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan, Anwar dipilih sebagai perdana menteri kerana sudah ditakdirkan oleh Allah bukan pertolongan iblis.