BAGI warga selebriti, artis dan juga kalangan personaliti media yang perlu bersolek demi tugasan, AWAS! – Muka anda pasti terdedah kepada pelbagai jenis jangkitan jerawat dan kulat.
Apa tidaknya, cuba perhatikan peralatan yang diguna – berus terutamanya; adakah kerap dicuci, malah diganti?
Itu belum lagi disiasat adakah suci dan menepati syarak. Kadangkala terdapat berus dan peralatan murahan dibuat berasaskan bulu binatang yang tidak menjalani proses pembersihan yang tepat lagi ketat.
Satu laporan dari Channel News Asia (CNA) menimbulkan kesedaran dalam kalangan warga selebriti bahawa dalam keghairahan ingin nampak comel, molek dan cantik, mungkin ramai tidak sedar keperluan menentukan tahap kebersihan peralatan yang diguna samaada melalui usaha sendiri atau oleh jurusolek sebelum memulakan kerja.
Apa tidaknya, umum menerima salah satu disiplin sebelum mula bersolekan memerlukan tangan sendiri dibasuh.
Basuh sebersih yang mungkin menggunakan sabun mengalahkan doktor bedah sebelum perut dibedah, barulah layak sepasang tangan dihala ke muka dan solekan bermula.
Kaum wanita terutamanya kerap mengenakan mekap secara tergesa-gesa dan ini sudah tentu melibatkan penggunaan peralatan seperti berus dan gincu bibir.
Mengikut laporan itu, peralatan mekap terdedah kepada pencemaran dari sel kulit mati, peluh, daki, minyak lelemak dan bakteria. Kesemuanya mampu menyebabkan radang kulit, lebam merah, pori-pori tersumbat, ruam, bintik hitam, bintik putih dan ledakan jerawat.
Lebih teruk, pembiakan kuman mampu menyebabkan penyakit seperti konjunktivitis, lepuh dan jangkitan kulat.
Mungkin anda kurang peka, tetapi gincu perlu dibersih dengan membuang lapisan yang menyentuh bibir menggunakan putik kapas agar sebarang kotoran dapat dibuang. Apa lagi bila dikongsi penggunaan.
Pencucian secara berkala juga perlu bagi kesemua peralatan mekap bagi menentukan sebarang bakteria atau kuman dapat dihindari dari bersarang.
Razak Chik
Tue Jan 07 2020
Peralatan mekap terdedah kepada pencemaran dari sel kulit mati, peluh, daki, minyak lelemak dan bakteria.
Usaha babitkan perjuangan Palestin tidak wajar dipersoal - ABIM
Usaha itu turut digembleng bersama sumbangan peribadi rakyat Malaysia yang prihatin serta memperlihatkan solidariti nasional.
Pembekal buntu buah kelapa kurang menjelang Thaipusam
Seorang pembekal utama buah kelapa di Pulau Pinang mendakwa mengalami kerugian puluhan ribu ringgit menjelang perayaan Thaipusam susulan masalah pengeluaran hasil komoditi berkenaan.
Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif
Kemudahan NADI membantu pelajar dan penduduk mempelajari ilmu baharu yang relevan dengan perkembangan semasa.
Perpaduan dan nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Di sebalik pembangunan dan kemodenan Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tersemat semangat perpaduan dan nilai kekeluargaan di setiap sudutnya.
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
Hamas umum nama tiga tebusan bakal dilepaskan
Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan yang bakal dilepaskan pada Sabtu.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Pemimpin pembangkang India ditahan atas dakwaan rogol, serangan
Seorang pemimpin parti pembangkang Kongres India ditangkap pada Khamis atas tuduhan rogol dan serangan.
FDA lulus ubat baharu berpotensi jadi alternatif opioid
Pil itu dinamakan Journavx, yang digunakan untuk merawat sakit akut jangka pendek yang sering berlaku selepas pembedahan atau kecederaan.
Malaysia bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
ASEAN menantikan kesediaan daripada Timor-Leste untuk menyertai perjanjian-perjanjian dan bersedia memberikan sokongan pembinaan kapasiti.
Hada Labo Pore Refining Micellar Water, tanggalkan sisa kotoran dengan satu sapuan
Alat solek mampu mengubah penampilan wanita, tetapi penting untuk membersihkan solekan muka dengan teliti. Jika solekan tidak dibersihkan, liang pori boleh tersumbat.
Boleh kena jangkitan otak, elak cabut bulu hidung atau picit jerawat sekitar segi tiga muka
Adalah penting untuk kita mengelakkan perkara yang boleh menyebabkan kulit kita terdedah kepada kuman.
Pakai pelitup muka, kulit tetap kekal sihat!
Pakar dermatologi mengesyorkan beberapa tips bagi membantu mengelakkan masalah kulit akibat penggunaan pelitup muka.
Cubit, calit, sapu, cuit.. Nampak molek seri bersolek, bahaya jangkitan jerawat kulat
Penggunaan alat solekan tanpa pembersihan atau gantian sebenarnya membawa mudarat jangkitan kulat dan jerawat di muka.
Mainan untuk mereka yang obses picit jerawat
Permainan yang diberi nama "Pop it Pal" ini membolehkan pengguna menekan pada kepingan span untuk mengeluarkan 'nanah'.
Kisah Kendall Jenner dan jerawat di Golden Globe bikin netizen bising
Kendell Jenner menarik perhatian ramai di anugerah 'The Golden Globes 2018' apabila tampil dengan kulit muka berjerawat.
Adakah 'kosmetik' yang anda guna selamat?
Jangan biarkan diri terus menjadi mangsa kerakusan individu yang tidak bertanggungjawab mengejar keuntungan.