ALOR SETAR: Kerjanya mudah hanya membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) ke destinasi ditetapkan dan dibayar upah RM200 di atas setiap seorang PATI itu.
Faktor itu mendorong tiga lelaki warga tempatan menjadi ‘runner’ tekong darat untuk membawa 17 PATI yang baru memasuki negara ini untuk dihantar ke negeri Perak.
Namun begitu, kegiatan mereka gagal apabila ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah bersama Unit Risikan Sempadan dan Bukit Aman pada pukul 9.30 pagi tadi.
Kesemua PATI ini yang menaiki tiga buah kenderaan ditahan selepas diekori dari sempadan Bukit Kayu Hitam ketika ingin melintasi di Plaza Tol Hutan Kampung.
Menurut seorang runner tekong darat ini, segala-galanya telah diatur oleh ejen dan dia hanya mengambil kumpulan PATI berkenaan di Changlun sebelum dihantar ke Sitiawan, Perak.
Runner berkenaan hanya perlu menanti di tepi jalan dan menunggu PATI yang sedang menyorok di dalam semak memasuki kereta.
Menurut seorang lelaki warga Myanmar yang dikenali sebagai ‘Sarip’, dia pernah mencari rezeki di Malaysia dan kembali semula ke tanah air berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Mohd Roze Shaari, berkata kumpulan PATI ini dibawa masuk dari Myanmar ke Thailand melalui jalan darat dan berada di negara jiran itu selama lima hari sebelum masuk ke Malaysia.
Beliau berkata, ejen Thailand dipercayai membawa PATI masuk melalui pagar sempadan di Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam yang dirosakkan dan disambut oleh ejen Myanmar di sempadan Malaysia.
Beliau berkata, suspek pertama tekong darat yang ditahan berusia 50 tahun berasal dari Puchong, Selangor dan bekerja sebagai nelayan dikatakan mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953 dan pernah dihukum.
Sementara suspek kedua lelaki tempatan yang ditahan berusia 40 tahun berasal dari Seri Manjung, Perak mempunyai 13 rekod jenayah yang kebanyakannya berkaitan dadah.
Manakala suspek ketiga berusia 42 tahun dan beralamat di Ayer Tawar, Perak mempunyai satu rekod lampau berkaitan kes Seksyen 4B (a) ARJT 1953.
Kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Nov 27 2021
![Cubaan 'runner' bantu tekong seludup PATI tidak kesampaian Cubaan 'runner' bantu tekong seludup PATI tidak kesampaian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51638008777_TBTekongpati.jpg)
Antara pendatang asing tanpa izin (PATI) yang diseludup masuk ke Malaysia dari Myanmar. - Gambar Astro AWANI
![Insinerator Batu Arang: Kerajaan negeri terbuka dengan kritikan, pandangan penduduk Insinerator Batu Arang: Kerajaan negeri terbuka dengan kritikan, pandangan penduduk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739195288_TBNgSueeLim.jpg)
Insinerator Batu Arang: Kerajaan negeri terbuka dengan kritikan, pandangan penduduk
Selangor sentiasa terbuka mendengar pandangan penduduk berhubung pembangunan loji rawatan termal atau insinerator di Batu Arang, Rawang antaranya dengan mengadakan sesi pendengaran awam.
![Fahmi tinjau integrasi 5G di RGTSU Melaka Fahmi tinjau integrasi 5G di RGTSU Melaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739194097_FahmiFadzil.jpg)
Fahmi tinjau integrasi 5G di RGTSU Melaka
Menteri Komunikasi tinjau integrasi 5G di Terminal Pengegasan Semula Sungai Udang (RGTSU), Melaka.
![Eksport minyak sawit susut 12.94 peratus kepada 1.17 juta tan pada Januari 2025 - MPOB Eksport minyak sawit susut 12.94 peratus kepada 1.17 juta tan pada Januari 2025 - MPOB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723453412_MinyakSawitMalays.jpg)
Eksport minyak sawit susut 12.94 peratus kepada 1.17 juta tan pada Januari 2025 - MPOB
Jumlah eksport minyak sawit Malaysia pada Januari 2025 berkurangan sebanyak 12.94 peratus kepada 1.17 juta tan daripada 1.34 juta tan pada Disember 2024.
[TERKINI] Hamas tangguh pembebasan tebusan Israel yang dijadualkan pada Sabtu
Hamas berkata ia akan menangguhkan pembebasan tebusan yang dijadualkan pada hari Sabtu.
Naomi Campbell bertemu PM Thailand bincang industri fesyen
Shinawatra mengalu-alukan legenda pentas peragaan British itu ke pejabat perdana menteri di Bangkok bagi membincangkan cara membantu membangunkan industri fesyen Thailand.
China sedia jalin hubungan dengan negara kepulauan pasifik
China bersedia menjalin hubungan lebih rapat dengan negara-negara Kepulauan Pasifik termasuk Cook Island.
menurut Kementerian Luar China pada Isnin, kenyataan ini dibuat bagi meredakan kebimbangan yang semakin meningkat di New Zealand berhubung lawatan Perdana Menteri Cook Island, Mark Brown ke China minggu ini.
menurut Kementerian Luar China pada Isnin, kenyataan ini dibuat bagi meredakan kebimbangan yang semakin meningkat di New Zealand berhubung lawatan Perdana Menteri Cook Island, Mark Brown ke China minggu ini.
Pendengaran permohonan batal tahan Suk Yeol minggu depan
Sebuah mahkamah Korea Selatan akan mendengar sama ada akan membatalkan penahanan Presiden yang didakwa, Yoon Suk Yeol pada minggu depan, menurut sumber pada Isnin.
