TAWAU:Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau berjaya menggagalkan aktiviti penyeludupan rokok di Batu 21 Jalan Apas Balung, di sini, pada Rabu.
Bertindak atas maklumat risikan, Pasukan Batalion 14 PGA Tawau mengadakan pemantauan di Batu 13 Jalan Apas Tawau pada jam 7.20 pagi sebelum mengesan sebuah lori tangki minyak yang mencurigakan sedang dalam perjalanan ke daerah Semporna.
Pasukan PGA kemudian bertindak mengekori lori tersebut sejauh hampir 13 kilometer sebelum mengarahkan lori tersebut berhenti di tepi Jalan Batu 21 Jalan Apas Balung.
Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 14 Pasukan Gerakan Am Tawau, DSP Abdul Halim Ahmad dalam satu kenyataan media semalam berkata pemeriksaan awal ke atas pemandu lelaki tempatan berumur 39 tahun itu tidak menemui barang salah pada dirinya.
"Pemeriksaan lanjut ke atas muatan lori tangki tersebut menemui sebanyak 193 kotak berwarna coklat memenuhi ruang tangki lori tersebut.
"Setelah diperiksa didapati kotak-kotak tersebut berisi 74,900 bungkus rokok pelbagai jenama disyaki rokok seludup yang tidak dibayar cukai yang cuba diedar untuk pasaran tempatan.
Pemandu lori tersebut kemudiannya ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau bersama barang rampasan termasuk lori tangki minyak tersebut untuk siasatan lanjut.
"Nilai keseluruhan barang rampasan termasuk 74,900 bungkus rokok pelbagai jenama, sebuah lori tangki minyak dan sebuah telefon bimbit dianggarkan berjumlah RM1,137,860.
"Kes kini disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967," katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut Abdul Halim berkata pihaknya sentiasa bersedia mengesan apa jua taktik dan modus operandi pihak tidak bertanggungjawab dalam usaha mengekang sebarang aktiviti jenayah dan penyeludupan yang berlaku di negeri ini.
Petrus Bernard
Sat Feb 13 2021
![Cubaan seludup 74,900 bungkus rokok gagal, nilai rampasan dianggar RM1.13 juta Cubaan seludup 74,900 bungkus rokok gagal, nilai rampasan dianggar RM1.13 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81613183762_rokok.jpg)
Pemandu lori yang ditahan bersama barang rampasan. -Astro AWANI
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Kastam Pahang berjaya pintas cubaan seludup rokok bernilai RM1.36 juta Kastam Pahang berjaya pintas cubaan seludup rokok bernilai RM1.36 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61677651373_penyeludupanrokok.jpg)
Kastam Pahang berjaya pintas cubaan seludup rokok bernilai RM1.36 juta
Nilai keseluruhan rampasan membabitkan sebuah lori dan rokok termasuk duti atau cukai adalah dianggarkan berjumlah RM1,580,920.
![Cubaan seludup 74,900 bungkus rokok gagal, nilai rampasan dianggar RM1.13 juta Cubaan seludup 74,900 bungkus rokok gagal, nilai rampasan dianggar RM1.13 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81613183762_rokok.jpg)
Cubaan seludup 74,900 bungkus rokok gagal, nilai rampasan dianggar RM1.13 juta
Pemeriksaan lanjut ke atas muatan lori tangki tersebut menemui sebanyak 193 kotak berwarna coklat memenuhi ruang tangki lori tersebut.
![Dua beranak jadi tokan dadah ditahan Dua beranak jadi tokan dadah ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/41581849441_DadahAnakBeranak.jpg)
Dua beranak jadi tokan dadah ditahan
Dua beranak ditahan selepas mendapati terlibat dalam sindiket pengedaran dadah sejak tiga tahun lalu.
![Sindiket edar rokok seludup RM4.2 juta tumpas Sindiket edar rokok seludup RM4.2 juta tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/51565419852_sindiket.jpg)
Sindiket edar rokok seludup RM4.2 juta tumpas
Kesemua suspek ditahan reman di Ibu pejabat Polis Daerah Mersing selama tiga hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.