KUALA PERLIS:Lima lelaki warga tempatan ditahan ketika sedang memunggah plastik hitam berisi daun ketum di tembok sempadan Bukit Puteh, di sini, pada petang Rabu.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, sepasukan polis dari unit risik Pasukan Polis Marin (PPM) Kuala Perlis sedang menjalankan rondaan di kawasan tersebut.
Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Langkawi, DSP Rohizan Mohamad Saaid berkata ketika serbuan dijalankan, kesemua suspek sedang memunggah keluar muatan plastik hitam berisi daun ketum dari sebuah kereta Proton Persona.
Hasil pemeriksaan menemukan 30 bungkusan plastik hitam dengan anggaran berat 300 kilogram.
Nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan dianggarkan berjumlah RM80,000.
Kesemua suspek yang ditahan berusia 20 hingga 33 tahun.
Hasil siasatan, daun ketum dipercayai cuba diseludup ke negara jiran melalui jalan darat tembok sempadan.
Ketum dan kenderaan yang dirampas dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kangar untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Feb 03 2021

Lima lelaki warga tempatan ditahan ketika sedang memunggah plastik hitam berisi daun ketum di tembok sempadan Bukit Puteh pada petang Rabu. -PPM

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Polis Pahang rampas dadah bernilai lebih RM8 juta
Polis berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 275.47 kilogram bernilai lebih RM8 juta serta menahan dua lelaki disyaki mengedar bahan terlarang itu.

JPVPP siasat dakwaan 10 bangkai kucing dalam plastik hitam
JPVPP menyiasat laporan berhubung dakwaan penemuan 10 bangkai kucing yang dibungkus dalam plastik hitam di tempat pembuangan sampah di Jelutong.

Kanye West pertahan idea 'longgok' koleksi terbaharu dalam beg plastik hitam
Ramai yang menyifatkan ia tidak sensitif terhadap komuniti gelandangan, malah ada yang berpendapat ia 'satu penghinaan' untuk pelanggan.

Sorok 2.2 tan ketum bawah timbunan nanas
Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan pada jam 2 pagi semasa melalui SJR tersebut dalam keadaan mencurigakan.

Angkara buli: Rakan sekerja dibunuh
Mayat mangsa, seorang lelaki tempatan berumur 20 tahun, ditemukan berbungkus dengan plastik hitam dalam sebuah tong sampah yang terletak kira-kira 1.5 kilometer dari rumahnya.

Ramadan 2021: Geng plastik hitam jangan malukan agama - JAIPk
Mohd Yusop tidak mahu isu geng plastik hitam kembali menjadi perhatian setiap kali bulan Ramadan tiba.

Cubaan seludup 300 kg ketum ke Thailand gagal, 5 lelaki tempatan ditahan
Nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan dianggarkan berjumlah RM80,000.

Ketum: Polis tahan empat lelaki di Kulim
Polis menahan empat lelaki selepas didapati memiliki, memproses serta menjual air ketum dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Kampung Sidam Kanan, Padang Serai dekat Kulim, semalam.

Polis rampas dadah bernilai RM50,000 di Miri
Suspek berusia 21 tahun itu ditahan dalam serbuan pukul 10.20 malam, ketika berada dalam kereta Proton Pesona di belakang sebuah kedai di pekan itu.

Lelaki diberkas bersama 225kg daun ketum
Suspek berusia 48 tahun itu ditahan dalam operasi yang dijalankan oleh sepasukan tujuh pegawai dan anggota polis kira-kira jam 3.15 petang.