PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan cubaan menyeludup masuk kokain seberat 4.6 kilogram (kg) bernilai RM918,000 yang disembunyikan dalam tin biskut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Khamis lepas (14 Sept).
Pengarah Operasi Penguatkuasaan JKDM Zon Tengah Wong Pun Sian berkata dadah tersebut ditemukan dalam tiga tin biskut aluminium yang disorok dalam bagasi milik seorang wanita berusia 41 tahun, yang baru tiba di negara ini dari Ethiopia.
Beliau berkata bahan terlarang itu dikesan semasa proses pengimbasan ke atas sebuah bagasi milik wanita berkenaan.
"Mesin pengimbas bagasi mengesan objek dan imej kehijauan yang mencurigakan dalam bagasi milik wanita itu.
"Hasil pemeriksaan rapi menemukan kira-kira 211 kapsul yang mengandungi serbuk berwarna putih disyaki dadah. Ia disorok dalam tin biskut bagi tu mengaburi mata pihak berkuasa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya wanita terbabit kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Wong berkata berdasarkan jumlah berat dadah yang diperoleh, rampasan itu berjaya membanteras pengedaran dadah terbabit kepada hampir 23,000 penagih.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 20 2023
JKDM menumpaskan cubaan menyeludup masuk kokain seberat 4.6 kilogram (kg) bernilai RM918,000 yang disembunyikan dalam tin biskut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Khamis lepas (14 Sept).
Tiada normalisasi dengan Israel jika tiada negara Palestin merdeka - Arab Saudi
Pendirian Arab Saudi sangat teguh dan tidak akan berubah.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 5,747 orang berbanding 6,160 malam tadi, sementara di Sabah kekal 137 daripada 40 keluarga.
[TERKINI] A.S mahu ambil alih Gaza, apa kesannya?
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mencadangkan penempatan semula secara kekal rakyat Palestin dari Gaza yang musnah akibat perang ke negara-negara jiran.
Kemalangan parkiran bertingkat hospital tiada unsur sabotaj
Insiden membabitkan kereta Honda WRV yang melanggar tembok penghalang di aras 3B parkiran pada 1.15 tengah hari itu berlaku akibat kecuaian.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.4285/4480 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 semalam.
AWANI Pagi: Projek Singgah Kopi
Diskusi #AWANIpagi mengenai kerjasama MyFundAction dan INTEC Education College untuk membina usahawan belia melalui projek Singgah Kopi.
Polis minta bantuan kesan Poovenessvari
Menurut polis, remaja tersebut beralamat di No 26, Laluan Pari Baru 2, Taman Semarak, Ipoh.
Amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah - MetMalaysia
Kawasan yang dijangka terlibat ialah Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu dan Mukah.
[TERKINI] Konflik Gaza: A.S akan ambil alih gaza - Donald Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mencadangkan penempatan semula secara kekal rakyat Palestin dari Gaza yang musnah akibat perang ke negara-negara jiran.
Caruman 2% KWSP pekerja asing: Apa impak industri peruncitan?
Sejauh mana caruman 2 peratus KWSP kepada pekerja asing memberi impak kepada industri peruncitan? Harga barang akan naik lagi lepas ini? Kupasan bersama Penasihat Gabungan Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA) & Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd Datuk Ameer Ali Mydin.
JKDM tegas tangani dakwaan pegawai, anggota peras ugut
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak akan melindungi mana-mana pegawai dan anggota jabatan itu sekiranya didapati terlibat dalam perbuatan peras ugut di sebuah kilang di Kapar, Selangor.
Kes penyeludupan bernilai RM10.87 juta di Selangor lumpuh
Rampasan sekitar Selangor itu membabitkan tembakau sedut, rokok putih dan kretek, e-waste serta beras bermula Julai hingga November lalu.
Kastam gagalkan penyeludupan dadah lebih setengah juta ringgit
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup dadah selepas merampas 233.14 kilogram (kg) daun khat, kanabis, dan methamphetamine dianggarkan bernilai RM546,708.
Remaja ditahan cuba seludup dadah hampir RM1 juta di KLIA
Cubaan dua rakyat tempatan untuk menyeludup dadah dengan menyembunyikannya dalam kotak makanan dan bungkusan minuman pracampuran gagal apabila dikesan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Kastam rampas rokok seludup RM6.38 juta dalam enam kontena
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 8.39 juta batang rokok putih pelbagai jenama bernilai RM6.38 juta disyaki diseludup dalam satu operasi di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang.
Pembantu penguasa kastam dituduh terima RM900, lepaskan ubat penumpang di KLIA
Seorang Pembantu Penguasa JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, atas pertuduhan menerima ganjaran berjumlah RM900 bagi melepaskan ubatan penumpang warga Bangladesh.
Kastam Kedah rampas 27,336 liter minuman keras
JKDM Kedah berjaya mematahkan sindiket penyeludupan minuman keras selepas merampas 27,336 liter minuman keras pelbagai jenama.
Minda teguh, disiplin tinggi elemen penting dipegang Adli 'Goldenboy' Hafidz
Peninju profesional negara Adli Hafidz Mohd Pauzi merupakan contoh yang baik, bagaimana seorang individu boleh mencapai keseimbangan antara dua kerjaya yang berbeza.
JKDM rampas 105kg dadah bernilai RM3.3 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 105 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine dianggarkan bernilai RM3.3 juta yang diisytiharkan sebagai teh herba Cina pada 15 Okt lepas.
JKDM Pahang gagalkan cubaan edar rokok seludup, minuman keras lebih RM2.6 juta
JKDM Pahang menggagalkan cubaan pengedaran rokok seludup dan minuman keras berjumlah lebih RM2.6 juta termasuk cukai serta duti selepas menyerbu dua gudang di Lukut, Negeri Sembilan bulan lepas.