Afrika Selatan persoal keputusan Trump henti bantuan kewangan
Kementerian Luar Afrika Selatan mengecam perintah eksekutif yang ditandatangani oleh Presiden AS, Donald Trump, yang menghentikan bantuan kewangan ke negara itu.
Mereka berkata keputusan permohonan batal tidak tepat dan tidak mengiktiraf sejarah panjang kolonialisme serta apartheid di Afrika Selatan.
Mereka berkata keputusan permohonan batal tidak tepat dan tidak mengiktiraf sejarah panjang kolonialisme serta apartheid di Afrika Selatan.
Rasuah: Netanyahu sekali lagi hadir ke mahkamah
Netanyahu adalah pemimpin Israel pertama yang dihadapkan ke mahkamah sebagai defendan jenayah.
Busuk bau mayat reput, Penjara Muzenze di Congo dibersihkan
Memetik rakaman Reuters, ICRC turut dilihat melakukan proses pembersihan serta disinfeksi bagi mengelak berlakunya penularan wabak.
![Maritim Malaysia giat kesan PATI Myanmar cuba masuk ke negara Maritim Malaysia giat kesan PATI Myanmar cuba masuk ke negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728056604_Maritim.jpg)
Maritim Malaysia giat kesan PATI Myanmar cuba masuk ke negara
Berdasarkan maklumat yang diterima, terdapat dua lagi bot yang dipercayai membawa PATI Myanmar berada di laut.
![650 pendatang tanpa izin warga Filipina diusir ke negara asal 650 pendatang tanpa izin warga Filipina diusir ke negara asal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81727962242_PATI.jpg)
650 pendatang tanpa izin warga Filipina diusir ke negara asal
Kesemua PATI bitu dihantar melalui Pelabuhan Sandakan ke Pelabuhan Zamboanga City, Filipina menggunakan kapal MV Antonia 1.
![Imigresen Pahang tahan 30 pendatang asing tanpa izin Imigresen Pahang tahan 30 pendatang asing tanpa izin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714823696_Imigresen.jpg)
Imigresen Pahang tahan 30 pendatang asing tanpa izin
Mereka ditahan dalam satu operasi yang dijalankan di beberapa rumah sekitar daerah Kuantan pada semalam hingga awal pagi tadi.
![Pusat beli-belah digempur, 46 pekerja warga asing ditahan Pusat beli-belah digempur, 46 pekerja warga asing ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711368225_JafriEmbokTaha.jpg)
Pusat beli-belah digempur, 46 pekerja warga asing ditahan
Jabatan Imigresen Kuala Lumpur menahan 46 pendatang asing tanpa izin yang bekerja di sebuah pusat beli-belah terkenal dekat Jalan Imbi.
![Cubaan enam PATI menyusup keluar pulang ke negara asal gagal Cubaan enam PATI menyusup keluar pulang ke negara asal gagal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710570237_PATIMaritim.jpg)
Cubaan enam PATI menyusup keluar pulang ke negara asal gagal
Enam PATI ditahan Maritim Malaysia selepas gagal meloloskan diri pulang ke negara asal di perairan Tampok, Pontian.
![Ops Pintu: Imigresen Perak tahan 158 PATI di kawasan ‘hot spot’ Ops Pintu: Imigresen Perak tahan 158 PATI di kawasan ‘hot spot’](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710552767_PATIDitahan.jpg)
Ops Pintu: Imigresen Perak tahan 158 PATI di kawasan ‘hot spot’
Kesemua PATI itu ditahan atas kesalahan tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.
![Tahanan lolos di Bidor: 10 lagi ditahan semula setakat 5 petang Sabtu Tahanan lolos di Bidor: 10 lagi ditahan semula setakat 5 petang Sabtu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707045768_MohdYusribinHassa.jpg)
Tahanan lolos di Bidor: 10 lagi ditahan semula setakat 5 petang Sabtu
Seramai 10 lagi tahanan yang meloloskan diri dari Depot Sementara Imigresen Bidor pada Khamis, berjaya diberkas semula setakat pukul 5 petang Sabtu.
![Pendatang lolos di Bidor: 39 ditahan setakat 8 malam ini - Polis Pendatang lolos di Bidor: 39 ditahan setakat 8 malam ini - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71706978553_PolisDaerahTapah.jpg)
Pendatang lolos di Bidor: 39 ditahan setakat 8 malam ini - Polis
Sebanyak 39 daripada 131 pendatang asing tanpa izin yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor pada Khamis lepas, telah ditahan setakat 8 malam ini.
![Tahanan lolos di Bidor: 37 ditahan setakat petang ini - KP Perak Tahanan lolos di Bidor: 37 ditahan setakat petang ini - KP Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61706959908_KetuaPolisPerakDa.jpg)
Tahanan lolos di Bidor: 37 ditahan setakat petang ini - KP Perak
Sebanyak 37 pendatang asing tanpa izin yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor pada Khamis lepas, berjaya ditahan setakat 6 petang ini.
![13 pekerja hotel antara 20 pendatang asing tanpa izin ditahan di Melaka 13 pekerja hotel antara 20 pendatang asing tanpa izin ditahan di Melaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684357977_WargaAsing.jpg)
13 pekerja hotel antara 20 pendatang asing tanpa izin ditahan di Melaka
Mereka ditahan dalam beberapa siri serbuan berasingan bermula 9 pagi hingga 11 malam pada Selasa.